web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selebriti Malaysia Turun Padang Agih Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Selebriti terkenal tanah air dilihat turun padang bersama-sama rakyat demi menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di sekitar lembah Klang. Antaranya Mila Jirin, Azhan Rani, Faizal Tahir, Achey, Ismail Izzani, Harith Iskander dan ramai lagi.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2021 8:34AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Keadaan banjir yang melanda di beberapa daerah di Selangor dan Kuala Lumpur sejak Sabtu lalu telah menggemparkan negara. Ribuan rakyat yang terjejas dan masih ada yang menanti bantuan untuk sampai ke tempat mereka.

Ramai rakyat bersatu turun padang demi membantu mereka yang terkesan dengan musibah ini. Tidak terkecuali golongan selebriti yang turut sama menyalurkan bantuan di tempat-tempat yang terjejas sekitar Shah Alam, Klang, Puchong dan Hulu Langat. 

Antara selebriti yang menjalankan misi bantuan ialah Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Azhan Rani, Mila Jirin, Didie Alias, Izzue Islam, Ismail Izzani, Achey, Fad Bocey, Fara Fauzana, Heliza Helmi, Fazren Rafi, Ahmad Adly, dan ramai lagi.

Mila Jirin misalnya telah menghantar beberapa buah lori bantuan kecemasan untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di penempatan sementara di daerah Puchong, USJ dan Putra Height. Bantuan turut dihantar ke daerah Hulu Langat.

Mila antara selebriti terawal membantu mangsa banjir.
Mila antara selebriti terawal membantu mangsa banjir.

Penyanyi dan komposer, Faizal Tahir juga tidak ketinggalan membantu mangsa banjir malah perkongsian videonya mengemudi sampan dalam misi itu di Instagram mendapat perhatian ramai pengikutnya. 

Pelakon Azhan Rani juga tidak ketinggalan turun padang membantu. Pada awalnya, pelakon ini bergerak sendiri namun usahanya itu kemudian mendapat sokongan banyak pihak termasuk rakan artis dan orang ramai yang turut sama menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan, makanan, pakaian, selimut, lampin pakai buang dan pelbagai keperluan asas lain. 

Dalam masa yang singkat, jumlah sumbangan itu bertambah malah Azhan Rani dengan bantuan beberapa sukarelawan yang dikenalinya ketika misi itu bertindak pantas membeli barang-barang dan dalam masa sama mengumpul barangan sumbangan yang diberikan pengikut di media sosialnya untuk diagihkan kepada mangsa banjir. 

Suami kepada Nora Danish pula iaitu Nedim Nazri dilihat telah membantu bayi yang terperangkap selama dua hari dalam banjir. Turut bersama dengannya adalah pelawak terkenal, Harith Iskander.

Selebriti muda, Ismail Izzani dan rakannya Ahmad Adly juga turut tidak ketinggalan meninjau kawasan Hulu Langat dan menjalankan kerja-kerja kebajikan di daerah yang terjejas. 

Mehami kesusahan yang dilalui penduduk sekitar Klang yang berdepan musibah banjir, Izzue Islam juga antara selebriti terawal yang aktif menghulurkan bantuan.

Bersama isteri tercinta, Izzue bergerak pantas meredah banjir bagi menyampaikan barangan keperluan asas kepada mangsa dan membantu memindahkan barang-barang penduduk setempat. 

Pelawak terkenal Achey dan sahabatnya Fad Bocey turut menziarahi beberapa kawasan yang terjejas akibat banjir dan memberi bantuan asas kepada mangsa yang terlibat. 

Pasangan suami isteri iaitu Datin Fouziah Gous dan Datuk Zhafran dilihat telah memberikan bantuan kepada mangsa bencana banjir sejak dari awal lagi sehingga hari ini. 

Begitu juga dengan pelakon dan penyampai radio Suria iaitu Sharifah Shahira atau Shiera yang tidak henti-henti mewar-warkan tentang bantuan di akaun Instagramnya. Dia turut turun padang menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Selangor dan Pahang yang turut disertai rakan baiknya iaitu Nabil Ahmad.

Shiera telah mengumpul semua barang keperluan yang diberikan oleh para pengikut akaun media sosialnya dan mengagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Turut tidak ketinggalan menghulurkan bantuan ialah penyanyi popular yang baru sahaja mendirikan rumah tangga iaitu Haqiem Rusly. Haqiem yang berasal dari Hulu Langat telah turun padang bagi membantu penduduk di sana. Namun kata Haqiem rumahnya di Hulu Langat tidak terjejas kerana berada di kawasan berbukit.

Penyanyi yang berasal dari Singapura, Sufie Rashid turut sama membantu mangsa-mangsa yang terperangkap dalam banjir di Taman Batu Muda dengan menaiki bot menghantar barang keperluan asas seperti makanan, lilin dan air.

Difahamkan ada lebih banyak lagi bantuan yang akan dihulurkan oleh para selebriti serta rakyat Malaysia yang prihatin dengan nasib yang menimpa kesemua mangsa banjir. Kepada anda yang ingin menghulurkan bantuan, boleh semak di media sosial ataupun rujuk organisasi yang menjalankan kegiatan misi bantuan bencana. - Getaran, 21 Disember 2021

Gambar: Instagram

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

2

Semasa 1 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

4

Selebriti 2 minggu yang lalu

Zynakal Tampil Dengan Single Terbaharu "NIAT”

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 22 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN