web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tutup IG Hanya Sementara, Aliff Syukri Kembali Dengan Video Baru, Adakah Ini Sekadar Gimiknya? 

Bak kata pepatah 'hangat-hangat tahi ayam', itulah yang boleh disifatkan tentang usahawan terkenal ini yang dilihat kembali aktif di IG dengan memuatnaik sedutan muzik video terbarunya yang akan dilancarkan esok.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2022 8:17PM

Aliff Syukri - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru beberapa hari yang lalu usahawan terkenal Datuk Sri Aliff Syukri menangis teresak-esak sambil memberitahu bahawa dia mahu meninggalkan dunia media sosial, terbaharu dia dilihat telah kembali memuatnaik sebuah kandungan video.

Video berkenaan menunjukkan dia sedang menyanyi di samping sebatang mop dan dipercayai merupakan salah satu babak dalam muzik video terbarunya yang berjudul 'Baby Sayang'.

“Kalau macam ni okay tak? Nantikan muzik video penuh esok,” tulisnya di bahagian kapsyen hantaran berkenaan. 

Lain pula ceritanya di bahagian Insta Story apabila dia membuat pengumuman mahu menjual akaun Instagram dengan harga RM500,000.

Semua gambar dan video di akaun berkenaan turut dipadam serta bahagian ‘following’ juga dibiarkan kosong. 

Sementara itu di bahagian komen, ribuan netizen membanjirinya dengan komen kecaman dan menyatakan usahawan itu lapar perhatian.

Terdahulu, Aliff Syukri telah memuatnaik sebuah video menangis memohon maaf kepada netizen selepas videonya bergelek bersama Baby Shima dikecam ramai kerana mempamerkan aksi keterlaluan.

Bahkan, ibunya sendiri turut mengecam perbuatannya itu. 

Dalam video berkenaan dia turut membuat pengumuman mempunyai masalah mental dan akan meninggalkan media sosial. 

Adakah ini salah satu gimik dan strategi pemasaran dari Aliff Syukri untuk melariskan muzik video terbarunya? Sama-sama kita nantikan.  

Lagi pula bukan kita semua tidak biasa dengan ‘perangai’ Aliff Syukri yang memang sukakan gimik dan drama. – Getaran, 16 Ogos 2022. 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 11 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN