web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


"Saya Dapat Semula Hidup Saya" - Johnny Depp

Selepas enam minggu melalui sesi perbicaraan yang penuh kontroversi, akhirnya kemenangan berpihak kepada aktor terkenal, Johnny Depp yang memfailkan kes saman fitnah terhadap bekas isterinya, Amber Heard. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2022 12:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas enam minggu melalui sesi perbicaraan di mahkamah akhirnya pelakon terkenal Hollywood, Johnny Depp telah menang saman fitnah terhadap bekas isterinya, Amber Heard.

Tujuh juri yang mengadili kes kontroversi ini mendapati Amber telah memfitnah Johnny dan memutuskan untuk Johnny menerima pampasan sebannyak AS$15 juta.

Terdahulu, Johnny telah memfailkan saman sebanyak AS$50 juta terhadap Amber atas penulisannya untuk kolum Washington Post yang berunsur fitnah.

Tidak berdiam diri, Amber telah membalas dengan memfailkan saman yang menuntut AS$100 juta serta mendakwa dirinya mengalami penderaan serta keganasan fizikal daripada bekas suaminya itu.

Dalam keterangan kepada mahkamah, Johnny menafikan beliau pernah melakukan penderaan fizikal terhadap Amber, sebaliknya mendakwa wanita itu yang sering bertindak ganas terhadapnya.

Sejurus selepas mahkamah memutuskan kemenangan berpihak kepada Johnny, pelakon yang terkenal dengan watak Jack Sparrow dalam filem 'Pirates Of The Caribbean' itu telah memuatnaik kenyataan penuh beremosi di Instagram beliau.

"Enam tahun lalu, kehidupan saya, kehidupan anak-anak saya, kehidupan orang yang paling dekat dengan saya, dan juga, kehidupan mereka yang selama bertahun-tahun menyokong dan percaya kepada saya telah berubah sama-sekali.

Tuduhan palsu sangat serius dan jenayah telah dikenakan terhadap saya melalui media, sehingga mencetuskan rasa penuh kebencian yang tidak berkesudahan, walaupun tiada pertuduhan pernah dikenakan terhadap saya. 

Semuanya berlaku dalam sekelip mata! Ia telah memberi kesan terhadap hidup serta kerjaya saya. Dan selepas enam tahun, pihak juri telah mengembalikan semula hidup saya.

"Sejak awal lagi, matlamat membawa kes ini adalah untuk mendedahkan kebenaran, tanpa mengira keputusannya. Bercakap benar adalah sesuatu yang saya terhutang kepada anak-anak saya dan kepada semua orang yang tetap teguh menyokong saya,” tulisnya dalam kenyataan itu.

Sementara itu, menerusi laporan yang dikeluarkan oleh E News,  Amber telah meluahkan kekecewaannya selepas kalah dalam kes ini. 

"Saya sedih kerana walaupun punya banyak bukti tetapi masih tidak mencukupi untuk menentang kuasa dan pengaruh bekas suami saya, saya lebih kecewa dengan impak keputusan ini kepada wanita lain. Ia seolah satu langkah berundur apabila seorang wanita yang punya hak bersuara boleh dimalukan dan dihina secara terbuka,” katanya. 

Terdahulu, sejak enam minggu lalu, seluruh dunia mengikuti perkembangan perbicaraan kes ini dimana hampir setiap hari peminat dikejutkan dengan cerita-cerita yang tidak masuk akal serta mengejutkan di dalam rumah tangga mereka. - Getaran, 2 Jun 2022

Gambar: getty Images

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 jam yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 1 hari yang lalu

Adrian Teh Kembali Ke Genre Aksi, “Chelot’ Tampil Babak Pecah Rekod

Filem berkenaan menerima pengiktirafan bagi kategori Babak Aksi “Single Take” Terpanjang Dalam Filem menerusi adegan tanpa suntingan yang dirakam menggunakan sa...

oleh Sophia Ahmad