web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Saya Dan Nazreem Musa Tidak Bercinta” - Daiyan Trisha

Dilihat sangat rapat dan sering kali muat naik foto bersama sehingga menimbulkan spekulasi, Daiyan Trisha nafi bercinta dengan abang Ummi Nazeera.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2022 12:10PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi, pelakon dan pempengaruh media sosial, Daiyan Trisha akui dirinya memang rapat dengan abang kepada pelakon, Ummi Nazeera iaitu Nazreem Musa.

Mereka berdua sering dilihat keluar bersama dan memuat naik gambar masing-masing di akaun Intagram sehingga mencetuskan tanda tanya peminat adakah mereka kini sedang dilamun cinta.

Menurut Daiyan atau nama penuhnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 29, dia dan Nazreem sering ke majlis fesyen bersama kerana rakannya itu juga dikenali sebagai pempengaruh fesyen.  

“Kami memang sangat rapat dan selalu pergi ke mana-mana bersama terutamanya majlis berkaitan fesyen. Mungkin kerana itu orang fikir kami mempunyai hubungan istimewa tetapi sebenarnya tidak. Kami selesa bersama sebagai kawan,” katanya ketika ditemui di sidang media telefilem ‘Rompak’. 

Katanya lagi, kadang-kadang dia dan Nazreem akan tergelak apabila ada yang cuba menjodohkan mereka. 

Ditanya apakah ciri-ciri lelaki idamannya, Daiyan berkata dia sangat sukakan lelaki yang pandai dan setia.

“Saya suka orang yang pandai. Paling penting beradab, setia dan juga kelakar,” kongsinya. 

Dalam perkembangan lain, Daiyan bakal sibuk dengan penggambaran telefilem ‘Rompak’ yang turut dibintangi Zizan Razak, MK K-Clique, Chubb E dan Siti Khadijah Halim. - Getaran, 27 Januari 2022.

Gambar: Instagram @daiyantrisha

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pempengaruh Dilapor Hilang, Panggilan Ke Telefon Dijawab Lelaki Indonesia

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Dana Awam Libatkan Pempengaruh: SPRM Beku 20 Akaun Bernilai RM740,000

4

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Mohon Perintah Reman Suami Isteri Pempengaruh 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 11 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN