web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ikan Darat, Rezeki Musim Tengkujuh

Rencana Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2021 11:21AM

Zakaria Mamat, 52, menunjukkan hasil tangkapan ikan toman yang diperolehi semasa menjala di pintu air di Kampung Sri Tujoh, Tumpat. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TUMPAT - Pintu air berhampiran Kampung Sri Tujoh, di sini, yang dibuka bagi mengelak kawasan sawah padi tenggelam akibat hujan lebat turut memberi rezeki buat penduduk sekitarnya apabila pelbagai jenis ikan seperti toman, keli, sepat dan patin diperoleh menerusi aktiviti menjala.

Seorang penduduk Kampung Sri Tujoh, Zakaria Mamat, 52, berkata sejak semalam dia bersama-sama rakan sekampung tidak menang tangan menjala ikan di lokasi berkenaan meraih rezeki yang tiba pada setiap musim tengkujuh itu.

Katanya, pintu air ini dibuka bagi membolehkan air dari kawasan sawah padi seterusnya Sungai Tapang mengalir keluar ke laut.

“Pembukaan pintu air bagi memastikan kawasan bendang dan jalan sekitar kampung-kampung di lokasi tersebut tidak tenggelam akibat hujan lebat yang berlaku sejak Rabu.

"Pembukaan pintu air turut membawa bersama pelbagai jenis ikan seperti toman, keli, sepat dan patin yang turut keluar apabila pintu air itu dibuka," katanya ketika ditemui Bernama di Kampung Sri Tujoh, di sini hari ini.

Bercerita lanjut, Zakaria yang bekerja sebagai buruh berkata biarpun banyak ikan yang keluar dari pintu air tersebut, yang paling utama ialah teknik menjala bagi memastikan setiap tebaran membawa hasil.

“Air yang baru keluar dari pintu yang dibuka itu akan mengalir deras dan membentuk pusaran, waktu itu tak perlu tebar jala. 

“Sebaliknya apabila pusaran sedikit lemah, bagi kami yang berpengalaman dapat lihat ada buih akan timbul itu tandanya ada ikan di dalam pusaran air, itu waktu yang sesuai untuk menebar jala,” katanya yang memperoleh hampir 10 ekor ikan pelbagai jenis.

Bersyukur dengan rezeki yang diperoleh, Zakaria tetap mengamalkan langkah berjaga-jaga bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dalam keghairahan menjala ikan darat, rezeki dalam musim tengkujuh ini.

Hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor mulai November hingga awal Januari 2022, susulan peralihan Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan hingga Mac tahun depan. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Rencana 1 hari yang lalu

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

oleh Sophia Ahmad