web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keistimewaan Jumaat Jadi Rebutan Umat Islam Bersedekah

Bersedekah di hari Jumaat membantu membuka pintu rezeki yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT

Rencana Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2023 5:37PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jumaat dianggap sebagai penghulu segala hari bagi umat Islam dan cukup istimewa. Malah, bagi umat Islam manusia pertama, Nabi Adam AS diciptakan pada hari Jumaat dan baginda Nabi pertama yang wajib kita imani.

Pengetahuan ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang berbunyi,

خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ فِيهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ وَفِيهِ أُخْرِجَ مِنْهَا وَلاَ تَقُومُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِي يَوْمِ الْجُمُعَة

Ertinya:

“Sebaik-baik hari di mana matahari terbit di saat itu adalah hari Jumaat. Pada hari ini Adam diciptakan, hari ketika ia dimasukan ke dalam syurga dan hari ketika ia dikeluarkan dari syurga, dan hari kiamat tidak akan terjadi kecuali pada hari Jumaat.” (hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah RA).

Pada Jumaat jugalah waktunya doa dimakbulkan. Sebab itulah sejak dari kecil kita sudah dididik supaya memperbanyakkan doa pada hari ini selaras ajaran Rasulullah SAW bahawa doa-doa didengar dan dikabulkan oleh Allah SWT pada hari Jumaat.

Sabda baginda, فِيْهِ سَاعَةٌ لاَ يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي يَسْأَلُ اللهَ تَعَالَى شَيْئًا إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ وَأَشَارَ بِيَدِهِ يُقَلِّلُهَا

Ertinya:

“‘Di hari Jumaat itu terdapat satu waktu yang jika seorang Muslim melakukan solat di dalamnya dan memohon sesuatu kepada Allah Ta’ala, nescaya permintaannya akan dikabulkan. Lalu beliau memberi isyarat dengan tangannya yang menunjukkan sedikitnya waktu itu.” (Hadis riwayat Bukhari).

Ada beberapa pendapat tentang waktu yang disebutkan dalam hadis tersebut, iaitu ketika imam duduk di waktu solat Jumaat hingga dilaksanakannya ibadah tersebut dan sehingga masuk ke waktu Asar.

Satu lagi perkara yang sudah menjadi cara hidup atau budaya umat Islam di Malaysia pada hari Jumaat ialah bersedekah.

Tanpa perlu menjenguk ke masjid atau ke surau yang sememangnya akan dilimpahi dengan pelbagai jenis rezeki pada hari ini, amalan bersedekah juga boleh dilihat di tempat kerja, sekolah atau pusat asuhan anak-anak, demi mengejar pahala.

Mengapa masing-masing bertumpu pada hari Jumaat? Ini kerana pahala sedekah akan dilipat gandakan. Ini berdasarkan Hadis Rasulullah SAW yang menyebut:

“Sedekah itu dilipatgandakan pahalanya pada hari Jumaat (yakni bila sedekah itu pada hari Jumaat, maka pahala berlipat ganda dari hari-hari lain.” (Hadis Riwayat Abi Syaibah).

Bersedekah membuka pintu rezeki. Memang benar, sebagai umat Islam kita percaya bahawa rezeki itu sudah diatur oleh Allah SWT di Luh Mahfudz, namun deras atau tidaknya aliran rezeki itu akan ditentukan oleh amal perbuatan seseorang.

Perbuatan bersedekah di hari Jumaat membantu membuka pintu rezeki yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT.

“Barangsiapa yang tujuannya adalah urusan akhirat, nescaya Allah meletakkan kekayaannya di dalam jiwanya. Sebagaimana Allah juga akan menyatukan urusannya dan kekayaan dunia akan menghampirinya dengan mudah.” (Hadis Riwayat At Tirmidzi). – Getaran, 15 September 2023

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Rencana 1 hari yang lalu

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

oleh Sophia Ahmad