web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gmie Screen Meninggal Dunia Akibat Sakit Buah Pinggang Berlubang

Arena seni muzik negara kehilangan seorang lagi bintangnya apabila vokalis kumpulan Screen, Gmie telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 2.30 pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2021 8:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Arena seni muzik negara kehilangan seorang lagi bintangnya apabila vokalis kumpulan Screen, iaitu Gmie telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 2.30 pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Menurut laporan Astro Awani, Allahyarham Gmie atau nama sebenarnya Hajmi bin Ibrahim meninggal dunia pada usia 50 tahun akibat penyakit buah pinggang berlubang.

Menurut anaknya iaitu Siti Nadirah, bapanya kurang sihat dan hilang selera makan sejak beberapa hari yang lalu. Arwah turut pengsan sebelum keluarga menghubungi ambulans.

“Abah pengsan sebab kekurangan darah. Keluarga buat keputusan bawa abah ke hospital. Semasa dirawat di hospital, keadaan abah stabil dan kami sempat membuat panggilan video.

“Bagaimanapun dalam pukul 1.30 pagi tadi, doktor menghubungi kami memaklumkan abah kritikal sebelum menghembuskan nafas terakhir,” kongsi Siti Hadirah menerusi kiriman mesej kepada Astro Awani.

Sewaktu aktif dalam bidang nyanyian, Allahyarham popular dengan lagu 'Bila Cinta Didusta' malah pernah menyertai program popular, Gegar Vaganza musim ketiga pada tahun 2016. 

Sementara itu pengurus peribadi Allayarham Gmie iaitu Fuad Syahrin Misbah berkata, sudah hampir dua tahun Gmie menanggung sakit buah pinggang berlubang namun arwah tidak mahu menghebahkannya kepada umum.

“Beliau tidak mahu teman kawan-kawan dan peminatnya terlalu memikirkan penderitaan yang dilalui. Selagi boleh melaluinya, arwah tidak mahu susahkan sesiapa. Saya sendiri tahu selepas setahun arwah disahkan sakit”, ujarnya.

Salam takziah dari seluruh sidang ridaksi Getaran buat keluarga Allahyarham. Semoga rohnya ditempat di kalangan orang-orang yang beriman. - Getaran, 10 Disember 2021

Sumber : Astro Awani 

Gambar : Facebook

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 21 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN