web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Noh Salleh Dan Mizz Nina Umum Bercerai

Masing-masing mengesahkan berita penceraian mereka di akaun Instagram pada jam 9 malam tadi.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2022 9:41PM

Noh (kiri) dan Nina telah bercerai selepas 11 tahun hidup bersama. - Gambar dari Instagram Mizz Nina

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Akhirnya penyanyi popular Noh Salleh mengesahkan bahawa dia dan Mizz Nina kini telah bercerai selepas 11 tahun hidup bersama sebagai pasangan suami isteri.

Pengumuman itu dibuat menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram milik Noh dan Nina pada jam 9 malam tadi.

“Bismillahirahmanirahim, saya dan Nina ada pengumuman penting untuk dibuat. Selepas berfikir panjang dan meneliti dengan berhati-hati, kami berdua telah sepakat untuk berpisah.

“Alhamdulillah, kami bersyukur kepada Allah kerana mengizinkan kami menghabiskan 11 tahun yang indah bersama-sama dalam suka, duka dan penuh mencabar.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang sering menunjukkan kasih sayang kalian kepada kami selama ini.

“Jangan risau, kami masih berkawan dan saling mendoakan kesejahteraan satu sama lain.

“Tolong doakan kami banyak-banyak terutamanya ketika tempoh iddah ini. Kami juga memohon jasa baik anda untuk menghormati privasi kami seperti yang tertulis di dalam Surah Al Hujurat ayat 12 di mana tidak membuat spekulasi atau menyebarkan andaian palsu mengenai kami untuk mengelak fitnah. Apa yang kami perlukan hanyalah doa dari kalian semua,” tulisnya.

Walaubagaimanapun, ruangan komen untuk hantaran berkenan telah ditutup.

Semoga Noh dan Nina temui sinar kebahagiaan selepas berpisah. - Getaran, 4 Ogos 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 5 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN