web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Caprice Sokong Dan Akan Undi KJ Andai Ganja Dibenarkan Untuk Tujuan Perubatan

Caprice juga sempat bergurau di dalam video yang dimuatnaiknya dengan bertanya ada apa di dalam beg yang dipegang Khairy sewaktu melawat Siam Cannabis Land.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2022 6:11PM

Caprice dan Khairy Jamaluddin - Gambar dari Instagram dan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selebriti dan pempengaruh media sosial popular, Caprice memberitahu dia akan menyokong serta mengundi Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin andai beliau meluluskan penggunaan ganja bagi tujuan perubatan. 

“Disebabkan peningkatan tekanan dan kebimbangan pasca COVID-19, keadaan ekonomi yang makin teruk serta politik yang makin kecoh, Cap sokong YB KJ (Khairy) untuk menghalalkan penggunaan ganja bagi tujuan perubatan. Pasti Cap akan undi hang,” tulisnya dalam sebuah hantaran yang dimuatnaik di Instagram.

Tulisnya lagi, jika setiap Ahli Parlimen mengambil satu dos setiap kali sebelum memasuki Parlimen, pasti semua akan bekerjasama, tiada pergaduhan dan selesai setiap masalah yang ada di Malaysia. 

Sementara itu di bahagian komen, netizen memberi pelbagai reaksi mengenai pendapat Caprice itu. Ada yang bersetuju, ada juga yang sebaliknya. 

Semalam, Khairy memaklumkan kerajaan akan mengambil pendirian berhubung penggunaan kanabis (ganja) dalam bidang perubatan sebelum akhir tahun ini.

Beliau yang mengakhiri lawatan kerja bilateral kesihatan ke Bangkok, pada Khamis berkata Thailand telah banyak berkongsi pandangan dan pengalaman sepanjang lawatannya itu akan penggunaan bahan berkenaan untuk tujuan perubatan dan penanamannya.

Dalam lawatan berkenaan, Khairy turut mengadakan pertemuan dengan pemain utama industri kanabis selain melawat Siam Cannabis Land di Pattaya di mana beliau diberi taklimat dan melawat rumah hijau dan ladang penanaman pelbagai jenis kanabis. 

Pada 9 Jun 2022, Thailand menjadi negara pertama di Asia dan ketiga di dunia yang membenarkan penggunaan ganja di negaranya selepas Canada dan Uruguay. – Getaran, 26 Ogos 2022.

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 6 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...