web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Neelofa Sokong Perjuangan Puteri Sarah Menentang Orang Ketiga

Selebriti dan usahawan terkenal itu juga kagum dengan Puteri Sarah yang tidak membuka aib suami dan kuat mempertahankan rumah tangganya.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2022 12:18PM

Puteri Sarah dan Neelofa - Gambar Instagram @puterisarahliyana dan @neelofa

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa menyokong perjuangan sahabatnya iaitu Puteri Sarah dalam menentang orang ketiga yang cuba mengganggu-gugat ketenteraman rumah tangganya.

Neelofa telah meninggalkan komen di akaun Instagram Puteri Sarah dan berkongsi perasaannya tentang apa yang berlaku kepada sahabatnya itu.

“Kita banyak berborak tentang perkara ini. Sampai satu tahap, saya dah tak tahu nak kongsi nasihat apa lagi sebab terlalu teruk pihak ketiga membuli awak. 

“Ketika itu orang ramai masih belum tahu lagi. Saya sendiri tak sanggup nak hadam, apa lagi awak yang kena laluinya.  

“Memang awak seorang yang terlalu sabar dan kuat. Satu perkara yang membuatkan saya amat terkesan, dengan segala apa yang terjadi, awak sangat mahu menjaga rumah tangga, jaga aib suami awak. Awak banyak mengalah. 

“Moga Allah gantikan segala kesakitan, kepedihan, setiap air mata awak yang mengalir kepada kebahagian yang berterusan. Amin,” tulisnya di bahagian komen. 

Tangkapan layar Instagram @puterisarahliyana
Tangkapan layar Instagram @puterisarahliyana

Puteri Sarah kemudiannya membalas komen berkenaan dengan berterima kasih kepada Neelofa kerana selama ini sahabatnya itulah tempat dia meluahkan perasaan dan menangis. 

“Selama ini saya menangis dekat awak. Akhirnya… Terima kasih kerana ajarkan saya segala doa-doa,” tulisnya. 

Tangkapan layar Instagram @puterisarahliyana
Tangkapan layar Instagram @puterisarahliyana

Semalam Puteri Sarah telah memfailkan dua saman terhadap orang ketiga yang mengganggu rumah tangganya bersama pengarah terkenal Syamsul Yusof selepas empat tahun memendam rasa. - Getaran, 1 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Nilofa Group Mohon Maaf Selepas Buat Promosi Berbaur Lucah

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Saman Bapa Budak Lelaki 11 Tahun Pandu Kereta

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu