Berita Terkini

15 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Terpilih Sebagai Finalis ‘Fit For Action’, Danish Hakim Tetapkan Syarat Tertentu

Antara syarat yang ditetapkan anak kepada Norman Hakim dan Abby Abadi ini adalah perlu segera menunaikan solat jika telah masuk waktu.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2022 2:24PM

Anak dan bapa, Danish Hakim bersama Norman Hakim - Gambar ihsan TV3

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Program realiti pencarian bakat lakonan terbaru yang diberi nama ‘Fit For Action’ bakal ditayangkan di kaca televisyen menerusi stesen TV3 bermula 3 September ini.

Seramai 12 finalis telah diperkenalkan sewaktu sesi sidang media dan salah seorang yang terpilih ialah anak kepada aktor terkenal Norman Hakim iaitu Danish Hakim. 

Peserta 'Fit For Action'
Peserta 'Fit For Action'

Biarpun ramai yang mengenali Danish sebagai anak kepada Norman dengan bekas isterinya, Abby Abadi, namun tidak siapa menyangka dia akan terjun ke bidang lakonan serta mengikut jejak langkah kedua-dua ibu bapanya itu. 

Ini kerana Danish sebelum ini dilihat mempunyai lebih kecenderungan ke arah keagamaan dan seorang yang pandai mengaji serta mendalami ilmu agama di sekolah tahfiz. 

Menurut Danish yang baru berusia 19 tahun ini, ramai yang tidak tahu bahawa dia sebenarnya mempunyai minat untuk meneruskan legasi ibu dan bapanya sebagai seorang pelakon. 

Danish Hakim
Danish Hakim

“Sejujurnya sewaktu awal-awal pergi ke uji bakat ‘Fit For Action’ ini,  saya sekadar mahu mencuba nasib kerana mahu meneruskan legasi ibu dan ayah. Dalam ramai-ramai adik-beradik saya, saya yang punya minat berlakon. Yang lain-lain masih kecil. 

“Saya juga tidak tahu kenapa saya minat berlakon. Tetapi lama kelamaan, saya baru jumpa sebab utamanya. 

‘Saya rasa saya boleh mengekspresikan diri saya yang sebenar dalam lakonan. Saya juga turut mendalami seni mempertahankan diri,  jadi saya rasa ini adalah platform yang terbaik untuk saya tonjolkan bakat yang saya ada,” katanya. 

Danish dan bapanya, Norman Hakim
Danish dan bapanya, Norman Hakim

Ditanya tidakkah dia gusar andai penglibatannya dalam program ini, ia dikaitkan dengan pengaruh kedua-dua ibu bapanya yang merupakan pelakon, Danish mengakui, dia tidak dapat mengelak akan hal itu. 

“Ya memang saya anak Norman Hakim dan saya bangga menjadi anaknya. Tetapi saya juga mahu mencipta nama saya sendiri. Saya juga dinasihatkan beberapa orang di dalam industri ini untuk cuba kuatkan nama Danish Hakim. 

“Tapi insya-Allah, kalau saya berjaya satu hari nanti pun adalah disebabkan oleh doa dan restu dari ibu bapa saya sendiri,” katanya. 

Dek personaliti ‘budak baik’ yang terlalu menyerlah, ramai yang mempersoalkan pembabitannya dalam bidang lakonan. Bahkan, kata Danish, pada mulanya, ibunya sendiri turut tidak bersetuju dengan keputusannya untuk terjun ke bidang ini.

“Ibu mula-mula tak bagi tetapi lama-kelamaan dia boleh terima dan menyokong saya. Sebelum saya ceburi bidang ini dia banyak bercerita tentang sisi gelap industri ini. 

“Memang orang tahu saya banyak belajar tentang agama. Bila belajar agama mesti orang akan beranggapan bahawa saya akan jadi ustaz atau ahli ulama. Tetapi minat saya lebih ke arah berlakon,” katanya. 

Tambah Danish lagi, dia turut terharu apabila diberitahu sendiri pengarah, dan pelakon, Ellie Suriaty yang merupakan salah seorang tenaga pengajar dalam ‘Fit For Action’ bahawa industri lakonan memerlukan orang sepertinya. 

“Ellie Suriaty kata orang baik macam awak diperlukan dalam industri ini. Mungkin kerana saya selalu segerakan solat dan pernah mengetuai bacaan doa sewaktu sesi penggambaran bersama beliau. Dia memberikan semangat untuk saya untuk merebut tempat sebagai orang baik yang diperlukan di dalam industri seni,” kongsinya. 

Danish beraksi
Danish beraksi

Ditanya adakah dia bersedia untuk menghadapi situasi andai diminta untuk melakonkan babak-babak mesra dan bersentuhan, kata Danish sebelum menyertai program ini, dia sudah meletakkan syarat.

“Sewaktu tandatangan kontrak saya sudah beritahu dengan jelas apa yang saya boleh buat dan tidak, agar tiada kekeliruan yang berlaku kerana saya berbeza dengan yang lain. 

“Orang ramai sudah kenal saya macam mana sebelum ini. Jika mereka lihat saya lakukan perkara yang sama sekali kontra dengan personaliti saya, pasti saya akan kena serang dengan netizen. 

“Tetapi bila harus lakukan juga babak-babak seperti itu, saya akan minta tunjuk ajar dari pengarah dan kru tentang teknik dan helah agar babak itu kelihatan seperti ‘real’. 

“Antara syarat yang ditetapkan oleh Danish ialah tiada ‘body contact’ atau adegan bersentuhan serta dia harus segera menunaikan solat setelah masuk waktu,” katanya. 

Ellie Suriaty
Ellie Suriaty

Sementara itu, Ellie Suriaty memuji aktor seperti Danish kerana dia merasakan industri kita kekurangan pelakon yang mempunyai ilmu tentang agama.

“Danish seorang yang sangat bersemangat dengan lakonan. Saya rasa sangat terharu sampai rasa macam nak menangis. Dia seorang yang sangat lurus dan ‘pure’. 

“Industri kreatif sangat perlukan orang macam Danish Hakim kerana dia mempunyai ilmu dalam agama. 

Watak-watak yang memerlukan seorang aktor untuk mengaji dan sebagainya sangat sesuai dengan dia kerana ramai yang tidak boleh mengaji dan dia boleh mengaji. Bukankah itu sesuatu yang sangat membanggakan? 

Memang kita ada ramai pelakon berbakat yang muda-muda, tetapi kita tak ada seorang tahfiz. Kita tak ada pelakon yang pandai dalam Al-Quran. 

“Tetapi saya juga pasti dia tidak takut untuk melakonkan watak antagonis kerana yang penting adalah arah sesuatu jalan cerita itu. Apa mesej yang cuba disampaikan kepada masyarakat. Itulah peranan dan dakwah kita,” katanya.

Barisan juri 'Fit For Action'
Barisan juri 'Fit For Action'

‘Fit For Action’ membariskan enam peserta lelaki dan enam peserta perempuan dalam menghadapi cabaran yang pelbagai untuk menjadi pelakon versatil. 

Kesemua peserta bakal diadili oleh barisan juri profesional seperti Datuk Yusof Haslam, Aziz M Osman, Heykal Hanifah, Ellie Suriaty dan Nana Al Haleq.

Tahniah diucapkan kepada Danish. Semoga berjaya menjadi pelakon yang hebat satu hari nanti dan sentiasa menjaga nama baik ibu ayah, bangsa dan agama. – Getaran, 26 Ogos 2022

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Muzik 14 jam yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

oleh Helmi Anuar