web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Anti Vaksin, Jangan Susahkan Orang” - Rosyam Nor

Terdapat selebriti yang terang-terangan mengakui sudah menerima tawaran berlakon walaupun belum divaksin.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2021 2:45PM

Gambar Fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penggiat seni akhirnya boleh menarik nafas lega apabila kerajaan mengumumkan industri kreatif sudah dibenarkan beroperasi melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Satu. Kerja-kerja penggambaran dan rakaman yang tertangguh bolehlah kembali diteruskan.

Anak seni kita bolehlah meneruskan kehidupan dan kembali menjana pendapatan.

Namun begitu, antara syarat utama untuk melakukan penggambaran ialah kesemua pasukan penggambaran, kru dan selebriti yang terlibat hendaklah menerima suntikan vaksin terlebih dahulu. 

Maka timbul pula cerita yang tidak sedap didengar apabila terdapat golongan selebriti yang tidak mengambil vaksin namun mengakui sudah menerima tawaran berlakon. 

Situasi ini telah menimbulkan perasaan kurang senang para pemain industri yang rata-ratanya gusar sekiranya rumah penerbitan dan selebriti terang-terangan mengakui melanggar SOP (prosedur operasi standard) yang digariskan kerajaan, tidak mustahil lampu hijau yang diberikan ini akan ditarik balik. Ia semestinya akan menjejaskan periuk nasi orang lain. 

Sebelum ini, pelakon Fauziah Nawi pernah memuat naik sebuah video di laman sosial menyatakan rasa kecewa dan geramnya kepada individu yang mengakui sudah dipanggil ke set penggambaran walaupun belum divaksin.

Dia turut menegur sikap rumah penerbitan yang bersekongkol untuk melanggar SOP yang ditetapkan kerajaan. 

Turut memberi komen ialah penerbit dan pelakon veteran Datuk Rosyam Nor yang menyelar perangai pelakon yang kembali ke set penggambaran tanpa divaksin terlebih dahulu.

“Seluruh rakyat Malaysia berdepan masalah kehidupan dan ekonomi. Bila ada peluang untuk merancakkan kembali kehidupan dan ekonomi, saya berharap  semua orang patuh. 

“Kalau tak ambil vaksin atau anti vaksin, saya harap dia tarik diri dan jangan menyusahkan orang lain. Orang lain nak bekerja. Saya tak marah, cuma saya harap jangan menyusahkan orang lain,” katanya kepada Getaran semasa ditemui di sidang media wajah baharu TV9 dengan tagline 'Janji Happy'.

Rosyam bakal tampil dengan sebuah program terbaharu di TV9 bertajuk ‘Sembang Viral’ yang akan disiarkan setiap hari selama 10 minit. Rancangan yang bakal menemui penonton jam 7.30 malam bermula 13 September akan membincangkan isu-isu yang dikongsikan netizen di media sosial dari perspektif Islam secara santai bersama-sama dengan ahli panel jemputan.

TV9  melakukan perubahan secara berperingkat dengan menjadikan waktu perdana lebih awal iaitu jam 6.00 petang. Mereka turut tampil dengan wajah baharu untuk menjadi destinasi hiburan keluarga dalam kalangan penonton setianya. - Getaran, 10 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Skim PERKESO Bagi Pekerja Sektor Perfileman Akan Dilaksanakan Segera

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Pameran 100 Tahun Sinema Malaysia Singkap Sejarah Perfileman Negara

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Pelan Tindakan Fasa Pertama Tangani Isu Industri Kreatif Mula Suku Ketiga Tahun Ini

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Isu Di Antara Syamsul Yusof - Aaron Aziz Bukan Masalah Saya, Itu Masalah Produksi - Rosyam Nor

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan