web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tersenarai 100 Top Young CEO! Nabil, Tya Kongsi Rahsia Berniaga

Tak mudah membina empayar perniagaan apalagi di musim pandemik ini. Nampaknya selebriti Malaysia tanah air berjaya membuktikan sebaliknya. Jom ketahui rahsia perniagaan Nabil dan Tya Arifin!

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2021 9:08AM

Gambar: Sadiq Asyraf Mohd Yusof

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kita semua harus mengakui bahawa pandemik telah mengubah landskap perniagaan di seluruh dunia. Bukan sedikit syarikat yang terpaksa gulung tikar atau menyerahkan surat berhenti kepada pekerja mereka lantaran tidak mampu menampung kerugian dampak COVID-19.

Namun, di sebalik kemelut yang dihadapi. Terdapat juga usahawan yang tidak berputus asa dan berusaha semampu mungkin mencari jalan lain agar boleh menjadikan kekurangan sebagai peluang perniagaan  mereka. 

Anugerah 100 Top Young CEO baru-baru ini telah menyenaraikan usahawan dan CEO syarikat yang dilihat paling kehadapan untuk diiktiraf kebolehan mereka memajukan perniagaan di masa-masa mencabar ini. 

Nabil Ahmad antara penerima anugerah tersebut sangat terharu dengan penghargaan yang diberikan. Sebelum ini, Nabil pernah  rugi hampir setengah juta ringgit dalam perniagaan. Tak putus semangat, Nabil kemudian melancarkan produk makanan ringan pula.

Gambar: Sadiq Asyraf Mohd Yusof
Gambar: Sadiq Asyraf Mohd Yusof

Mensyukuri jatuh bangun perjalanannya dalam dunia perniagaan, Nabil berharap segala kejayaan yang dimilikinya tidak akan membuatnya jauh dengan Tuhan. Ditanya apakah resepi kejayaannya, ini jawapan anak jadi Negeri Sembilan itu.

“Sekarang, saya ingin selalu ingat Allah dan mensyukuri segala nikmat ini.  Saya berniaga kerana ikut nabi kita. Bila kita letak sunnah di depan, maka semuanya akan jadi. 

Biasalah, berniaga ini ada naik dan turun. Jangan kita risau bila kita turun. Tapi risaulah bila kita tengah naik sebab itulah masa yang sukar untuk kita ingat Allah,” katanya ketika ditemui semasa majlis penyampaian anugerah.

Gambar: Sadiq Asyraf Mohd Yusof
Gambar: Sadiq Asyraf Mohd Yusof

Turut menerima anugerah yang sama ialah usahawan jus kesihatan  terkenal Tya Arifin yang memiliki objektif untuk memperkasakan wanita dalam perniagaan. 

Gambar: Sadiq Asyraf Mohd Yusof
Gambar: Sadiq Asyraf Mohd Yusof

“Saya berniaga untuk  bantu orang. Bila dapat respons yang baik  daripada para usahawan, jadi kita rasa lebih bersemangat nak bantu lebih banyak lagi,” jelasnya

Ditanya mengenai  pendorong yang membuatnya lebih kuat setiap hari, wanita asal Palembang itu mendedahkan hubungan yang baik bersama pekerja dan usahawan di bawahnya adalah faktor utama kejayaan.

“Kita selalu tambah baik cara kepimpinan kita, jadi kesannya pun akan lebih positif di samping membuatkan mereka semua seronok untuk bekerja bersama-sama,”

Gambar: Sadiq Asyraf Mohd Yusof
Gambar: Sadiq Asyraf Mohd Yusof

Beliau juga berharap lebih ramai lagi wanita di luar sana yang memilih untuk keluar dari zon selesa dengan mencari lebih banyak peluang. 

“Jika kita tak nak memulakan, maka susah kita nak dapat hasil.  Kita harus ingat formula  kejayaan dalam hidup ini ialah tiga benda iaitu keinginan untuk berjaya, tindakan dan cepat ambil peluang,” tambahnya. 

Turut hadir dan menerima anugerah pada malam tersebut ialah Amy Search, Datuk Nora Ariffin, Datuk Alha Alfa, Rizman dan Ruzaini. - Getaran, 31 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS