Berita Terkini

10 minit yang lalu: Pembukaan Jambatan Bagan Datuk tarik minat pelabur - Ahmad Zahid 29 minit yang lalu: Kastam tumpas sindiket penyeludupan, rampas rokok RM1.5 juta 35 minit yang lalu: KPT perlu rangka pelan pembangunan bakat, pembinaan kapasiti untuk tingkat kecekapan - Khaled 55 minit yang lalu: Pasukan Petugas Khas diwujudkan bagi cari penyelesaian isu air di Kelantan dan Sabah - PM 1 jam yang lalu: Budak 3 tahun maut ditikam di Sydney

IKUTI KAMI


Selamat Ulang Tahun Ke-93, P. Ramlee

Sempena Hari Seniman 2022 dan hari kelahiran Tan Sri P. Ramlee hari ini, Getaran senaraikan lagu-lagu dan filem-filem yang menjadi pilihan dan kegemaran kami.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2022 6:43PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah 49 tahun Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee meninggalkan kita semua. 

Namun, hingga saat ini, karya-karya lagu dan filemnya masih tetap hidup bugar dalam ingatan kita semua. 

Bahkan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) turut memilih tarikh kelahiran beliau sebagai Hari Seniman Negara.

Andai P. Ramlee yang dilahirkan pada 22 Mac 1929 di George Town, Pulau Pinang masih hidup, pastinya beliau kini berusia 93 tahun. 

Bagaimana agaknya reaksi beliau apabila melihat perkembangan industri muzik dan perfileman tanah air kita? 

Apapun, sempena Hari Seniman Negara 2022 dan hari kelahiran P. Ramlee hari ini, warga kerja Getaran senaraikan lagu-lagu dan filem-filem yang menjadi pilihan dan kegemaran kami.  

Al-Fatihah buat Seniman Agung kesayangan kita. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan mengampunkan segala dosa-dosanya. 

 

Pilihan Ellyna Ali  

Lagu:   ‘Hujan Di Tengahari’

Sukar sebenarnya untuk saya memilih lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang benar-benar sedap kerana banyak karya lagunya yang menusuk di kalbu. 

Namun, lagu nyanyian dan ciptaan beliau yang paling saya gemari adalah ‘Hujan Di Tengahari’ kerana ia menggunakan metafora alam tentang sebuah perhubungan tidak menjadi. 

Muziknya juga cukup menenangkan kerana ia mempunyai unsur pop jazz. 

Filem: Tiga Abdul 

Tiga Abdul paling saya gemari kerana ia adalah sebuah filem komedi yang cukup sarat dan tajam dengan kritikan sosial mengenai kisah manusia-manusia yang tamak haloba serta suka merampas hak orang lain. 

Filem ini juga turut mendidik kita tentang pentingnya kebijaksanaan akal fikiran, bersedekah dan memiliki sebuah ikatan kekeluargaan yang utuh. 

 

Pilihan Shah Shamshiri 

Lagu: ‘Madu Tiga’ 

Sebuah lagu yang mempunyai lirik nakal, seperti filemnya yang lucu. ‘Madu Tiga’ mempunyai rentak menghiburkan dan kerap dimainkan sehingga dibikin remake oleh pemuzik Indonesia, Ahmad Dhani. Sememangnya sebuah karya lagu yang akan diingati sampai bila-bila. 

Filem: Madu Tiga 

Tiada yang lebih lucu daripada kisah seorang suami yang cuba menyembunyikan perkahwinan kedua dan ketiganya. 

Filem ikonik ini mempunyai banyak sindiran namun ada pengajarannya. Kelakar dan lengkap dengan lagu yang menghiburkan.

 

Pilihan Helmi Anuar 

Lagu: ‘Di Mana Kan Ku Cari Ganti’

Bagi saya, ini adalah lagu nukilan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang paling menyentuh kalbu. Tipulah jika anda langsung tidak tersentuh tatkala mendengar lagu ini diputarkan. 

Lirik dan melodinya sangat bersatu menjadikan lagu ini antara karya agung P. Ramlee.

Filem:  Madu Tiga 

Diterbitkan pada tahun 1964, filem arahan P. Ramlee ini boleh saya klasifikasikan sebagai filem Melayu yang paling bergaya. 

Setiap kali menonton filem ini, saya akan perhatikan setiap inci gaya para pelakon serta lokasi-lokasi yang digunakan dalam filem ini. 

Semuanya tampak begitu stylish dan moden pada era itu. 

Lihat sahaja busana yang digayakan seniwati Datuk Sarimah dalam setiap babaknya dalam filem ini. Rumah dan kereta yang digunakan dalam filem ini turut mencuri tumpuan. 

 

Pilihan Suzan Ahmad

Lagu: ‘Kalau Kaca Menjadi Intan’ 

Lagu nyanyian asal P. Ramlee dan Hashimah Yon ini dipetik dari filem Nujum Pak Belalang pada 1959. 

Selain melodinya yang berjiwa, ia ditaut pula dengan seni kata yang mesra telinga dan mencuit hati. 

Demikian sentuhan genius muzik sepanjang zaman.

Filem: Nujum Pak Belalang

Nukilan yang saya anggap kalis jemu ini memang lucu, penuh sindiran dengan pengajaran bernilai. 

