Bekas pelakon Malaysia iaitu Sarah Hildebrand telah berkongsi beberapa keping foto terbarunya yang dilihat telah menjalani ujian untuk menyertai pasukan Tentera Udara Amerika Syarikat.
Menerusi hantaran terbaru di Instagram, Sarah yang pernah popular dengan drama 'Pujaan Hati Kanda' ini telah menulis kapsyen ‘segalanya tidak mustahil’.

Kelihatan ramai rakan selebriti yang mengucapkan tahniah serta meluahkan rasa bangga dengan pencapaiannya menyertai pasukan Air Force itu.
Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada dunia lakonan di Malaysia pada April lalu dan berhijrah ke Amerika Syarikat, Sarah giat menjalani latihan kecergasan di gimnasium dan sering berkongsi perkembangannya di Instagram.

Sarah atau nama penuhnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 32, merupakan wanita berdarah kacukan Melayu, Amerika Syarikat dan Jerman.
Getaran ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada Sarah dan semoga berjaya. – Getaran, 22 Julai 2022
