web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Maklum Tuan Rumah Jika Tak Dapat Hadir Rumah Terbuka, Elakkan Pembaziran

Rencana Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2023 7:13AM

Sunnah sambutan Hari Raya Aidilfitri hanyalah 1 Syawal sahaja, namun tidak bermaksud umat Islam dilarang meraikan baki hari yang lain, selagi ia masih berada dalam bulan Syawal - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun Syawal bakal berakhir tidak lama lagi, masih  ramai mengadakan majlis rumah terbuka dengan menjemput saudara-mara, rakan-rakan serta kenalan.

Segala persiapan akan dilakukan tuan rumah bagi menyediakan hidangan terbaik untuk dinikmati oleh tetamu yang ada antaranya sudah lama tidak ditemui.

Namun di sebalik kegembiraan mengadakan rumah terbuka atau hadir sebagai jemputan, ada kisah yang kurang enak dikongsikan.

Antaranya, sudah ramai menjadi mangsa 'scam' apabila tetamu yang ditunggu-tunggu tidak kunjung tiba, walaupun telah dihubungi oleh tuan rumah.

Ada yang bertindak lebih kejam iaitu meminta tuan rumah menyediakan juadah, tetapi sekadar berakhir dengan pembaziran apabila mereka tidak datang seperti dijanjikan.

Mengulas isu tersebut, Mufti Terengganu, Profesor Madya Dr Mohamad Sabri Haron berkata, tetamu yang dijemput seharusnya memaklumkan kepada tuan rumah jika tidak dapat hadir bagi mengelak sebarang salah faham sehingga mampu merosakkan silaturrahim.

Bagaimanapun, menurut beliau, tuan rumah juga perlu mengambil kira pelbagai faktor serta keadaan tetamu yang berkemungkinan ada sebab tersendiri sehingga tidak dapat memenuhi undangan diterima.

Ada yang bertindak lebih kejam iaitu meminta tuan rumah menyediakan juadah, tetapi sekadar berakhir dengan pembaziran apabila mereka tidak datang seperti dijanjikan  - Gambar Hiasan
Ada yang bertindak lebih kejam iaitu meminta tuan rumah menyediakan juadah, tetapi sekadar berakhir dengan pembaziran apabila mereka tidak datang seperti dijanjikan - Gambar Hiasan

"Kena lihat juga pada keadaan tetamu, sebagai contoh kalau dia berpuasa, kalau pergi pun memang tak makan. Jika ada tugas, mesyuarat, kadang-kadang ada benda yang halang kita tak boleh pergi. Semua itu tanggungjawab. 

"Kita kena tengok perkara yang mana jika ada benda yang lebih mendesak untuk tidak pergi, maka kita perlu lebihkan yang utama. Paling penting jika menjemput, kena tengok masalah orang lain juga. Jadi, kita boleh jemput tapi tidak boleh wajibkan," katanya kepada Getaran ketika dihubungi

Mohamad Sabri berkata, sunnah sambutan Hari Raya Aidilfitri hanyalah 1 Syawal sahaja, namun tidak bermaksud umat Islam dilarang meraikan baki hari yang lain, selagi ia masih berada dalam bulan Syawal.

Katanya, menjemput tetamu adalah perkara yang digalakkan namun jangan terlalu mendesak kerana situasi setiap orang dan tanggungjawab mereka adalah berbeza.

"Kita boleh jemput tapi jangan paksa orang untuk datang. Lagi-lagi sekarang ramai yang buat rumah terbuka, mesti tidak mampu untuk pergi ke semua tempat. 

"Bagi saya kalau nak buat jemputan ada kadar tertentulah, jangan melebih sangat. Jangan jangka orang semua nak datang, buat persiapan apa yang patut sahaja," katanya. 

Dalam pada itu, pensyarah Akidah dan Pemikiran Islam, Fakulti Pendidikan Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Profesor Madya Dr Khairul Hamimah Mohamad Jodi berkata, amalan rumah terbuka ini mampu menjimatkan masa kerana ia adalah konsep tasamuh yang mengamalkan sifat toleransi dalam kehidupan untuk mengumpulkan ahli keluarga, sanak saudara serta rakan. 

Bagaimanapun tegasnya, konsep berjimat cermat dan memberi keutamaan kepada keperluan diri dan keluarga berbanding orang luar perlu dilaksanakan, memandangkan suasana ekonomi ketika ini yang tidak menentu di samping peningkatan kos harga barang.

Majlis rumah terbuka yang ingin diadakan perlu mengikut kemampuan individu yang menganjurkan, bukannya mengikut normaliti masyarakat semasa yang terpengaruh dengan orang lain sehingga sanggup berhutang - Gambar Hiasan
Majlis rumah terbuka yang ingin diadakan perlu mengikut kemampuan individu yang menganjurkan, bukannya mengikut normaliti masyarakat semasa yang terpengaruh dengan orang lain sehingga sanggup berhutang - Gambar Hiasan

"Jika kita mampu mengadakan rumah terbuka, dicadangkan memilih masa sesuai dengan menetapkan waktu untuk saudara mara, rakan sekerja, rakan-rakan anak, kenalan dan jiran bagi memastikan roh dan konsep asal rumah terbuka tidak keluar daripada syarak. 

"Kita perlu berbalik kepada niat mengapa mahu mengadakan majlis rumah terbuka. Jika kita merasakan mengadakan rumah terbuka sebagai satu keperluan, sewajarnya majlis yang ingin diadakan mestilah mengikut kemampuan kewangan dan tidak berlebih-lebihan," katanya. 

Khairul Hamimah berkata, perancangan kewangan dan perbelanjaan mestilah dilakukan terlebih dahulu bagi mengelakkan berlakunya krisis kewangan dan terdedah dengan sikap berhutang atau meminjam.

Menurut beliau, pembentangan Bajet 2023 pada Febuari lalu turut menggariskan lima cabaran ekonomi yang sebahagiannya merupakan impak daripada pandemik COVID-19 tiga tahun lalu.

"Majlis rumah terbuka yang ingin diadakan perlu mengikut kemampuan individu yang menganjurkan, bukannya mengikut normaliti masyarakat semasa yang terpengaruh dengan orang lain sehingga sanggup berhutang. 

"Sebagai individu Muslim, tarbiah sebulan berpuasa sepanjang Ramadan sewajarnya memberi kesan agar kita sentiasa bersederhana dan mengutamakan keperluan penting dalam kehidupan seharian. 

"Kepada mereka mempunyai lebihan wang, ada baiknya wang itu disalurkan kepada pihak yang memerlukan seperti rumah kebajikan, orang miskin, fakir dan sebagainya," katanya. - Getaran, 14 Mei 2023
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan Bahan Mentah Mencukupi Sepanjang Syawal - KPKM

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Kerajaan Teliti Sebelum Buat Keputusan Tawaran Anjur Sukan Komanwel 2026 - PM

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Keputusan UK, Ireland Tuan Rumah Euro 2028 Diumum Secara Rasmi Selasa 

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Meriah! Lebih 20,000 Hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani Permatang Pauh

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Rencana 1 hari yang lalu

Monarki Dan Kekacauan Di Negeri Sembilan

oleh Kalimullah Hassan

Rencana 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

oleh Alfian Z.M. Tahir