Berita Terkini

5 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hari Moyang Suku Temuan

Rencana Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2021 7:23PM

Asih (kanan) bersiap sedia menyeru Panglima Galang sempena Hari Moyang

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LANGAT – Usai membaca mentera serapah dalam bahasa suku kaum Temuan, Dukun Kampung Busut Baru, Asih Anak Jehat, dengan tiba-tiba mengerang penuh kegerunan.

Dia membongkokkan badan. Wajahnya menggerenyot. Dengan pantas dia menghulur tangannya kehadapan, seakan-akan merayu belas kasihan daripada penyerang yang tidak kelihatan.

Kemeriahan dalam balai raya kampung tersebut, di mana terletaknya dua makam penunggu suku Temuan, terdiam dek pekikan Asih.

Hanya irama ketukan alat muzik kayu “kanggok”, yang hampir memukau sahaja masih kedengaran. Asap dan bau kemenyan yang berlegaran menguatkan lagi unsur mistik upacara tersebut.

Asih berbunyi lagi sekali. Kali ini, satu dengusan pendek yang tajam. Badannya mula mengigil.

Tiga gadis Temuan yang pada mulanya rancak berbual sambil menyulam sarung ketupat di pintu masuk balai raya juga terdiam. Mereka berengsot-engsot ke arah masing-masing sambil mengerling ke arah Asih.

Golongan tua suku Temuan turut mengunci mulut, namun tiada seorang pun dari mereka yang berkongsi kegelisahan kalangan muda.

Mereka yakin tiada kejadian malang akan menimpa Asih.

Sajian-sajian yang disediakan untuk dijamu kepada roh moyang Panglima Galang
Sajian-sajian yang disediakan untuk dijamu kepada roh moyang Panglima Galang

“Lemas. Saya sesak nafas,” kata Asih selepas tamat upacara.

“Masih kurang pengalaman. Moyang hendak masuk kedalam diri saya tapi badan saya tak tahan.'' katanya.

Asih adalah pelapis kepada dukun Kampung Busut Baru dan hanya dia seorang yang telah menjalani latihan untuk menyeru semangat penjaga suku Temuan pada Hari Moyang.

Jika seruannya berjaya, moyang yang Asih seru ``Panglima Galang” akan merasuki dirinya dan menjamah makanan yang disajikan di hadapan kuburnya, yang berupa sebuah batu berwarna perang yang diikat dengan sehelai kain hitam.

Hari Moyang adalah satu upacara dimana Orang Asli akan berterima kasih kepada semangat yang telah menjaga mereka sepanjang tahun.

Setiap suku kaum ada tarikh dan tradisi sambutan Hari Moyang yang tersendiri. Selalunya ia berkait rapat dengan unsur-unsur berdekatan tempat tinggal mereka.

Contohnya, moyang bagi suku kaum Mah Meri di Pulau Carey, lazimnya menyambut Hari Moyang pada setiap bulan Januari. Mereka menyeru semangat pantai dan laut.

Moyang suku kaum Temuan pula adalah semangat hutan yang menetap di Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) di sebelah kampung mereka.

Pada jam 3 petang, ketua kampung Busut Baru, Sari Anak Senin, tiba di balai raya untuk menyembah Panglima Galang serta Moyang mereka yang lagi satu, Angkop.

Selain berterima kasih kepada moyang tersebut, Sari juga berdoa agar kampungnya dilindungi daripada sebarang malapetaka dan kecelakaan.

Sari kelihatan gelisah semasa berdoa namun ia tidak bersebab kerana ini mungkin Hari Moyang terakhir bagi suku Temuan di sini.

“Saya tak mahu ulas lebih-lebih. Adun-adun kan sudah buat keputusan?”

Penduduk Kampung Busut Baru menyucikan perkarangan balai raya
Penduduk Kampung Busut Baru menyucikan perkarangan balai raya

Dia merujuk kepada usul yang dibentangkan kepada kerajaan negeri Selangor untuk memelihara setiap hutan simpan di negeri berkenaan. Usul tersebut diluluskan secara sebulat-suara dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November tahun lepas.

Usul tersebut dibentang selepas satu projek pembangunan mega dicadangkan di HSKLU yang memerlukan penyahwartaan status hutan simpan tersebut bagi membolehkan penebangan HSKLU dilakukan.

Walaupun kerajaan negeri menerima 45,000 bantahan bertulis sejak Februari tahun lepas, diikuti pula dengan kekecohan semasa sesi pendengaran awam pada September 2020, namun nasib HSKLU masih tidak menentu.

Benar hutan simpan adalah milik kerajaan negeri, tetapi Enakmen Hutan Simpan Selangor 1927 telah menganugerahkan hak istimewa kepada Orang Asli berdekatan HSKLU untuk menggunakan hutan tersebut.

Hati Sari juga kembali luluh apabila Jabatan Perhutanan Negeri telah membentangkan laporan berkenaan cadangan penyahwartaan HSKLU  kepada pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Tekonologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian.

Ini kerana pertikaian tanah adat Orang Asli, terutama pencerobohan tanah moyang mereka sering berlaku.

Ia adalah isu yang kerap timbul disebabkan hak tanah mereka yang selalu tidak diendahkan, walaupun terdapat beberapa perintah mahkamah yang mengiktiraf kesahihan tanah adat Orang Asli.

Proses sambutan hari Moyang ini dijalankan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat
Proses sambutan hari Moyang ini dijalankan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat

Malah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dalam laporan terbarunya membidas kerajaan kerana terlalu lambat untuk memperbaiki nasib Orang Asli di Malaysia.

“Suhakam mendakwa kerajaan terlalu lambat untuk melaksanakan syor-syor yang disampaikan hampir enam tahun lalu dan tidak mengubah status masyarakat Orang Asli sebagai kelompok yang paling rentan dan terpingir,’’ demikian laporan yang dikeluarkan pada tahun lepas itu.

Dalam hal HSKLU, suku Temuan di Kampung Busut Baru terpaksa mempertahankan hutan tersebut secara sendirian kerana tujuh perkampungan Orang Asli lain di Kuala Langat enggan campur tangan.

Ini kerana ketujuh-tujuh kampung tersebut bimbang jika mereka menolak penyahwartaan HSKLU, secara tidak langsung ia akan menyulitkan usaha untuk mewartakan kampung mereka.

Kampung yang diwarta akan memperoleh pelbagai kemudahan asas seperti jalan berturap, bekalan air, elektrik dan sebagainya.

“Kami sayang hutan. Tak ada seorang pun Orang Asli yang tak sayangkan hutan.

“Tapi macam mana saya nak pertahankannya kalau saya tidak mampu melindungi kampung saya dari ketidakpastian?,” demikian keluhan ketua kampung Pulau Kempas, Raman Anak Pahat. – Getaran, 29 Januari 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Permintaan 'Luar Biasa', Hampir Sejuta Buluh Lemang Aras Jumi Dijual

2

TARA 2 tahun yang lalu

'Jungle Trekking' Mengenali Suku Temuan Di Serendah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

ABIM Sambut Baik Warta Semula HSKLU

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kawasan Sungai Panjang Tanah Berstatus Pertanian - PKPS

Sorotan

1

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

2

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

3

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

4

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

5

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

6

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam