Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


“Segala Yang Peribadi Adalah Politik,”- Karim Mohd. Tubuhkan Bilik Penyair

Karim Mohd. menjadi sebutan apabila kumpulan puisinya mendapat perhatian banyak pihak. Dia kemudian menubuhkan Bilik Penyair untuk berkongsi karya-karya hebat para penyair dunia kesusasteraan kita.

Rencana Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2021 2:45PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Segala perkara yang tidak diperjuangkan akan menemui pengakhiran. Kesusasteraan bangsa mungkin menjadi sekadar masa lalu  jika tidak ada generasi baharu yang merasakannya berharga dan cocok untuk memiliki tempat di era mereka.

Karim Mohd., jejaka berusia 23 tahun antara penyair muda yang menjadi sorotan kerana karyanya begitu menyerlah. Namanya tiba-tiba jadi sebutan dalam perbincangan dunia sastera. 

Antologi puisi Nokturnal mengungguli tangga pertama Hadiah Utama Sayembara Puisi Kata Pilar pada 2018 sekali gus memberi petanda bahawa dunia kesusasteraan selalu ada harapan untuk dipertahankan generasi seterusnya.

 

Menulis dan menilai karya

Berbual lanjut mengenai kisah cintanya dengan dunia diksi dan buku, jejaka asal Terengganu ini mengakui minat terhadap dunia penulisan mula dikesan sejak dibangku sekolah lagi.

Puisi pertamanya tersiar di akhbar Berita Harian ketika dia masih di tingkatan lima. Sejak itu Karim tidak berpatah balik. Dia semakin tekun membaca karya penyair besar Malaysia seperti Lim Swee Tin dan Hilmi Rindu.

Keghairahan membaca dan menulis Karim menjadi lebih giat apabila dia mula tenggelam dalam karya seorang penyair lagenda negara iaitu Latiff Mohidin. Setiap karya penyair itu ditekuni satu per satu. 

“Kalau dulu saya hanya menulis sahaja. Kini saya lebih cenderung untuk menulis dan menilai karya yang saya hasilkan itu.

“Saya jadi sangat berhati-hati dalam memilih perkataan serta melakukan perbandingan karya saya dengan orang lain. Jika karya tersebut menurut saya tidak cukup sedap, maka saya tak akan hantar ke mana-mana untuk diterbitkan,” kata Karim semasa di temui Getaran baru-baru ini. 

 

Suara generasi ialah politik

Ditanya adakah Karim bakal mengubah tulisannya yang bernada anarkis dan romantik menjadi satira tajam menyindir politik. Penulis itu tersenyum dan menyatakan tulisannya selama ini sudah politik.

“Semua yang peribadi adalah politik. Katakanlah kita bercakap tentang depresi, ia perkara yang memang wujud dalam generasi kita. Jika saya mampu bercakap dengan baik tentang itu, saya telah membawa suara generasi ini. 

“Setiap generasi mempunyai sikap tersendiri. Generasi dahulu yang memperjuangkan politik, sekarang mereka memilih mengasingkan diri,” tambahnya.

 

Menubuhkan Bilik Penyair

Asalnya laman sosial Bilik Penyair adalah ruang untuk Karim mengumpulkan arkib karya serta berkongsi beberapa karya penyair hebat yang pernah dibacanya.

Nama 'Bilik Penyair' pula spontan dipilih kerana pada waktu itu Karim sedang duduk di dalam biliknya. Dia merenung rak di dalam biliknya yang penuh dengan buku-buku puisi penyair ternama. Maka nama ‘Bilik Penyair’ lahir dari suasana itu. 

Berpengalaman sebagai editor sedikit sebanyak mengajar Karim tentang selok-belok dunia penerbitan.

Tidak mudah berpuas hati, Karim terus mendalami ilmu penyuntingan dan penerbitan buku di Akademi Dewan Bahasa dan Pustaka serta bertanya kepada penerbit yang sudah berpengalaman.

Bilik Penyair kemudian menjadi rumah penerbitan yang mengetengahkan karya penyair muda negara dan kerja menterjemah sajak-sajak dari penyair luar negara.

“Hajat saya bukan nak jadi legenda atau nak menang apa-apa anugerah. Saya lakukan semua ini kerana merasakan ia keperluan. Kalau kita tak buat kerja mengumpul puisi dan menterjemah ini, tak ada orang nak buat. 

“Kerja seperti ini bukanlah benda yang menjanjikan keuntungan yang besar tetapi saya puas. Saya percaya sebodoh apapun tulisan itu, selama mana ia memberikan inspirasi maka ia sudahpun menyumbang kepada pembangunan dalam masyarakat,” tambahnya lagi.

Bilik Penyair sudah menghasilkan beberapa buah buku antaranya  Dua Rahsia Berjabat, Di Hatiku Salju Turun Sepanjang Tahun, Leo, Hari-Hari Saya Adalah Hujan dan Catatan Mimpi. Tahun ini pula, mereka dijangka bakal menerbitkan  lima buah buku puisi termasuklah karya terjemahan dari penyair luar negara.

“Saya sudah melakukan bahagian saya, terpulanglah kepada pembaca untuk mentafsirkannya,” kata Karim sebelum menutup perbualan.

Bilik Penyair boleh dihubungi di Twitter @bilikpenyair dan Instagram @bilikpenyair untuk tujuan pembelian naskah. - Getaran, 24 Mei 2021


Semua gambar: Sadiq Asyraf

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini