Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penipuan Sijil Vaksin COVID-19, Cukupkah Undang-Undang Sedia Ada?

Rencana Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2022 10:37AM

Penipuan sijil vaksin COVID-19 hanya akan melemahkan usaha pihak berkuasa untuk mengawal penularan virus maut itu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembongkaran kegiatan seorang pengamal perubatan di Terengganu menjual sijil vaksinasi COVID-19 palsu baru-baru ini mencetuskan polemik tentang kemampuan perundangan sedia ada untuk mengekang kegiatan itu.

Kata kebanyakan pengamal undang-undang, perbuatan individu profesional tersebut bukan sahaja mencabar peruntukan perundangan yang ada, tetapi juga melemahkan usaha kerajaan untuk mengawal penularan virus maut itu di negara ini.

Menurut seorang peguam, isu itu boleh dilihat  menerusi dua aspek, iaitu tentang golongan yang enggan divaksinasi sehingga sanggup membeli sijil palsu dan penipuan membabitkan sijil vaksinasi COVID-19 adalah jenayah baharu yang belum pernah dihadapkan ke mahkamah. 

“Sebelum pandemik COVID-19, tidak pernah berlaku situasi penipuan sijil vaksinasi walaupun sudah ada pelbagai program imunisasi yang dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini.

“Justeru, tidak ada undang-undang khusus untuk menangani penipuan melibatkan vaksinasi. Buat masa ini, tindakan undang-undang boleh diambil menurut Kanun Keseksaan atau Akta 574,” kata peguam Muhammad Akram Dr Abdul Aziz kepada Bernama.

Jelas beliau, akta itu boleh digunakan untuk mendakwa kedua-dua pihak, iaitu penjual dan juga pembeli, yang jika didapati bersalah boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 10 tahun serta sebatan.

Namun menurut beliau, disebabkan kesalahan berkaitan vaksin COVID-19 adalah perkara baharu tanpa kes duluan, keberkesanan peruntukan di bawah Akta 574 dalam mencegah individu tidak beretika melakukan jenayah itu belum dapat dibuktikan.

“Jadi dalam keadaan sekarang, saya berpandangan meskipun undang-undang sedia ada boleh digunakan, akta itu tidaklah ekstensif atau mampu mengawal selia kesalahan-kesalahan berkaitan COVID-19 secara menyeluruh, contohnya melibatkan penipuan sijil vaksinasi,” katanya. 

Realitinya, polemik tentang sijil vaksinasi COVID-19 palsu sudah kedengaran sejak setahun lepas apabila arahan wajib vaksinasi kepada golongan pekerja tertentu dikeluarkan selain majoriti premis juga mensyaratkan hanya pelanggan lengkap vaksinasi dibenarkan masuk ke premis masing-masing.   

Hal itu menyebabkan golongan antivaksin menjadi “cacing kepanasan” dan berusaha mencari jalan keluar, sekali gus membuka peluang kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan dengan menjual sijil vaksinasi palsu. 

Dalam kes di Terengganu itu, seorang doktor di sebuah klinik swasta di Marang ditahan oleh polis pada awal bulan ini selepas disyaki terbabit dalam kegiatan menjual sijil vaksinasi palsu sejak September lepas.

Mengulas kes itu, Muhammad Akram berkata suspek boleh didakwa menurut Seksyen 420 dan Seksyen 465 Kanun Keseksaan, masing-masing kerana penipuan dan pemalsuan.

“Namun elemen yang perlu dibuktikan dalam kedua-dua seksyen tersebut mungkin tidak sama dengan apa yang perlu dibuktikan sekiranya adanya satu akta spesifik ataupun peruntukan undang-undang spesifik dibuat bagi kes COVID-19.

“Jadi, saya berpandangan mungkin sudah tiba masanya undang-undang sedia ada diperbaharui, digubal atau menguatkuasakan undang-undang spesifik untuk isu melibatkan COVID-19 atau apa-apa gejala berskala pandemik,” ulas beliau.

Menurutnya, antara yang boleh dilakukan oleh pihak berwajib ialah memperluas peruntukan undang-undang sedia ada atau meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. 

“Kesalahan ini wajar diambil perhatian serius oleh kerajaan kerana kegiatan sindiket tersebut membabitkan keselamatan awam, iaitu mendedahkan masyarakat kepada bahaya wabak berkenaan,” tegasnya. 

Dr Muzaffar Syah Mallow
Dr Muzaffar Syah Mallow

Sementara itu, pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia Prof Madya Dr Muzaffar Syah Mallow berkata semua pihak perlu memainkan peranan dalam hal penggunaan sijil vaksinasi palsu tersebut.

Ini termasuk majikan yang boleh mengambil tindakan tegas terhadap pekerja mereka yang didapati berbuat demikian, katanya.

Menurutnya, majikan yang didapati bersubahat atau menjadi dalang dalam isu sijil vaksinasi COVID-19 palsu pula boleh diambil tindakan menurut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. 

Dalam pada itu, pensyarah Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Sawal Hamid Md Ali mencadangkan agar kerajaan memperkemas maklumat vaksinasi dengan memastikan maklumat dimasukkan ke dalam pangkalan data Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara. 

Menerusi langkah itu, maklumat vaksinasi dapat dikongsikan dengan pihak lain, khususnya dalam mengesan pergerakan individu yang menggunakan sijil vaksinasi palsu di pintu sempadan negara, katanya.

“Proses verifikasi sijil vaksin juga perlu dilakukan melalui sistem pengesanan digital, bukan hanya sekadar menunjukkan paparan sijil,” katanya, menambah pangkalan data penerima vaksin juga harus dihubungkan dengan entiti penting agar maklumat vaksinasi individu dapat diakses secara terus oleh pihak berkuasa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Sijil Vaksin Palsu, 25 Suspek Sudah Ditahan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

MySejahtera Lebih 1,200 Pemilik Sijil Vaksin Palsu Disekat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemilik Klinik Swasta Antara 4 Individu Ditahan Disyaki Palsukan Kad Vaksinasi COVID-19

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sijil Vaksin Palsu: Reman Doktor Disambung

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Rencana 8 jam yang lalu

Haiwan Peliharaan Atau Terbiar Juga Boleh Diserang Strok Haba