web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sham Visa Tak Sangka Ditawar Watak Hero Di Usia 50-an

Terbaru penyanyi dan pelakon yang mendapat jolokan ‘Tony Stark’ Malaysia ini bergandingan bersama Siti Nordiana dalam sebuah drama bersiri berjudul Selamanya Suri Cinta.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2022 2:00PM

Sham Visa

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan pelakon terkenal, Sham Visa tidak menyangka di usianya yang sudah  mencecah 50-an, dia masih menerima tawaran untuk membawakan watak hero.

Terbaru, Sham atau nama sebenarnya Roshisham Hashim, 51, bakal muncul dengan sebuah drama bersiri terbitan Suhan Movies berjudul Selamanya Suri Cinta, berganding bersama penyanyi popular, Siti Nordiana.

“Sewaktu pengurus produksi menghubungi saya untuk tawarkan watak ini, saya tanya kepadanya saya akan jadi bapa kepada siapa? Saya jadi Datuk apa? Tetapi dia cakap bukan, saya bakal membawa watak utama dalam drama ini.

“Pada mulanya saya tolak kerana saya rasa kurang sesuai untuk watak utama. Saya rasa saya bukan pelakon yang berkaliber. Tetapi kata mereka saya sesuai dengan kehendak skrip.

“Selepas berbincang dan saya dapat tahu ini adalah produksi Datuk Rosyam Nor jadi saya terima kerana beliau ibarat sifu kepada saya,” katanya.

Kongsinya lagi, banyak tawaran berlakon dan nyanyian yang terpaksa ditolak kerana selain bergelar selebriti, dia juga merupakan seorang tenaga pengajar dan penilai pekerjaan yang melibatkan ketinggian. Jadi dia perlu membahagikan masa di antara dua kerjaya ini.

“Sejak kebelakangan ini saya susah nak terima undangan nyanyian kerana saya letih disebabkan terlibat dengan jadual penggambaran yang panjang. Keadaan tak membenarkan saya untuk terima.

“Begitu juga dengan beberapa tawaran lakonan yang saya terima sewaktu sedang menjalani penggambaran drama Selamanya Suri Cinta Ini. 

“Saya tidak mahu buat banyak kerja dalam satu masa. Lebih baik saya fokus dengan satu drama sahaja,” katanya yang terpaksa menolak  tawaran dari tiga produksi.

Selain bakal muncul dengan drama bersiri, Sham juga bakal tampil dengan sebuah filem terbitan KRU Studios berjudul 7 Minggu Sebelum Kahwin yang akan ditayangkan di AstroFirst bermula 7 Julai ini. Dalam filem ini, Sham membawakan watak sebagai bapa kepada Nora Danish. - Getaran, 5 Julai 2022.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Peminat Dakwa Siti Nordiana Kena Sabotaj

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Siti Nordiana Setuju Selesaikan Kes Saman RM2.5 Juta Secara Baik

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bapa Siti Nordiana Meninggal Dunia

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Di Sekolah Kalau Masuk Pertandingan, Saya Selalu Nyanyikan Lagu 'Keluarga Bahagia' - Siti Nordiana

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 3 jam yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

oleh Sophia Ahmad