web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Saya Buat Apa Yang Saya Rasa Perlu” – Sharnaaz Ahmad

Tiga hari direman di lokap, pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad meminta supaya orang ramai menghentikan spekulasi ke atas dirinya kerana hanya mendengar kenyataan dari sebelah pihak.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2022 4:39PM

Gambar tangkapan layar Metro TV

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Sharnaaz Ahmad yang ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes pukul pengawal keselamatan sebuah kondominium baru-baru ini meminta supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

Sharnaaz yang ditemui oleh pihak media di Ibu Pejabat Polis daerah Sentul berkata dia akan melakukan satu sidang media tidak lama lagi untuk menjelaskan keadaan yang sebenar.

“Sekarang ini, saya sudah selesai urusan siasatan bersama pihak polis. Insya-Allah tak ada apa-apa. Tetapi apa yang digembar-gemburkan di luar itu, hati-hati sebab kes masih dalam siasatan. Dan apa yang dikeluarkan oleh pihak media juga tidak benar. Tunggu sahaja kenyataan saya dan peguam dalam masa terdekat. 

“Saya tidak bodoh untuk melakukan sesuatu seperti itu.  Dan kepada sesiapa yang membuat spekulasi mengatakan Sharnaaz seorang yang panas baran, tunggu cerita yang sebenar akan keluar,” katanya.

Ditanya tentang pengalamannya yang direman selama tiga hari di dalam lokap, kata pelakon filem Juvana ini, banyak pengajaran yang diperolehnya selain dipenuhi dengan sesi siasatan.

“Kepada yang percaya bahawa saya tidak salah, teruskan sebab saya yakin saya tak salah. Insya-Allah saya akan buktikan kepada semua yang ada kebaikan yang saya buat dalam ni, yang orang tak tahu serta tidak diceritakan dan akan diceritakan di mahkamah nanti,” ujarnya. 

Tambahnya lagi biarpun sifat panas baran itu sangat sinonim dengannya, namun kata Sharnaaz pertelingkahan yang berlaku itu tiada kena-mengena dengan sifat panas barannya. 

“Tiada langsung unsur panas baran dan saya buat apa yang saya rasa perlu. Kenyataan yang keluar itu pun hanya sebelah pihak. Belum ada kenyataan yang dikeluarkan dari pihak saya. Jadi jangan terus menghakimi,” katanya menutup bicara.

Sharnaaz akan membuat satu sidang media khas bagi menjelaskan isu ini dalam masa terdekat yang akan dimaklumkan menerusi pengurusnya.

Menurut Bernama, Sharnaaz yang ditahan kerana disyaki terlibat kes pukul seorang penduduk kondominium di Sentul Khamis lepas telah dibebaskan dengan jaminan polis tengah hari tadi. - Getaran, 20 Jun 2022

Sumber : Metro TV

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Dakwaan Rasuah: Shamsul Iskandar, Tei Direman 6 Hari 

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Kes Bunuh 2 Beranak: 3 Lelaki Nepal Direman 7 Hari

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN