Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Air Mata Jantan Fizi Ali Tumpah Kerana Ameena Sofia

Penyampai radio Suria FM ini tidak dapat menahan sebak apabila bercerita soal puteri kesayangannya serta terkilan tidak dapat beraya bersama pada tahun ini.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2022 11:36AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali mengakui sukar untuk membayangkan apa yang akan terjadi kepadanya pada 1 Syawal nanti kerana ini adalah tahun pertama dia beraya sebagai seorang duda tanpa kehadiran anak kesayangannya di sisi.

“Raya tahun ini agak berbeza dengan tahun lepas. Sebenarnya kalau ikutkan hati saya, saya tak tahu apa yang akan terjadi. Kalau ikutkan memang tak ada mood untuk beraya pun ada sebab sudah terbiasa dengan anak. 

Sejujurnya kalau tanya saya kalau boleh tahun ini saya tak mahu balik kampung pun. Saya tak mahu jumpa sesiapa. Kalau boleh hari pertama tu nak duduk chill sorang-sorang sebab tak tahu macam mana nak bawa diri kalau balik kampung,” katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama Suria FM.

Menurut jejaka berusia 33 tahun itu lagi, tahun ini anaknya Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun akan beraya bersama bekas isterinya iaitu pelakon Shakila Khoriri sehingga Syawal keempat. 

“Saya faham kerana Ameena masih kecil dan anak kecil paling perlukan ibunya. Saya bagi peluang untuk Ameena beraya bersama ibunya buat masa ini. Tapi bila saya dapat tahu saya hanya berpeluang beraya bersama anak saya pada raya keempat, hati saya rasa jauh sangat apabila tidak dapat beraya pada hari pertama bersama Ameena.

Saya pun tak tahu apa yang akan terjadi pada saya raya pertama nanti. Selalunya hari raya kami akan berkumpul bersama, tapi bila dia tak ada tahun ini saya tak tahu nak cakap macam mana. Cuma sekarang ini saya sibukkan diri dengan kerja. Itulah salah satu kekuatan untuk saya teruskan kehidupan,” ujarnya.

Ujar Fizi lagi, dia hampir terlupa untuk membuat persiapan raya pada tahun ini kerana sedang bergelut dengan kesedihan yang tidak diketahui sesiapa.

“Saya tak buat persiapan apa-apa pun lagi. Saya sampai terlupa bahawa saya akan pulang ke kampung, duit raya pun tak tukar lagi, baju pun tak beli lagi.  Saya janji dengan mak nak beli baju raya untuknya, tetapi saya terlupa. Akhirnya mak beli sendiri. Memang orang nampak saya macam okay tiada masalah. Tetapi jauh di sudut hati saya sangat-sangat sedih. 

Apabila bercerita tentang hal ini pun saya akan terbayang muka Ameena. Sebab saya sudah terbiasa dengan dia. Orang selalu tengok saya macam happy. Sebenarnya tidak. Sakit betul di dalam ini. Tak apalah. Macam mana pun kehidupan perlu diteruskan dan saya banyak doakan yang terbaik untuk anak saya,” katanya sambil menahan sebak.

Insert Photo : Fizi Sebak

Air mata jantannya tidak lagi mampu tertahan tatkala bercerita tentang anak kesayangannya yang pernah bertanya kenapa mereka tidak lagi tinggal bersama. 

“Kadang-kadang dia ada bertanya Daddy pergi mana? Kenapa Daddy tak duduk sekali dengan Ameena? Saya perlu kuat untuk beritahu dia. Bila saya dah ambil dia, kemudian nak hantar balik, ya Allah tak tahu perasaan tu macam mana. Saya tak mahu menangis di depan dia. Cuma bila dah hantar dia balik, satu perasaan macam kehilangan kata-kata. Tak tahu nak cakap macam mana. Bila dah hantar dia balik, rumah saya akan bersepah. Bila tengok barang-barang dia saya akan terkenang detik-detik bermain bersamanya. Mungkin apabila dia makin membesar dia akan faham apa yang terjadi,” luahnya.

Ditanya tentang soalan untuk kembali hidup bersama sebagai satu keluarga bersama bekas isteri, kata Fizi dia belum bersedia untuk ke arah itu. 

“Untuk masa sekarang ini saya rasa biarlah saya begini. Bekas isteri saya pun begitu. Yang penting kita jaga anak kita betul-betul daripada jaga hati sendiri. Hati sendiri tolak jauh-jauh dulu. Yang penting anak dapat kasih sayang dari ibu dan bapa dia,” katanya. 

Tambah Fizi lagi, jika dia menghubungi bekas isterinya pun, mereka hanya akan bercakap soal anak. 

Melihatkan komen-komen netizen di media sosial, ada yang mengatakan bahawa Fizi terlalu cepat untuk move on selepas apa yang berlaku dalam rumah tangganya. Kata Fizi, dia tidak boleh selamanya berduka kerana pernah melalui fasa yang sukar sewaktu di awal perpisahan.

“Kalau tunggu setahun pun orang cakap macam tu, dua tahun pun orang cakap macam tu, tiga tahun pun orang cakap benda yang sama. Sebenarnya nak kena tunggu berapa lama? Cuma orang tak tahu apa yang kita rasa. Contohnya bila anak tiada dengan saya, orang tak tahu kesedihan yang saya alami kerana mereka lihat saya sentiasa ceria di konti gelak-gelak. Tetapi sebenarnya dalam hati saya, bila saya duduk seorang diri, saat itulah paling banyak saya fikir soal anak. 

Sampai bila saya harus terus duduk dalam kepompong yang sebegitu sahaja menangis setiap malam. Jujur saya cakap sewaktu saya baru bercerai, mak saya sampai nak bawa saya pergi hospital orang gila. Saya bercakap sorang-sorang. Bawa kereta bercakap sorang-sorang. Balik rumah menangis. Saya terbayangkan Ameena berada di sebelah tetapi sebenarnya dia tak ada. 

Waktu itu mak saya nampak saya dah teruk sangat. Tetapi Alhamdulillah bila mak dah tiupkan kata-kata semangat buat saya barulah saya kembali kuat. Antara nasihat yang mak berikan kepada saya ialah kita kalau nak sayang orang biarlah berpada-pada. Baik kita sayang kepada yang tak pernah lupakan kita iaitu Allah,” kongsinya.  

Kata Fizi lagi, dia banyak memendam masalahnya seorang diri dan jarang bercerita dengan orang mahupun rakan-rakan kerana merasakan dia mampu untuk mengawal kehidupannya sendiri. 

“Cuma kadang-kadang terluah juga perasaan di media sosial. Itu adalah tindakan secara spontan sebab kalau kita tengok zaman dulu ada diari untuk kita tulis dan luahkan perasaan. Sosial media sajalah untuk saya luah perasaan dan kongsi momen indah bersama anak,” ujarnya. 

Fizi juga tidak menafikan dakwaan bahawa dia kini sedang mengenali seseorang dan masih dalam peringkat berkawan. Namun dia enggan mendedahkan siapa gerangan wanita itu. - Getaran, 26 April 2022.

Gambar: Helmi Anuar menggunakan Iphone 13 Pro 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Bekalan Bahan Mentah Mencukupi Sepanjang Syawal - KPKM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

3

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Aliran Trafik Mula Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 6 jam yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 14 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 9 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Video kumpulan k-pop ini membuatkan peminat teruja dan ingin lihat mereka menari tarian yang sama ketika konsert nanti

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran