web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lautan Putih Tanda Solidariti, Malaysia Berdiri Bersama Palestin

Rencana Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2023 9:02AM

Sokongan padu rakyat mencerminkan pendirian Malaysia yang tegas menentang kekejaman Israel - gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendirian Malaysia yang lantang, keras dan konsisten dalam mengutuk kekejaman rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin terus-menerus disuarakan di pelbagai peringkat, kali ini menerusi gelombang ‘lautan putih’ pada program Himpunan Malaysia Bersama Palestin. 

Axiata Arena, Bukit Jalil di sini malam tadi menjadi saksi solidariti lebih 16,000 rakyat Malaysia pelbagai latar belakang, bangsa dan agama berhimpun pada program itu, yang bertindak umpama ‘pembesar suara’ bagi menunjukkan sokongan Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin dan menekan tindakan kejam Israel. 

Walaupun hujan rintik-rintik, peserta yang hadir dengan memakai baju serba putih dan mafela bermotifkan Palestin, tidak mengendahkan keadaan itu dan mula berkumpul di pekarangan stadium sejak 5 petang, sebelum mula masuk ke stadium pada 6.30 petang.

Program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan di Palestin, disusuli beberapa siri ucapan berkenaan sejarah dan perkembangan konflik yang melanda negara itu oleh pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat.

Perdana Menteri menampilkan aura luar biasa apabila menyampaikan ucapan yang penuh bertenaga dan keras mengutuk kekejaman Israel - gamnbar PMO
Perdana Menteri menampilkan aura luar biasa apabila menyampaikan ucapan yang penuh bertenaga dan keras mengutuk kekejaman Israel - gamnbar PMO

Kesemua mereka yang turut mengibarkan bendera Palestin, melaungkan takbir dan perkataan seperti “Hidup Palestin”, “Bebas Palestin” pada himpunan yang bertujuan mempamerkan sokongan jitu rakyat Malaysia, selain mendidik mengenai sejarah dan perkembangan konflik berkenaan. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru tiba di tanah air selepas ‘berkelana’ di beberapa negara Arab untuk bertemu ketua-ketua negara bagi membincangkan konflik Palestin-Israel, turut tidak melepaskan peluang bersama-sama rakyat bagi menyuarakan pendirian tegas Malaysia dalam hal ini.

Membawa semangat luar biasa selepas bertemu dengan pimpinan negara Islam seperti Arab Saudi, Mesir dan Turkiye, Perdana Menteri malam tadi seolah-olah melepaskan rasa geram dan tidak puas hati dengan tindakan Israel, yang didakwa beliau sudah begitu berada di tahap ‘kegilaan’.

“Ia satu kegilaan untuk membenarkan pembunuhan manusia dan bayi, hospital dibom dan sekolah dimusnahkan, ini tindakan kejam,” katanya merujuk kepada tindakan kejam Israel terhadap rakyat Palestin yang turut mengakibatkan kematian wanita dan kanak-kanak.

Ucapan luar biasa Perdana Menteri membayangkan beliau benar-benar marah dengan kezaliman rejim Zionis - gambar PMO
Ucapan luar biasa Perdana Menteri membayangkan beliau benar-benar marah dengan kezaliman rejim Zionis - gambar PMO

Daripada pentas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada September, seterusnya lawatan kerja ke Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertama ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada minggu lepas, Anwar dilihat begitu konsisten memperjuangkan isu itu. 

Beliau membawa suara Malaysia ke pentas dunia supaya masyarakat antarabangsa menoktahkan layanan kejam serta sikap hipokrasi terhadap rakyat Palestin semasa lawatan kerja ke Arab Saudi itu.

Dalam pada itu, beberapa rakyat Palestin yang ditemui pada himpunan berkenaan menzahirkan penghargaan atas sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia terhadap Palestin, antaranya guru agama di Jasmine Ash-sham School, Widad Halayqa, 42.

Beliau yang telah menetap di Malaysia kira-kira 14 tahun, turut berkongsi bahawa ibu bapanya di Palestin ketika ini berada dalam keadaan selamat, namun terdapat ahli keluarganya yang terbunuh dan cedera akibat tindakan kejam rejim Zionis.

“Suami saya telah pulang ke Palestin sejak dua minggu lepas kerana ibunya sakit. Dia terkandas di Jordan beberapa jam sebelum melepasi pintu Palestin,” katanya yang dibantu penterjemah Hasrol Sazli Abdul Khail.

Seorang lagi warga Palestin, Sabrein Hazza Zayed Aby Jazar, 32, yang kehilangan 15 ahli keluarganya dalam peperangan tersebut mengharapkan sokongan dan doa rakyat Malaysia agar dapat menewaskan tentera Zionis Israel.

Bacaan doa dan Qunut Nazilah turut mengiringi Himpunan Malaysia Bersama Palestin - gambar PMO
Bacaan doa dan Qunut Nazilah turut mengiringi Himpunan Malaysia Bersama Palestin - gambar PMO

“Bapa saudara dan sepupu saya telah dibom oleh Israel pada hari pertama perang tercetus. Kesemua lapan hospital di sana juga telah dimusnahkan. Tiada ada makanan dan bekalan elektrik untuk rakyat Palestin kerana semua telah disekat. Saya hanya berharap pada doa kepada Allah untuk membantu tanah air kami, Palestin,” katanya.

Perhimpunan itu yang dikelolakan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Global Peace Malaysia (GPM) dan Malaysian Humanitarian Aid And Relief (MAHAR) selaku penganjur utama, bermula pada 6 petang hingga 10.30 malam dan turut melibatkan lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan. 

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Oktober telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa di kedua-dua belah pihak. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Rencana 1 hari yang lalu

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

oleh Sophia Ahmad