web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Amar Baharin Teruja Dapat Muncul Semula Dalam Slot Samarinda TV3 

Menerusi drama bersiri Biarkan Ia Pergi arahan Fairuz Loy ini, Amar sekali lagi digandingkan dengan Isyariana Che Azmi sebagai teraju utama. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2022 8:35PM

Amar Baharin

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kali terakhir Amar Baharin muncul di slot Samarinda TV3 adalah pada 2016 dan selepas itu dia banyak menumpukan perhatian untuk drama siri panjang Hati Yang Dikhianati bersama Astro. 

Justeru itu, Amar sangat berbesar hati apabila ditawarkan untuk menjayakan drama bersiri, Biarkan Ia Pergi untuk slot siaran drama yang popular di stesen televisyen popular itu. 

“Ya, memang saya sangat berbesar hati dengan tawaran yang diberikan ini. Sebelum ini, saya tidak dapat terima apa-apa tawaran daripada TV3 kerana jadual saya bertembung dengan projek-projek daripada stesen TV lain.

“Tahun lepas saya sibuk fokus dengan drama bersiri Hati Yang Dikhianati. Siri ini panjang dan mempunyai 147 episod. Sebab itulah saya lama tak keluar di TV3,” katanya. 

Apa yang menarik, Biarkan Ia Pergi yang diarahkan Fairuz Loy menggandingkannya sekali lagi dengan Isyariana Che Azmi sebagai teraju utama. 

“Memandangkan saya sudah pernah bekerjasama dengan Isyariana sebelum ini, menjayakan drama ini untuk mencipta keserasian tidaklah sesusah mana. 

“Sebabnya, saya sudah faham cara dia bekerja dan dia juga faham dengan cara saya bekerja,” katanya. 

Bagaimanapun, jelas Amar lagi, watak dan perwatakan di dalam drama Biarkan Ia Pergi ini, tidaklah seberat Isyariana.

“Namun, ada juga babak yang tidak mudah untuk saya lupakan iaitu sewaktu saya memberitahu kepada ibu bapanya bahawa sayalah pelaku atau pesalah yang telah membuatkan hidup Alisa menjadi huru-hara. 

“Saat itu, kedua-dua ibu bapanya tidak dapat terima. Dalam keadaan yang sedang uzur, mereka memukul saya dengan tongkat. 

“Babak itu sebenarnya sangat ‘touching’. Semua orang yang ada di sekeliling juga turut tersentuh perasaan. Bahkan, yang duduk di depan monitor juga turut mengalirkan air mata,” katanya. 

Isyariana Che Azmi dan Amar Baharin - Gambar dari TV3
Isyariana Che Azmi dan Amar Baharin - Gambar dari TV3

Dia juga tidak nafikan bahawa wataknya di dalam drama itu mungkin nampak biasa seperti drama-drama sebelumnya. 

“Tapi, sebagai aktor, saya cuba membuat perubahan. Dari segi watak yang dibawa mungkin saya tidak dapat ubah kerana ia bergantung kepada apa yang ada di skrip. 

“Tapi, perubahan itu boleh dilakukan menerusi cara saya menuturkan dialog, gaya dan persembahan lakonan untuk mewarnakan lagi perwatakan bagi  watak tersebut,” katanya. 

Jelas Amar lagi, drama bersiri ini telah pun menjalani penggambaran di kawasan Port Dickson dan Kuala Lumpur. 

“Tapi, di dalam monitor, lokasi Port Dickson tidak nampak langsung seperti di ambil di kawasan itu dan ia nampak cantik. 

“Saya suka dengan sentuhan Fairuz Loy dan ini adalah kali pertama saya bekerja di bawah arahannya. 

“Caranya menarik dan sinematografinya juga cantik,” katanya lagi. 

Selain Amar Baharin dan Isyariana, Biarkan Ia Pergi turut menampilkan lakonan mantap daripada Zaki Azeman, Idzham Ismail, Lia Natalia dan Asha Merican.

Diterbitkan SR One Sdn Bhd dan hasil nukilan skrip Wan Mahani Wan Hassan & Liza Nur, merupakan adaptasi daripada novel berjudul Biarkan Ia Pergi karya Liza Nur,

Ia berkisar mengenai Alisa Othman (Isyariana) yang mempunyai kehidupan yang diidamkan oleh ramai wanita. 

Alisa sangat bersyukur kerana dikurniakan dengan sebuah keluarga yang penyayang, teman lelaki yang sentiasa di sisi dan kawan setia yang menjadi tempat bergantung. Namun kehidupan Alisa berubah selepas bertemu dengan Zaquan Zachary (Amar Baharin).

Drama bersiri 20 episod sedang ditayangkan slot Samarinda setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam dan strim secara langsung di www.tonton.com.my . Getaran, 18 Ogos 2022. 


 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 8 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN