web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 22 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Vince Terpaksa Tolak Tawaran Sertai Gegar Vaganza

Vince, juara sulung program realiti nombor satu Malaysia, Akademi Fantasia terpaksa tolak tawaran Gegar Vaganza.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2022 2:00PM

Gambar dari Instagram Vince Chong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi yang juga juara sulung rancangan realiti Akademi Fantasia, Vince mengakui ada menerima tawaran untuk menjadi salah seorang peserta program nyanyian Gegar Vaganza (GV).

Namun kata pemilik nama penuh Vincent Chong Ying Cern ini, dia terpaksa menolak tawaran berkenaan kerana sudah terikat dengan sebuah projek.

“Saya telah dijemput untuk menyertai GV tahun ini. Tetapi sayangnya saya tak dapat turut serta. Saya terikat dengan projek untuk mengarahkan sebuah program realiti di Sarawak. 

Sehari sebelum sesi ujibakat untuk GV, saya telah dihubungi oleh pihak produksi di Sarawak mengesahkan projek ini. Jadi saya terpaksa akur dan menolak tawaran GV. 

Apabila saya beritahu pihak produksi, mereka agak kecewa. Tetapi nak buat macam mana, tak ada rezeki untuk saya beraksi di pentas GV tahun ini,” katanya.

Kata pelantun lagu Mengapa Harus Cinta ini lagi, ini bukan kali pertama dia ditawarkan untuk menjadi peserta GV, tawaran ini sudah hadir selepas dia menyertai The Masked Singer Malaysia musim pertama lagi. 

“Ketika itu saya rasa jarak masak di antara The Masked Singer Malaysia dan GV terlalu dekat. Kali ini pula saya terpaksa tolak sebab terikat dengan kerja lain. Harap-harap tahun depan mereka tidak serik untuk panggil saya lagi,” katanya.

Hampir 20 tahun bergelar penyanyi sejak menjuarai Akademi Fantasia musim pertama pada tahun 2003, Vince akui dia sangat rindu untuk membuat persembahan di atas pentas besar seperti GV. 

“Ada satu ketika saya pernah senyap dari industri. Tetapi ketika itu saya banyak libatkan diri dengan persembahan teater muzikal. Untuk saya teater muzikal menjadikan saya penghibur yang lebih baik kerana kita tak boleh buat salah. Setiap hari penonton yang datang berbeza-beza. Jadi anda perlu sentiasa bertenaga setiap masa,” katanya.

Vince mengorak selangkah lagi dalam kerjayanya apabila dia kini bergelar penerbit untuk siri animasi kanak-kanak. 

“Walaupun saya sudah tidak buat muzik untuk saya sendiri, tetapi saya buat muzik untuk kanak-kanak. Fokus kami untuk animasi ini ialah kanak-kanak yang berusia dari dua hingga enam tahun. 

Idea untuk menghasilkan animasi ini mula tercetus dua tahun sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) . Tetapi ketika itu saya tak rasa macam perlu buat segera. 

Tetapi disebabkan PKP, saya rasa inilah masa terbaik sebab nak menyanyi pun tak ada tawaran. Platform digital sangat mendapat tempat di hati penonton dan memudahkan kerja kerana boleh bekerja dari rumah.,” ujarnya.

Kata bapa kepada sepasang cahaya mata ini lagi, apa yang menarik mengenai animasi terbitannya itu, setiap episod mempunyai runut bunyinya sendiri.

“Saya tulis sendiri lagu-lagu berkenaan. Apa yang saya boleh katakan, animasi ini sangat bertaraf antarabangsa kerana kami juga mahu mensasarkan pasaran antarabangsa”. – Getaran, 13 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Kerajaan Tidak Bercadang Laksana Semula PKP - Dr Dzulkefly

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Rupa Paras Dikutuk, Liza Hanim Tampil Pertahankan Diri

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 16 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...