Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Agaknya, Bila Saya Mati Baru Orang Nak Hargai Bakat Saya, Aliff Syukri Rancang Bikin Konsert Sendiri 

Tentang konsertnya nanti, Aliff memberitahu, dia mahu mengundang artis-artis yang tidak pernah mengutuknya. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2022 2:17PM

Aliff Syukri - Gambar oleh Ellyna Ali menggunakan telefon pintar Poco

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sedih dan terkilan dengan sikap netizen yang tidak henti-henti memberikan kecaman terhadap persembahan vokalnya dalam single baharunya, Baby Sayang yang dinyanyikan secara duet bersama Baby Shima, usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri memohon supaya bakatnya nyanyiannya itu  dihargai. 

Aliff Syukri - Gambar oleh Ellyna Ali dengan telefon pintar Poco
Aliff Syukri - Gambar oleh Ellyna Ali dengan telefon pintar Poco

“Tolonglah faham saya. Saya minat menyanyi. Saya ada bakat dan saya ada rupa.  Saya memang mahu jadi penyanyi dan penghibur. Ini adalah minat saya dan saya melakukannya sebagai hobi dan ia disiarkan di platform media sosial saya. 

“Walaupun ada yang tidak suka dengan suara saya tapi ada juga yang menghargainya terutamanya peminat-peminat saya. Seni adalah subjektif. Kalau ada yang kata suara saya tidak sedap, maknanya mereka tidak pandai menilai suara saya. 

“Saya buat lagu ini pun untuk mereka (peminat saya) dan ia adalah untuk hiburan semata-mata. Tidak lebih daripada itu. 

“Jadi, saya agak sedihlah bila orang tuduh saya sengaja mencetuskan provokasi, menghina industri atau menjatuhkan mana-mana pihak,” katanya yang mengakui meminati Datuk Awie, Ziana Zain, Iwan dan Amelina. 

Gambar oleh Ellyna Ali dengan telefon pintar Poco
Gambar oleh Ellyna Ali dengan telefon pintar Poco

Jelasnya Aliff lagi, demi kerana minat, dia juga sanggup mengeluarkan duit koceknya sendiri untuk menghasilkan lagu single terbaharu, Baby Sayang itu beserta dengan muzik videonya. 

“Saya guna duit kocek saya sendiri. Tiada pihak lain yang ‘pump in’ duit. Malah syarikat juga tidak beri sokongan. 

“Hampir RM70,000 duit saya keluar demi merealisasikan lagu dan muzik video ini termasuklah membayar khidmat komposer iaitu Amy Ukays, kos produksi, kos pembikinan muzik video termasuklah bayaran untuk bakat-bakat, penari-penari dan makanan.

“Alhamdulillah, tidak sampai 9 jam, lagu itu menjadi trending nombor satu di YouTube. Terima kasih kepada peminat yang menyokong. 

“Yang dislikes saya tidak mahu tahu. Sebab saya tidak mahu komen-komen yang negatif mencalarkan semangat saya,” katanya. 

Meminati filem Sembilu, Aliff Syukri juga memberitahu dia sudah menghasilkan 10 lagu setakat ini termasuk single terbaharunya, Baby Sayang. 

“Saya dah buat 10 lagu. Antaranya adalah Abang Nak Tegur, Bobo Di Mana, Cuba Bahagian, Cowok Baru, Agama Kedamaian, Kelepok Raya, Lala Raya. 

“Mungkin orang tidak perasan. Agaknya, bila saya mati baru orang nak hargai bakat saya. Cubalah hargai bakat saya.

“Saya buat benda nih untuk happykan orang. Saya tak dapat sokongan tv atau radio pun. Bahkan, saya keluarkan duit saya sendiri untuk hasilkan kesemua lagu-lagu saya ini. Dah hampir jutaan ringgit pun,” katanya. 

Gambar oleh Ellyna Ali dengan telefon pintar Poco
Gambar oleh Ellyna Ali dengan telefon pintar Poco

Aliff Syukri juga menganggap bahawa rakyat Malaysia sangat pilih kasih. 

“Kenapa orang luar mereka boleh terima macam Gangnam style. Tapi Datuk Seri Aliff Syukri, mereka tak mahu support? 

“Sedangkan lagu saya ini juga sebenarnya mendapat permintaan banyak di negara luar dan sepatutnya di pasarkan di pasaran Indonesia. 

“Mereka suka dengan lagu saya. Mereka kata lagu saya ini sedap dan penyanyinya kuat. Mereka mahu tandantangan kontrak dengan saya dalam tempoh dua minggu ini. Tapi, saya yang lengahkan dahulu atas sebab-sebab kontroversi yang melanda ini. 

“Saya bukan nak syok sendiri. Tapi saya tahu saya ada nilai saya sendiri. Saya ini adalah penyanyi nombor 1 di Malaysia. 

“Kenapa saya kata saya penyanyi nombor satu? Sebab saya tidak pernah dapat nombor dua. Semua lagu-lagu saya trending nombor satu di YouTube. 

“Jadi, saya ini penyanyi nombor trending satu Malaysia. Itu anda tidak boleh nafikan. Jadi kenapa anda mahu nafikan saya ini artis. Please wake up everyone. 

“Bahkan saya juga berjaya menepis Blackpink jumlah tontonan trending nombor satu itu,” katanya. 

Gambar oleh Ellyna Ali dengan telefon pintar Poco
Gambar oleh Ellyna Ali dengan telefon pintar Poco

Jelas Aliff lagi, kalau hendak diikutkan setiap lagu yang dihasilkannya itu sama sekali tidak menguntungkan dirinya. 

“Baru-baru ini YouTube bayar saya sebanyak RM10,000. Untuk lagu Bobo Di Mana, saya dapat bayaran sebanyak RM80,000. Lagu Cowok Baru pula sekitar RM10,000 sehingga RM12,000. 

“Memang YouTube tak bayar banyak. Tapi saya ada juga letak lagu-lagu say aini di beberapa platform muzik yang lain. 

“Boleh dikatakan pendapatan setahun saya untuk lagu-lagu ini adalah sebanyak RM50,000 sehingga RM80,000. 

“Pendapatan yang saya terima ini bukanlah mata pencarian saya pun. Tapi, saya gunakan duit ini semula untuk menghasilkan lagu dan muzik video terbaharu. 

“Tapi dengan segala kecaman yang saya terima ini, memang tak berbaloi rasanya saya bersusah-payah melakukan semua ini. 

“Tapi, saya tahu saya ada bakat dan peminat-peminat saya memang selalu nantikan lagu-lagu terbaharu daripada saya. 

“Ya, macam-macam orang katakan tentang suara saya. Macam itiklah, macam keldai, macam lembu. Tapi, ada juga orang suka dengan suara lembu,” katanya lagi. 

Tapi, percaya atau  tidak kata Aliff, dia juga mendapat tawaran untuk membuat persembahan. 

“Saya terpaksa tolak sebab saya bagitau mereka saya suara saya tidak sedap menyanyi live. Tapi, saya tahu saya punya aura,” katanya dengan penuh yakin. 

Dalam perkembangan lain, Aliff juga memberitahu bahawa dia juga sedang merancang untuk mengadakan konsert dengan memgambil artis-artis undangan.

“Sebab dah ada 10 lagu, jadi memang ada perancangan untuk buat konsert sendiri dan saya mahu mengundang artis-artis yang tidak pernah mengutuk saya,” katanya yang berhasrat untuk berduet dengan Datuk Jamal Abdillah, Anuar Zain dan Datuk Seri Siti Nurhaliza – Getaran, 19 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Peti Besi, Jongkong Emas Milik Pempengaruh Ditemukan Di Dasar Sungai

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Pempengaruh Diingatkan Hati-Hati Kendali Podcast - Fahmi

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pempengaruh Boss Mario Hilang, Kereta Ditemukan Di Pantai Klebang

4

Luar Negara 6 bulan yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

Disyorkan untuk anda

Muzik 6 jam yang lalu

Fenomena 'Alamak Raya Lagi' Tarik Minat Kaum Lain Raikan Aidilfitri

Filem & TV 22 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Konduktor Orkestra Filharmonik Malaysia, Ahmad Muriz Che Rose kagumi kehebatan vokal Aina Abdul kerana mampu membuai emosi pendengar dan teruja berkongsi pentas...

Filem & TV 1 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

oleh Helmi Anuar