Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bell Ngasri Mahu Minta Ampun Di Mekah Kerana Barkoba

Seperti saban tahun sebelumnya, setiap kali menjelang puasa, pasti Barkoba akan muncul dengan iklan puasa di YouTube. Tahun ini juga tidak terkecuali.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2022 11:30AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Bell Ngasri menganggap peluang untuk mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah pada 10 malam terakhir Ramadan adalah suatu rezeki buat dia dan isterinya, Natasya Farhana. 

“Memang dah lama saya simpan impian untuk buat umrah pada hujung Ramadan. Tak sangka pula ia dimakbul Allah SWT. 

“Mungkin, inilah yang dinamakan rezeki dan tawaran ini pun saya perolehi daripada Faizal Ismail dan Syabibah Travel & Tours. 

“Ini adalah kali kedua saya mengerjakan umrah. Dulu saya pergi dengan seluruh keluarga besar termasuk saudara-mara pada tahun 2008. Tapi, sekarang ini, saya hanya pergi berdua dengan isteri saya bersama jemaah lain,” katanya kepada Getaran. 

Bell juga memberitahu kesempatan untuk mengerjakan umrah bersama isterinya juga akan digunakan sebaiknya untuk meminta keampunan. 

“Saya kena minta ampun dengan Allah SWT untuk watak Barkoba saya bawakan itu. Sebab watak itu sudah jadi ikon kepada mereka yang tidak berpuasa. 

“Takut pulak disebabkan watak itu ramai yang tak puasa. Tak pasal-pasal, kita pula yang berdosa. Sebab itu, saya nak kena ke Mekah dan minta ampun. Barkoba kena pergi sana (secara berseloroh). 

“Padahal, sebenarnya watak Barkoba itu dicetuskan untuk mendidik masyarakat supaya mengambil iktibar daripada perbuatan Barkoba. Jangan ikut perangai Barkoba,” katanya yang telah bertolak ke Mekah pada 20 April lalu. 

Seperti saban tahun sebelumnya, setiap kali menjelang puasa, pasti Barkoba akan muncul dalam iklan puasa di YouTube. Tahun ini juga tidak terkecuali. 

Bahkan, Bell telah menjayakan tiga iklan puasa di YouTube bersama tiga syarikat yang berbeza iaitu syarikat yang mengusahakan produk makanan, perkhidmatan menjual komputer riba dan produk penapis air. 

Jelas Bell, dia sendiri tidak menyangka ada yang mahu membuat kandungan di platform YouTube berdasarkan watak Barkoba yang tidak puasa itu. 

“Ia membuktikan bahawa watak Barkoba itu sangat diminati dan itu juga yang menggerakkan diri saya untuk menjayakan iklan-iklan ini. 

“Seperkara lagi adalah disebabkan idea, kandungan dan pengisian mereka juga bagus-bagus. Jadi, mengapa tidak. 

“Kalau hendak diikutkan, memang ramai yang minta saya buat content di YouTube. Tapi, saya sahaja yang tidak ada masa,” katanya. 

Sambung Bell lagi, sebelum menjayakan iklan-iklan yang menggunakan serta memaparkan nama dan watak Barkoba itu, dia terlebih dahulu bertanya kepada pihak Mamat Khalid. 

“Waktu arwah masih hidup, saya akan rujuk kepada dia dulu. Kandungannnya begini-begini. Boleh atau tidak. Alhamdulillah, arwah pada ketika itu memang tidak ada masalah pun dengan hal tersebut. 

Bercerita tentang filem 19 Puasa iaitu kesinambungan kepada 16 Puasa, 17 Puasa dan 18 Puasa Di Kampong Pisang, Bell berkata, memang ada usaha daripada pewaris Mamat iaitu Amen untuk menghasilkan dan mengarahkan 19 Puasa

“Sepatutnya memang ada, tapi ia tidak sempat dibuat. Jadi, saya difahamkan, 19 Puasa hanya akan dibuat pada tahun depan. 

“Saya rasa okey sebab kita pun baru sahaja keluar dengan filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali,” katanya mengakhiri perbualan. - Getaran, 22 April 2022

Gambar: Instagram Bell Ngasri

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 minggu yang lalu

Jutaan Umat Islam Menunaikan Umrah Sempena Ramadan

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Besar Sungguh Pengorbanan Pemuda Jepun Ni

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Suasana Menghijau Berhampiran Mekah

4

Selebriti 8 bulan yang lalu

Bell Ngasri Dapat Kereta Mini Cooper, Akui Tak Tidur Malam Terfikir Bakal Dapat Kereta Apa 

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 5 jam yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 13 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran