web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Merdeka Bukan Hanya Kibar Bendera

Lima selebriti muda Malaysia berkongsi cabaran dan harapan sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-64.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 Aug 2021 5:00PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Zaman muda adalah masa yang penuh dengan semangat. Pasti ada buah fikiran dan idea baru yang boleh dihadiahkan setiap generasi kepada negara. Namun, perbezaan ketara yang dihadapi generasi muda hari ini sudah tentulah cabaran pada era kelesuan pandemik tatkala mereka sedang mendewasa. 

Masing-masing bergelut apabila COVID-19 membuatkan ramai anak muda tersepit dalam iklim ekonomi yang tidak menentu, tidak boleh bebas bergerak serta perlu cekap meneroka ruang baru menerusi teknologi.

Selebriti muda tanah air tidak terkecuali berdepan situasi serupa. Begitu pun, ramai sedar biar apa pun kemelut yang melanda masyarakat dan negara, ia bukan penghalang untuk terus semarakkan kasih terhadap tanah tempat tumpah darah kita.

Penyanyi lagu 'Purnama', Naim Daniel berkongsi makna menarik tentang kemerdekaan dalam konteks perjuangan hari ini. 

“Patriotik patut difahami dalam konteks yang lebih luas. Ia bukan hanya tentang pasang bendera atau menyanyikan lagu 'Negaraku' tetapi juga semangat kesatuan walaupun kita hidup dalam negara yang majmuk.

“Dalam situasi hari ini, kita berperang dengan virus yang tak nampak dengan mata kasar. Apa yang kita kena lakukan ialah menyeru semua orang untuk ambil vaksin.

“Media sosial memainkan peranan sangat besar. Anak muda kena lebih celik untuk menyebarkan maklumat di hujung jari,” kata Naim yang menghasilkan lagu berjudul 'Darahku' bersama Ismail Izzani sempena meraikan kemerdekaan.

Gambar: Instagram @daiyantrisha
Gambar: Instagram @daiyantrisha

Turut merasakan pandemik ini melelahkan ialah penyanyi Daiyan Trisha yang juga merupakan pelantun lagu 'Penat'.

“Sebagai anak muda, saya masih percaya bahawa ada harapan untuk keadaan negara menjadi pulih. Ada beberapa aspek wajar dilihat seperti program vaksinasi yang berjalan lancar. Kita boleh keluar daripada wabak ini asalkan kita semua mempunyai semangat yang kuat,” tambahnya.

Baru berusia 19 tahun, namun wajahnya sudah terpampang di kota besar New York. Layla Sania tidak boleh menipu dirinya mengenangkan pandemik ini telah merampas masa mudanya.

Mewakili pelajar universiti, Layla membongkar rahsia bahawa ramai remaja di usianya yang tertekan dengan keadaan ini.

“Namun, merdeka ini membawa semangat dan peringatan supaya tidak putus asa. Jika sebelum ini kita pernah mencipta sejarah melawan virus ini, saya percaya kita boleh mengulanginya lagi.

“Akan selalu ada cahaya di hujung terowong,” ujar Layla yang turut terlibat dalam sebuah projek khas kolaborasi seni bersama Prasarana sempena Hari Merdeka.

Turut berkongsi perasaan yang sama ialah penyanyi dari syarikat rakaman Rusa Music iaitu Reedzwann yang merasakan golongan barisan harapan adalah perajurit perang dalam situasi hari ini.

“Penting bagi kita semua untuk menghargai jasa dan pengorbanan mereka di barisan hadapan yang sedaya upaya menangani pandemik yang sedang melanda negara ini,” katanya.

Penyanyi utama kumpulan Floor 88, Ayie juga turut mengingatkan makna 'merdeka' hari ini ialah kita sebagai rakyat perlu bersatu membebaskan negara daripada wabak.

“Paling penting kita sama-sama berjuang untuk mempertahankan tanah air dan berusaha memerdekakan negara daripada wabak. Itulah makna merdeka bagi saya selaku anak muda,” katanya mengakhiri temu ramah. - Getaran, 31 Ogos 2021

Sumber foto: Instagram Ayie, Reedzwan, Daiyan Trisha dan Gambar Fail Getaran

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 10 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN