web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Saya Tak Guna Aset Kerajaan” - Datuk Jovian Mandagie

Kecoh di media sosial apabila pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie dikatakan bermegah menaiki helikopter di saat ramai mangsa banjir masih mengharapkan bantuan.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2021 3:50PM

Gambar : Instagram @jmandagie

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semalam kecoh di media sosial, apabila pereka fesyen terkenal Datuk Jovian Mandagie dikatakan bermegah menaiki helikopter untuk pulang bertemu keluarganya.

Jovian juga merupakan menantu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Rata-rata netizen mengecam tindakan beliau kerana dikatakan cuba bermegah dan tidak sensitif dengan keadaan mangsa banjir yang masih mengharapkan bantuan yang tidak kunjung tiba.

Menyedari dirinya sedang menjadi bualan ramai di media sosial, Jovian atau nama Islamnya Mohd Ridhwan, 35, telah memuat naik sebuah status di Instagram bagi menjelaskan keadaan yang sebenar. 

“Isu helikopter, tak perlu diperpanjang. Bukan nak menunjuk, kalau nak menunjuk saya dah posing dan buat video OOTD sakan. Those who know me, you know I am nothing like that.

“Saya tak guna aset kerajaan, Lillahitaala tak mungkin saya akan guna benda yang bukan hak saya. You all nak maki hamun saya, go ahead but those are fitnah,” tulisnya.

Jovian juga turut menjawab pertanyaan orang ramai mengenai isu kenapa tidak menggunakan helikopter berkenaan untuk membantu mangsa banjir.

“Kenapa tak guna helikopter nak bantu orang ramai? Pasal itu helikopter komersial, jadi tak boleh nak buka pintu dan turunkan bantuan atau naikkan mangsa,” jelasnya.

Selain itu, dia turut membidas dakwaan kononnya dia tiba-tiba memberi bantuan kepada mangsa banjir selepas tular dirinya menaiki helikopter.

Katanya sebelum ini dia juga telah banyak memberikan bantuan untuk apa jua bencana yang berlaku, seperti mendermakan sut PPE dan topeng muka khas untuk Palestin.

“Kalau tak suka saya, unfollow saja. Please do better to help the nation than just bashing what is not right about me. There are better things to be done to help people out there.

“Betul orang memang tengah sengsara. Kalau nak turut serta turun padang agihkan makanan boleh hubungi saya,” luahnya. 

Sementara itu di bahagian komen, ramai netizen yang mempertahankan tindakan Jovian dan meminta supaya dia bersabar dan teruskan menghulur bantuan kepada mangsa banjir.

Jovian telah berkahwin dengan Datin Nina Sabrina Ismail Sabri iaitu anak kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kakak kepada penyanyi terkenal, Dafi pada Disember 2013.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia 4 tahun. - Getaran, 20 Disember 2021

Gambar : Instagram @jmandagie

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Mahkamah Arahkan Jovian Mandagie Jelaskan Hutang RM10 Juta

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Peruntukan Tambahan RM1 Juta Tabung Kasih@HAWANA Terus Bela Kebajikan Wartawan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Jovian Mandagie, Nina Sah Bercerai

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 22 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN