web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Permintaan 'Luar Biasa', Hampir Sejuta Buluh Lemang Aras Jumi Dijual

Video & Galeri Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2022 2:34PM

Ketibaan Hari Raya tahun ini membuatkan Aras Jumi agak sibuk dengan permintaan buluh lemang yang tinggi. - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai mungkin tidak tahu bagaimana susahnya untuk mendapatkan buluh bagi dijadikan lemang.

Bermula dari proses mengenal pasti buluh terbaik sehinggalah kepada proses menebang, memangkas dan membawanya keluar hutan untuk dijual, ia memerlukan kepakaran.

Namun bagi Aras Jumi Basarudin, pemuda Orang Asli suku kaum Temuan, aktiviti mencari buluh lemang semasa tiba musim Hari Raya adalah pekerjaan wajib yang dilakukannya  saban tahun.

Bukan hanya ketika musim perayaan, pada hari-hari biasa juga Aras Jumi akan mencari buluh lemang untuk dijual, tetapi dalam jumlah yang lebih kecil.

Bagaimanapun, kali ini, bagi Aras Jumi, permintaan ke atas buluh lemangnya 'luar biasa' malah beberapa minggu sebelum 1 Syawal, lebih 800,000 buluh lemang telah dijualnya di sekitar Selangor hingga ke Perak.

Menurut Aras Jumi, peralihan fasa endemik menyebabkan permintaan meningkat sekali gus memberi peluang kepada peniaga lemang mencari keuntungan.

Dalam sehari, dia boleh menjual sehingga 100 hingga 150 buluh lemang dengan harga antara RM1.50 higgga RM2 sebatang mengikut saiz.

Aras Jumi turut memberitahu, semua buluh lemang yang diperoleh akan dikumpulkan di pusat pengumpulan Kampung Orang Asli, Ulu Batu, Ulu Yam sebelum pembeli datang mendapatkannya atau diedarkan sekitar Selangor, Kuala Lumpur hingga ke Perak.

Jurufoto Getaran, NOOREEZA HASHIM meneroka hutan Ulu Batu bersama-sama Aras Jumi bagi mencari buluh lemang, baru-baru ini. - Getaran, 10 Mei 2022

Aras Jumi akan memastikan semua buluh lemang yang dibekalkan kepada penjual lemang berkualiti tinggi.
Aras Jumi akan memastikan semua buluh lemang yang dibekalkan kepada penjual lemang berkualiti tinggi.
Buluh-buluh lemang akan dipotong mengikut saiz yang diminta.
Buluh-buluh lemang akan dipotong mengikut saiz yang diminta.
Aras Jumi mengumpulkan buluh-buluh lemang sebelum diedarkan kepada pembeli.
Aras Jumi mengumpulkan buluh-buluh lemang sebelum diedarkan kepada pembeli.
Buluh lemang yang dicari oleh Aras Jumi mendapat permintaan yang tinggi tahun ini.
Buluh lemang yang dicari oleh Aras Jumi mendapat permintaan yang tinggi tahun ini.
Tahun ini, Aras Jumi berjaya menjual lebih 800,000 batang buluh lemang.
Tahun ini, Aras Jumi berjaya menjual lebih 800,000 batang buluh lemang.
Proses awal membuat lemang dengan memasukkan beras pulut sebelum dibakar.
Proses awal membuat lemang dengan memasukkan beras pulut sebelum dibakar.
Seorang penduduk Kampung Parit Baru, Sabak Bernam, Yusuf Ahmad membakar lemang di depan rumah.
Seorang penduduk Kampung Parit Baru, Sabak Bernam, Yusuf Ahmad membakar lemang di depan rumah.
Santan akan ditambah dari semasa ke semasa semasa proses membakar lemang.
Santan akan ditambah dari semasa ke semasa semasa proses membakar lemang.
Pengusaha Lemang Kg. Bahagia, Teluk Intan turut menerima tempahan luar biasa tahun ini.
Pengusaha Lemang Kg. Bahagia, Teluk Intan turut menerima tempahan luar biasa tahun ini.
Permintaan terhadap lemang sangat tinggi pada tahun ini.
Permintaan terhadap lemang sangat tinggi pada tahun ini.
Walaupun bertugas sebagai pegawai teknikal, Sazwan Mohd Fauzi mencari pendapatan sampingan pada bulan Ramadan yang lepas.
Walaupun bertugas sebagai pegawai teknikal, Sazwan Mohd Fauzi mencari pendapatan sampingan pada bulan Ramadan yang lepas.

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 7 jam yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

oleh Sophia Ahmad

Video & Galeri 7 jam yang lalu

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

oleh Sophia Ahmad

Video & Galeri 2 jam yang lalu

Hilang 2 Minggu, Jaslinda Akhirnya Ditemui Selamat

oleh Sophia Ahmad