Berita Terkini

8 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Topik Perlu Bincang Sebelum Melangkah Ke Gerbang Perkahwinan

Hal paling realistik untuk bicarakan tapi sering dilupakan. Ajaklah Si Dia berbual tentang lima hal ini, sebelum terlambat.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2021 9:40AM

Gambar: Wu Jianxiong, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Trend yang sering kita lihat sebelum PKP apabila berbicara tentang perkahwinan adalah persiapan untuk majlis perkahwinan. Persalinan pengantin, lokasi majlis, nama-nama pengapit atau sekarang ini lebih dikenali sebagai bridesmaid, kek tinggi mana, siapa MUA (make-up artist) dan sebagainya. Tentu sekali semua perkara ini boleh dibincangkan.

 Tetapi, sebelum berbicara mendalam tentang majlis perkahwinan, adakah pasangan membuka bicara tentang topik pasca perkahwinan.  Rata-rata fokus tertumpu kepada hari bahagia tersebut tanpa memikirkan kesinambungan perjalanan kehidupan selepas hari tersebut tamat. 

Kenapa perlunya berbincang tentang topik-topik selepas perkahwinan? Biarlah kami mengharunginya bersama.  Ternyata boleh sahaja, dah ramai pun yang buat. Namun, masalahnya timbul jika terdapat percanggahan di tengah-tengah perkahwinan, siapa yang akan bertanggungjawab untuk itu ini. Bagaimanakah sesebuah perkahwinan boleh kekal utuh tanpa komitmen kedua pasangan dalam memastikan mereka saling bersefahaman dalam mengharunginya? 

Cinta itu indah apabila bermain dengan alunan perasaan, aku merinduimu, kau merinduiku. Namun, perkahwinan itu mempunyai pelbagai elemen yang mampu menguji pasangan dalam menelusuri masa hadapan dengan aman. Cara kita memperolehi sakinah (keamanan) boleh ditambah baik apabila masing-masing jelas tentang peranan, tanggungjawab dan komitmen di dalam rumah tangga. Untuk pasangan yang telah berbincang sebelum bernikah, baguslah. Bagi yang belum, mungkin perlu mula berbicara, agar masing-masing tidak terperanjat di tengah-tengah perkahwinan lantas mencari-cari pintu keluar yang tentunya tidak seindah pelamin cinta yang dibina. 

Yang Boleh dan Yang Tidak

Masa bercinta janganlah diluangkan memujuk yang merajuk sahaja. Gunakan masa yang ada untuk memperkasakan perhubungan agar bila kita melangkah ke alam perkahwinan nanti masing-masing sedar akan peranan masing-masing dan berusaha melaksanakannya. Sekali lagi, bukanlah semuanya nak dihitam putihkan, nak buat perjanjian siap saksi datang tandatangan. Tetapi, sekurang-kurangnya masing-masing jelas dengan sikap dan rutin masing-masing. Yang wanita tidak gemar bila pasangan keluar  ‘mengeteh’ dengan kawan-kawan. Bincangkan. Mungkin jawapannya ialah seminggu jumpa dua kali tak lebih dua jam. Lelaki tak suka pasangannya menghabiskan masa menonton siri Korea. Bincangkan. Mungkin sehari boleh tonton dua episod kalau suami ada di rumah. Lelaki tak gemar kawan-kawan pasangan selalu lepak rumah lama. Bincangkan. Wanita tak gemar pasangan suka tengok bola selalu. Bincangkan. Mungkin yang lelaki boleh cari jalan bagaimana untuk buat pasangan suka bola sepak untuk keduanya menggemari sukan yang sama. Teroka pasangan kita secara mendalam untuk mengenali apa yang dia tidak gemar, lantas sebaik boleh, kita elakkan atau kurangkan. Ketika bercinta apa pun boleh, bila sudah berkahwin, tiba-tiba naik angin kalau perangai itu muncul.  Itu tidak adil, bukan? 

Tugasan di Rumah

Gambar: Sarah Brown, Unsplash
Gambar: Sarah Brown, Unsplash

Perbincangan tentang tugasan di rumah ini jangan diambil remeh sebab kalau tak dibincang sekarang, takut ada yang menangis kepenatan di kemudian hari. Mana mungkin nak bincang semua benda di depan, nanti dah kahwin sama saja, fikir sebilangan kita. Ya, memang ada kemungkinan. Tetapi, jika terdapat persetujuan awal, masing-masing jelas dengan role atau tugasan masing-masing, semuanya akan menjadi lebih teratur. Kalau mengelat di tengah jalan, bolehlah dipertanggungjawabkan Si Dia dengan janji yang pernah ditaburkannya dulu, kan? 

Di antara topik yang boleh dibawa bincang adalah perihal makan minum bagaimana? “Oh, I tak kisahlah kalau you tak masak, tapi seminggu sekali kalau boleh try la masak di rumah, I like it.” “I memang tak suka makan luar, you kena sediakan makanan untuk I, tak kiralah you masak ke siapa masak.” “You tak payah fikir pasal masak, sebab I akan masak untuk family kita,” kata si lelaki. Nampak, ada banyak permutasi untuk keadaan ini. Jadi, kita ada sedikit idea tentang apa kesukaan pasangan kita dan sanggupkah kita menguruskannya. Andai kata tidak sanggup, tawar menawarlah. Tengah cinta segar-bugar senang sikit nak nego, kan? 