Pemimpin semberono yang sanggup mempertaruhkan negara, bersandar pada pembesar yang bukan ahli selain kata-kata Pak Belalang sendiri, “Sedangkan ulat dalam batu pun boleh makan,” ternyata antara kias yang cukup makan dalam.

 

Pilihan Sophia Ahmad

Lagu: ‘Tiada Kata Secantik Bahasa’

Lagu ini diperdengarkan dalam filem Anakku Sazali, yang menggambarkan kasih sayang mendalam seorang suami, Hassan kepada isterinya, Mahani.

Liriknya begitu puitis, sarat dengan penghargaan, tanda cinta penuh tulus dan ikhlas daripada seorang suami.

Ia pada saya menggambarkan satu ikrar, yang kekal terpateri dalam diri dan hati sang suami, hingga akhirnya maut memisahkan.

Filem: Ahmad Albab

Ahmad Albab sebuah filem komedi, namun sarat sindiran dan kiasan, ditujukan kepada golongan ibu bapa yang berpaksikan pada harta benda atau material dalam memilih jodoh buat anak.

Filem ini turut menyedarkan orang ramai bahawa kekayaan dan kebahagiaan anak bukan terletak di tangan ibu bapa, sebaliknya anugerah oleh Yang Maha Esa.

Buat baik dibalas baik, Ahmad Albab juga dengan jelas menunjukkan kejujuran dan keikhlasan pasti akan beroleh ganjaran.

 

Pilihan Siti Nur Amirah Abu Bakar

Lagu:  ‘Jangan Tinggal Daku’

Liriknya yang menyentuh jiwa, membuatkan hati saya sentiasa dihambat perasaan rindu. Kalau dulu, setiap kali mendengar lagu ini, saya hanya rindukan kampung halaman. 

Tapi kini, setiap kali mendengarnya, hati jadi sayu merindui anak saya yang kini di syurga.

Filem: Anakku Sazali

Filem Anakku Sazali memberi impak yang sangat besar dalam diri saya. Betapa kasihnya ayah kepada anak. 

Teringat akan diri saya yang selalu buat ayah gundah gulana dengan segala masalah yang saya timbulkan. Hebatnya kasih ayah dan ibu. 

Benarlah bak kata pepatah, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.

 

Pilihan Ili Farhana

Lagu: 'Tunggu Sekejap'

Hari hujan, perang dan waktu. Sememangnya sakitnya merindu, hanya hati yang menanggung yang tahu. 'Tunggu Sekejap' menyampaikan rasa beban menunggu dan merindu seseorang dengan penuh berkesan. Sesuai sekali diletakkan di dalam filem Sarjan Hassan.

Filem: Ali Baba Bujang Lapok

Lucu tetapi tidak shallow. Tidak keterlaluan jika dikatakan tidak banyak pengarah tempatan selepas P.Ramlee yang mampu menghasilkan filem komedi yang ‘makan dalam’. 

Secara dasarnya, ya ini filem adaptasi kisah Ali Baba dan 40 Penyamun, tetapi di dalamnya diselitkan perbualan isu-isu hak pekerja. Bijak bukan kepalang. Seperti filem P. Ramlee lain, nilai estetika juga A+ . - Getaran, 22 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

HAWANA 2023: Fahmi, Timbalan Lawat Gerai Pameran The Vibes, Getaran

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Royalti Lagu ‘Siapa Sokong Penyamun’ Milik Waris P Ramlee Sepenuhnya - Altimet

3

Semasa 5 bulan yang lalu

‘Happy Birthday’ Azizah, Tanpa Kamu, Saya Tak Mampu Galas Amanah Ini - Anwar

4

Video & Galeri 8 bulan yang lalu

Di Sebalik Tabir Pembikinan Wajah TARA Bersama Meerqeen

Sorotan

1

Sam Rainsy Sudah Tinggalkan Malaysia – Wisma Putra

2

Bayi Lelaki Dihurung Semut Di Hentian Bas

3

Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM

Disyorkan untuk anda

Selebriti 2 jam yang lalu

Memasuki Usia 40 Tahun Dan Masih Belum Bertemu Jodoh, Sherry Ibrahim Tak Kisah Andai Digelar ‘Andartu’

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Uyaina Arshad Disindir ‘Terpaling Ibu’ Kerana Sering Kongsi Pengalaman Menjadi Ibu

Biarpun disindir netizen sebagai ‘terpaling ibu’ kerana sering berkongsi pengalamannya, namun Uyaina tidak kisah kerana yang penting baginya adalah anaknya siha...

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Farid Kamil Enggan Lafaz Cerai, Kes Diteruskan Untuk Proses Hakam

“Oleh kerana defendan (Farid) tidak bersetuju, mahkamah dengan ini memerintahkan kes cerai ini diteruskan dengan timbang tara hakam dan mahkamah menetapkan 15 J...

Selebriti 1 hari yang lalu

Kami Mohon Maaf, Insiden Itu Berlaku Tanpa Pengetahuan Pihak StarVendors – Ifa Raziah Ulas Isu Video Tidak Sopan Yang Viral 

oleh Wartawan Hiburan Getaran