web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penyanyi Lia Aziz Sah Jadi Isteri Gitaris Treehill, Arash Azimi 

Diijabkabulkan pagi tadi, pasangan selebriti ini telah mengikat tali pertunangan pada 22 Januari lalu. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2022 2:40PM

Arash Azmi dan Lia Aziz selamat diijab kabul di Masjid Al Amin, Puchong, pagi tadi. - Gambar ihsan @terriros

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Lia Aziz telah selamat diijab kabul bersama pemain gitar kumpulan Treehill, Arash Azimi di Masjid Al Amin, Puchong, pagi ini. 

Lia Aziz atau nama sebenarnya, Nor Alia Farzana Abdul Aziz, 19, dan Arash Azmi atau nama penuhnya, Arash Azimi Anuar, 24, mengenali satu sama lain lebih dua tahun lalu selepas kedua-duanya bernaung di bawah syarikat rakaman yang sama.

Lia Aziz dan Arash Azimi bertunang pada 22 Januari lalu.
Lia Aziz dan Arash Azimi bertunang pada 22 Januari lalu.

Bahkan, pasangan selebriti ini juga telah pun mengikat tali pertunangan mereka sejak 22 Januari yang lalu. 

Namun, mengambil keputusan untuk menjadi pasangan suami isteri selepas mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah keluarga dan melangsungkan perkahwinan pada hari ini. 

Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di Masjid Al Amin, Puchong, pagi tadi.
Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di Masjid Al Amin, Puchong, pagi tadi.

Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup dan dihadiri ahli keluarga terdekat ini, dilakukan secara kecil-kecilan berikutan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang menghadkan bilangan jemputan. 

Manakala majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan di Tropicana Golf Country Resort di Petaling Jaya pada malam ini. 

Pasukan Getaran mengucapkan Selamat Pengantin Baharu buat pasangan pengantin ini. Semoga perkahwinan mereka kekal bahagia hingga ke anak cucu. - Getaran, 23 Julai 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 9 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN