web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sudah 12 Tahun Bekerja, Tiara Jacquelina Buka Cerita Tentang Kehebatan Tukang Masaknya, Weni 

Tiara mengakui masakan Indonesia, Melayu dan adakalanya Jepun serta Barat yang disediakan Weni hampir tiada tandingan.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2022 12:14PM

Tiara Jacquelina - Gambar dari Instagram @tiarajacquelina

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sedar tidak sedar sudah 12 tahun lamanya, Weni menjadi tukang masak untuk Puan Sri Tiara Jacquelina sekeluarga. 

“Dan, dia adalah tukang masak yang cukup hebat. Sesiapa di antara yang anda yang pernah datang ke rumah kami, pasti akan mengakuinya,” kata Tiara membuka cerita tentang Weni. 

Perkongsian Tiara yang cukup menarik dan berbentuk peribadi itu dilakukan menerusi posting instagramnya yang dimuat naik malam tadi. 

“Weni dengan saya juga telah mengumpulkan resepi keluarga yang tidak terkira banyaknya bersama-sama dan setengahnya daripada telah diserahkan untuk kegunaan dapur di @tiarasaescapes.

“Pantangnya yang paling besar adalah apabila saya membeitahu bahawa saya telah menikmati makan malam malam ini. 

‘Dia terus akan meminta foto dan bertanyakan penjelasan tentang menu dan akan berusaha untuk menyediakan makanan tersebut untuk kami sekeluarga. 

“Begitulah dia seorang yang berdaya saing,” kata Tiara sambil tertawa.  

Weni (kanan) telah berkhidmat selama 12 tahun dengan keluarga Tiara Jacquelina.
Weni (kanan) telah berkhidmat selama 12 tahun dengan keluarga Tiara Jacquelina.

Tiara juga mengakui bahawa masakan Indonesia, Melayu dan adakalanya Jepun dan Barat yang disediakan Weni hampir tiada tandingan.

“Yang kedua selepas Chef kegemaran kami, Nik Michael Imran yang juga jiran kami,”katanya lagi. 

Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa secara tiba-tiba pula Tiara mahu memperkatakan tentang Weni di dalam postingnya itu. 

Sebenarnya, perkongsian itu dibuat kerana Tiara sekeluarga telah meraikan hari ulang tahun kelahiran buat Weni. 

Apa yang menarik, Tiara sekeluarga juga telah membelikan sebiji aiskrim kek kegemaran Weni pada sambutan hari ulang tahunnya itu. 

“Kami gembira bila melihat senyumannya itu. Selamat Hari Jadi Weni. Semoga panjang umur dan sentiasa bahagia,” tulis Tiara lagi. – Getaran, 8 Ogos 2022. 


 

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 9 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN