web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Park Shin Hye Hamil, Umum Bakal Berkahwin Tahun Hadapan

Pasangan popular Korea Selatan, Park Shin Hye dan Choi Tae Joon mengejutkan peminat mereka dengan pengumuman perkahwinan dan kehamilan. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2021 8:48AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon terkenal Korea Selatan, Park Shin Hye telah mengejutkan peminatnya di seluruh dunia apabila mengumumkan akan berkahwin dengan kekasihnya iaitu Choi Tae Joon.

Berita mengenai perkahwinan ini telah diumumkan oleh agensi mereka berdua iaitu SALT Entertaiment dan Santa Claus Entertaiment semalam. 

Mereka berdua bakal berkahwin pada 22 Januari 2021 di Seoul, Korea Selatan. Turut diumumkan adalah Park Shin Hye kini hamil.

Dalam surat yang ditulis untuk peminatnya, Park Shin Hye berkata dia agak gementar untuk berkongsi berita mengenai perkahwinannya kerana ia berlaku secara tiba-tiba. 

“Saya akan berkahwin dengan lelaki yang sangat saya cintai sejak sekian lama. Dia merupakan kekuatan saya dan saya mahu mulakan kehidupan sebagai pasangan suami isteri dengannya.

"Biarpun saya rasa terlalu awal untuk mendedahkan hal ini, saya kini telah dirahmati dengan bayi yang saya sedang kandung. Saya mahu memberitahu anda semua sebelum orang lain,” kongsinya. 

Pelakon 'Memories Of Alhambra' itu turut berterima kasih kepada semua peminat yang menyokongnya selama ini dan akan berehat seketika dari dunia lakonan.

Bagaimanapun, dia berjanji akan kembali bekerja keras sebagai pelakon yang lebih baik selepas segala urusan keluarganya selesai. 

Sementara itu, Choi Tae Joon pula menulis bahawa Park Shin Hye ibarat penyelamat dalam hidupnya.

“Dia mengajar saya untuk senyum apabila saya gembira. Dia mengajar saya untuk menangis sepuas-puasnya apabila saya bersedih,” tulisnya. - Getaran, 24 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

7 Program Korea Selatan Mendebarkan Di Disney+ Hotstar 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 18 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN