Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


SOP: Majoriti Rakyat Masih Patuh, Segelintir Sudah Letih

Rencana Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2021 11:38AM

Orang ramai masih mematuhi SOP yang ditetapkan dalam usaha mengekang penularan COVID-19. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Tular di media sosial kebelakangan ini mengenai gambar dan video pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh pelbagai pihak hingga mencetuskan kemarahan orang ramai lebih-lebih lagi ketika negara masih mencatatkan angka jangkitan COVID-19 yang tinggi.

Namun di sebalik penularan isu itu, majoriti rakyat Malaysia masih kekal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan apatah lagi ia sudah menjadi sebahagian norma baharu kehidupan harian dan dipraktikkan secara meluas di seluruh negara sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun lepas.

“Mereka mengalami keletihan pandemik hingga mencetuskan kesan psikologi dan emosi yang membawa pada tahap mereka sudah tidak kisah dengan situasi penularan wabak COVID-19 ini.''

Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Fauziah Mohd Saad berkata perkara itu terbukti ketika sambutan Hari Raya baru-baru ini yang menyaksikan majoriti rakyat patuh dengan arahan kerajaan agar tidak mengadakan aktiviti kunjung-mengunjung.

“Namun dari segi penguatkuasaan, perlu ada pemerkasaan oleh pihak berkuasa seperti pihak pengurusan pusat beli-belah yang sepatutnya mengawal jumlah kedatangan pengunjung,” katanya kepada Bernama.

Pakar Kaunseling dan Motivasi bebas Hushim Salleh pula berpendapat bahawa pelanggaran SOP oleh segelintir rakyat berlaku kerana mereka telah melalui perintah kawalan pergerakan dalam tempoh yang panjang hingga berasa terkongkong.

“Mereka mengalami keletihan pandemik hingga mencetuskan kesan psikologi dan emosi yang membawa pada tahap mereka sudah tidak kisah dengan situasi penularan wabak COVID-19 ini.

“Mereka bukan tidak tahu pasal angka jangkitan kes dan nasihat mengenai SOP kerana ia boleh diperoleh daripada telefon pintar masing-masing tapi keadaan sekarang ada kalanya membawa kepada pemikiran yang tidak rasional,” katanya.

Selangor masih mencatatkan kes tertinggi COVID-19 dengan sejumlah 1,650 kes baharu direkodkan semalam (17 Mei).

Sementara itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Malina Osman menyifatkan ketidakpatuhan SOP dalam kalangan penduduk di Selangor terutama di Shah Alam menjadi punca peningkatan kes positif COVID-19.

Tinjauan Bernama di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Stadium Malawati dekat sini juga mendapati keadaan tidak sesak sebagaimana ditularkan sebelum ini.

Ini susulan kerajaan negeri memasang khemah di luar CAC untuk kemudahan pesakit dan petugas di pusat berkenaan. - Bernama

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA