web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rumah ‘Mak Yek’ Dilanda Banjir

Rumah ‘Mak Yek’ lakonan Didie Alias dalam drama popular ‘Cukup Derita Itu’ yang terletak di Hulu Langat turut terkena musibah banjir. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2021 6:26PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika anda menonton drama popular 'Cukup Derita Itu' yang disiarkan di TV3, pasti anda kenal dengan watak antagonis, Mak Yek lakonan pelakon terkenal, Didie Alias.

Menerusi hantaran terbaharu Didie di Instagram, dia telah berkongsi berita bahawa rumah yang digunakan sewaktu penggambaran drama berkenaan yang terletak di Hulu Langat turut terkena musibah banjir.

Didie turut turun padang bagi melihat sendiri keadaan rumah itu dan kawasan sekitar Hulu Langat.

“Mak Yek (Didie Alias) baru keluar dari Hulu Langat pergi melawat rumah Mak Yek dan tuan rumah (Kak Long). Syukur Alhamdulillah dia selamat. Dia dapat selamatkan diri di kawasan rumah yang lebih tinggi walaupun air sudah sampai paras dagu,” tulisnya di bahagian kapsyen.

Kongsi Didie lagi, di sana semua bekalan elektrik, air dan telefon telah terputus. Dia juga akan turun ke sana sekali lagi untuk menghulurkan bantuan asas serta membantu kerja-kerja pembersihan rumah Mak Yek.

Bagi anda yang ingin menyalurkan bantuan, boleh menghubungi Didie menerusi aplikasi Whatsapp ataupun mesej secara peribadi menerusi akaun Instagram. – Getaran , 21 Disember 2021.

Gambar: Instagram @ladydidiemsia

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 22 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN