Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Isu harga barang: Demonstrasi, Perhimpunan Tak Selesai Masalah

Rencana Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2022 3:16PM

Baru-baru ini kesatuan pelajar dari 2 universiti awam menggesa kerajaan supaya menurunkan harga barang dan mengingatkan kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan protes jalanan. - Gambar oleh Abdul Razak Latiff

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penganjuran demonstrasi tidak menyelesaikan isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang dihadapi rakyat kini, malah dilihat sebagai menjejaskan usaha yang dilaksanakan kerajaan.

Penganalisis Keselamatan dan Politik, Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata perhimpunan dan protes di jalanan hanya akan mewujudkan suasana beremosi tinggi yang membawa pelbagai elemen kemarahan.

“Tindakan seperti itu juga mampu mencetuskan elemen-elemen provokatif apabila wujud unsur subversif yang campur tangan dalam perhimpunan berkenaan sehingga bercanggah dengan motif asas penganjurannya,” katanya.

Kerajaan digesa mengambil langkah intervensi secara menyeluruh sekiranya terdapat unsur-unsur ‘permainan’ kartel dalam kenaikan harga barangan apabila laporan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dikeluarkan kelak. - Gambar fail
Kerajaan digesa mengambil langkah intervensi secara menyeluruh sekiranya terdapat unsur-unsur ‘permainan’ kartel dalam kenaikan harga barangan apabila laporan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dikeluarkan kelak. - Gambar fail

Justeru, katanya, rakyat perlu mendapatkan maklumat sahih dan memahami situasi semasa agar tidak terjebak dalam tindakan melulu yang tidak membawa faedah kepada negara.

Selain itu, beliau juga berharap agar kerajaan akan mengambil langkah intervensi secara menyeluruh sekiranya terdapat unsur-unsur ‘permainan’ kartel dalam kenaikan harga barangan apabila laporan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dikeluarkan kelak.

“Kita perlu lihat juga kepada laporan MyCC, sama ada wujudkah kartel-kartel yang bertindak menaikkan harga barang dan mengambil kesempatan terhadap orang awam dan bukannya sekadar melihat solusi-solusi bersifat jangka pendek kerana kenaikan harga barang itu tidak boleh dikawal sepenuhnya oleh pihak kerajaan.

“Selagi kita tidak memahami punca sebenar, selagi itu kita cuba bantu berikan idea-idea solusi, memberi ruang dan masa kepada kerajaan untuk menyelesaikan perkara ini melalui saluran-saluran yang betul,” katanya.

Semalam Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata ketidakseimbangan antara penawaran dan pemintaan adalah antara sebab kenaikan harga barangan di pasaran pada masa ini.

Katanya, Pasukan Tugas Khas Jihad Tangani Inflasi yang dipengerusikannya akan mencari kaedah menyeimbangkan penawaran dan permintaan barangan di pasaran.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Belia Prihatin Malaysia Luqman Hakim Md Zim berkata penganjuran perhimpunan semenangnya tidak salah kerana ia dibenarkan di negara ini namun pelaksanaannya perlu mematuhi undang-undang.

Katanya ia bagi mengelak berlakunya sebarang perkara tidak diingini seperti kecederaan, keganasan dan kerosakan harta benda awam sehingga menggugat ketenteraman penduduk setempat.

“Kita faham dalam keadaan sekarang masih terdapat golongan anak muda yang mempunyai pandangan dan rasa yang ingin ditunjukkan, tetapi jangan libatkan pergaduhan dan keganasan.

“Kerana di Malaysia, kita pernah berhadapan demonstrasi dari pelbagai pihak. Demonstrasi aman dan berjaya, begitu juga sebaliknya. Sebagai pemimpin belia kita patut berfikir secara bijak mana satu yang kita ingin lakukan,” katanya.

Dalam pada itu, Luqman Hakim mencadangkan agar pakar ekonomi tampil ke hadapan untuk berkongsi pandangan dan memperhalusi pendekatan berhubung pemberian subsidi supaya manfaatnya dapat diberikan secara total kepada golongan yang memerlukan.

Baru-baru ini sebuah portal berita melaporkan kesatuan pelajar dari dua universiti awam menggesa kerajaan supaya menurunkan harga barang dan mengingatkan kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan protes jalanan. - Bernama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Rencana 1 hari yang lalu

Dapatkan Nasihat Optometris Bertauliah Untuk Masalah Mata