Kemudian teruskan dengan topik pakaian. Baju boleh tak dicuci di dobi? Atau kita kena cuci sendiri? Siapa yang cuci, awak atau saya? Gosok baju bagaimana pula? Ada seorang rakan yang sangat tertekan kerana suaminya tidak membenarkan dia hantar dobi wa’ima comforter tebal sekali. Yang lelaki pun janganlah menyusahkan pasangan dengan itu dan ini, Kalau nak buat syarat begitu, basuhlah sendiri dulu! Jangan jadi diktator dalam keluarga. 

Boleh sahaja kalau nak go with the flow dengan pasangan kita. Cuma, jangan stres di tengah jalan bila mengetahui pasangan kita jenis berat tulang, tak mahu angkat apa-apa walaupun cawan sendiri. Bila kita jelas dengan peranan masing-masing dalam melaksanakan tugasan rumah, lega sedikit hati untuk melangkah ke alam perkahwinan, ke dalam rumah yang akan kita bina nanti. 

Berapa Bilangan Anak dalam Jangka Masa Berapa Lama

Kalau kedua-duanya memberi jawapan yang sama, senang kerja. Tetapi jika seorang nak satu, satu lagi nak enam, ini akan menjadi masalah besar jika tidak dibincangkan dari awal perhubungan. Teringat saya seorang rakan yang sungguh-sungguh tidak mahu bercahaya mata. Bila sudah berhubungan, dia tidak menjelaskan hal ini kepada bakal suaminya, dan akhirnya menjadi masalah utama dalam perkahwinan apabila suaminya teringin zuriat yang ramai. 

Walaupun percanggahan keinginan tidak dapat diurai ketika perbincangan itu, sedikit sebanyak masing-masing sedar akan jangkaan dan keinginan masing-masing. Jadi tidak timbul masalah ‘saya tidak tahu’ atau ‘ini tidak adil.’ Akhirnya, bilangan zuriat ditentukan oleh Allah, tetapi dengan sedikit perancangan, masa depan juga lebih mudah diatur mengikut jadual tersebut. Andai bakal isteri sudah berumur 35 tahun, dan pasangan mahukan anak empat, ini agak mencabar. Lantas, bincangkan dan cari jalan tengah yang terbaik. 

Pengurusan Kewangan

Gambar: Karolina Grabowska, Pexels
Gambar: Karolina Grabowska, Pexels

Sebelum berkahwin, akaun masing-masing adalah hak individu. Duit aku, duit aku, duit engkau, duit engkau. Selepas berkahwin adakah sama pengurusan kewangannya atau, duit aku, duit aku, duit engkau, duit aku? Ada pasangan yang lebih selesa menguruskan akaun secara peribadi tanpa menggabungkan, tetapi ini tidak bermakna yang lelaki boleh berlepas diri dari perkara-perkara yang perlu dilaksana. 

Jika memilih untuk tidak bergabung akaun, tentukan bagaimana pengurusan perbelanjaan perlu dibuat setiap bulan jadi masing-masing jelas dengan tanggungjawab masing-masing. Lelaki tentu sekali mempunyai tanggungjawab yang lebih dari segi kewangan tetapi dalam kehidupan masa kini di mana isteri juga bekerja dan menyumbang, mungkin lebih elok berbincang dahulu ruang mana isteri ingin menyumbang dan tahap sumbangan beliau untuk keluarga. 

Masalah kewangan keluarga jika tidak dijaga rapi boleh menyulitkan perkahwinan. Suami yang tidak jelas tanggungjawabnya dan isteri yang tidak jelas kadar tanggungan suaminya,  akan menyumbang kepada prasangka yang akan merosakkan perhubungan perkahwinan. Andai keduanya ingin membuat akaun gabungan, juga perlu duduk bincang bagaimana percaturannya. 

Menguruskan Jangkaan 

Di media sosial sana terlalu banyak post yang dirasakan comel belaka tetapi mampu melukakan hati pasangan yang membacanya. Contoh apabila isteri tag suami dalam post tentang emas dengan kapsyen, jadilah suami yang soleh, belilah satu untuk isterimu. Jika suami mempunyai pendapatan yang lebih, memang tiada masalah. Untuk yang tiada berbaki, bagaimana pula? Sedih hati mereka tidak dapat menghadiahkan isteri dengan emas permata yang diminta. 

“Besarnya rumah dia bang, bilalah kita dapat masuk rumah macam ni?” Pasangan kita yang jenis diam akan simpan dalam hati sahaja, yang jenis menjawab akan membidas pedas melukakan hati wanita pula. Jadi adalah penting untuk kita menguruskan jangkaan kita terhadap pasangan bermula dari praperkahwinan. Gaji saya begini, gaji awak begini, dalam masa 3 tahun kita boleh cari rumah jenis begini. Pokoknya, jangan menjangkakan sesuatu yang melampaui kemampuan pasangan kerana ini akan memberikan tekanan yang boleh merosakkan perkahwinan. 

Tentu sekali kita tidak boleh menjangkakan masa depan. Namun, dengan sedikit persediaan dan perbincangan, insya-Allah pasangan boleh melangkah ke gerbang perkahwinan dengan rasa tanggungjawab untuk membahagiakan. - Getaran, 19 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 hari yang lalu

Adab Menghadiri Rumah Terbuka

2

Refleksi 3 minggu yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

3

Refleksi 1 bulan yang lalu

Self Healing’ Pada Bulan Ramadan, Bikin Ibadah Makin Khusyuk

4

Refleksi 2 bulan yang lalu

Menangani Krisis Kejantanan

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Gaya 11 jam yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN