web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Abaikan, Nafkah Isteri Mesti Didahulukan

Ikatan perkahwinan merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu digalas sebaik sahaja lafaz nikah disempurnakan. Satu hal yang sering dipandang remeh adalah tanggungjawab memberikan nafkah kepada isteri.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2021 2:48PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bukan mudah mempertahankan sebuah perkahwinan andai suami dan isteri tidak memberi dan menerima. Ikatan perkahwinan merupakan satu tanggungjawab dan amanah besar yang perlu digalas sebaik sahaja lafaz nikah disempurnakan. 

Baik suami mahupun isteri, masing-masing harus peka dan tidak lepas tangan. Jika alpa dan ambil mudah, pasti keharmonian rumah tangga tergugat dan lama-kelamaan boleh membawa kepada perceraian.  Satu hal yang sering dipandang remeh adalah tanggungjawab memberikan nafkah kepada isteri. 

Selepas berkahwin, adalah menjadi tanggungjawab suami untuk memberi nafkah dan segala keperluan kepada isterinya, sama ada nafkah zahir dan batin. Bagaimanapun, bukan sedikit perkahwinan yang menghadapi dilema apabila si suami sering melebihkan ibu bapa mahupun adik-beradik berbanding isteri sendiri. 

Salah satu faktor yang menjadikan suami bertindak begini adalah kerana isteri bekerja dan punya pendapatan sendiri. Wajib tetap wajib. Tiada kompromi. 

Meskipun isteri bekerja, suami tetap perlu memberi nafkah kepada isterinya melainkan jika si isteri tidak lagi menuntut atau menghalalkannya.

Islam juga menetapkan seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak daripada orang lain (termasuk ibu bapa). Urutan nafkah adalah seperti berikut:

1) Diri sendiri

2) Isteri

3) Anak

4) Bapa

5) Ibu

6) Cucu

7) Datuk

8) Saudara

9) Ahli-ahli keluarga berikutnya.

Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang menegaskan:

“Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu.” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir R.A) 

Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada.

Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya (mengikut kemampuannya) ia dianggap berhutang dengan isterinya kecuali jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri.

Jika suami terus-terusan mengabaikan tanggungjawab ini, isteri dibolehkan menuntut fasakh.

Seandainya suami masih mahu menyara orang lain, ia tertakluk kepada dua syarat berikut:-

1) Orang yang hendak ditanggung adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. 

2) Suami mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka, sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah dia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

Kesimpulannya, nafkah isteri dan anak-anak adalah wajib. Suami tidak seharusnya mengabaikan nafkah isteri dan anak-anak dengan alasan perlu membantu ibu bapa di kampung. Keperluan isteri dan anak-anak perlu didahulukan. - Getaran, 13 Ogos 2021

Sumber : https://muftiwp.gov.my/

Semua gambar: Pexels

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 tahun yang lalu

8 Cara Semarakkan Cinta 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

3

TARA 2 tahun yang lalu

Umpama Telur Di Hujung Tanduk: 7 Masalah Perhubungan Yang Sukar Dipulihkan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sindiket Edar Dadah, Suami Isteri Antara 17 Ditahan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung