web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Ini Adalah Anugerah Yang Maha Agung’ - Nelydia Senrose Tunai Haji

“Segala yang saya hajatkan, tidak akan terlawan dengan anugerah dariNya ini yang tidak mungkin akan saya dustakan sehingga ke akhir hayat,” Nelydia.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2022 12:00PM

Nelydia (kanan) bersama suami Mohd Hafez terpilih untuk mengerjakan haji tahun ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon terkenal, Nelydia Senrose dan suami telah terpilih untuk menjadi tetamu Allah tahun ini bagi mengerjakan ibadah haji di tanah suci Mekah.

Menerusi sebuah hantaran di akaun Instagram, Nelydia telah berkongsi berita mengenai keberangkatannya ke tanah suci bagi mengerjakan haji dan memohon agar didoakan kesejahteraanya.

“Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Saya Nik Zaris Nelydia dan suami tersayang Mohd Hafez Halimi dengan rasa penuh kesyukuran, gembira dan tawadhu’ di atas kebesaran Sang Pencipta yang Maha Pengasih dan mengasihani yang mengizinkan kami untuk menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi menunaikan ibadah Haji.

“Ini adalah anugerah Allah yang maha agung buat kami berdua. Saya dengan penuh rasa kerdil dan rendah diri ingin memohon seribu kemaafan kepada semua yang mengenali saya.

“Segala salah dan silap, terkasar bahasa yang saya sedari mahupun tanpa sengaja terlepas pandang selama ini. Halalkan makan minum kami. Saya mohon agar dapat dititipkan doa buat saya dan suami agar selamat pergi dan balik. Dipermudahkan segala urusan dan dengan izin-Nya mendapat haji mabrur.

“Segala yang saya hajatkan, semua yang saya impikan, apa yang saya bayangkan, tidak akan terlawan dengan anugerah dariNya ini yang tidak mungkin akan saya dustakan sehingga ke akhir hayat,” tulisnya di bahagian kapsyen.

Di ruangan komen, kelihatan ramai rakan selebriti dan netizen yang menitipkan doa buat Nelydia dan suami agar segala urusan ibadah mereka dipermudahkan dan mendapat haji yang mabrur.

Kami di Getaran juga ingin mendoakan yang sama buat Nelydia dan suami agar segala ibadah yang dikerjakan dirahmati dan dihindari dari segala kesulitan. - Getaran, 4 Julai 2022.

Foto : Instagram Nelydia

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN

Filem & TV 6 jam yang lalu

Adrian Teh Kembali Ke Genre Aksi, “Chelot’ Tampil Babak Pecah Rekod

Filem berkenaan menerima pengiktirafan bagi kategori Babak Aksi “Single Take” Terpanjang Dalam Filem menerusi adegan tanpa suntingan yang dirakam menggunakan sa...

oleh Sophia Ahmad