web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Jadi Penagih Laman Sosial Kalau Mahu Hidup Gembira

Rakyat Malaysia kini bergantung kepada telefon pintar untuk menghiburkan hati sepanjang tempoh ‘berkurung’ di rumah. Jadi, tidak hairanlah jika ramai yang mula ketagihan laman sosial.

Refleksi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2021 9:13AM

Gambar: Bruce Mars, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jabatan Perangkaan Malaysia yang membentangkan Laporan Survei Penggunaan dan Capaian ICT oleh Individu dan Isi Rumah pada April lalu mendedahkan peratusan individu yang menggunakan telefon bimbit mencatatkan peningkatan kepada 98.2 peratus pada 2020. 

Survei yang dilaksanakan ketika pandemik COVID-19 itu menunjukkan bagaimana situasi semasa telah memberi kesan terhadap penggunaan internet di kalangan masyarakat Malaysia berusia 15 tahun ke atas meningkat dengan ketara kepada 89.6 peratus pada 2020 berbanding 84.2 peratus pada 2019 iaitu meningkat sebanyak 5.4 mata peratus. 

Statistik ini secara tidak langsung menggambarkan betapa rakyat Malaysia kini bergantung kepada laman-laman sosial untuk menghiburkan hati sepanjang tempoh ‘berkurung’ di rumah. Jadi, tidak hairanlah jika ramai individu yang mula ketagihan laman sosial kerana kebergantungan kepada telefon pintar. 

Kajian GlobalStat (Database In Developments In A Globalised World) pada 2019 mendapati lebih 72 peratus penggunaan media sosial di Malaysia antara pengguna tegar atau ketagihan media sosial.

Media sosial yang paling kerap digunakan oleh rakyat Malaysia adalah Facebook (79 peratus), Twitter (lima peratus), YouTube (empat peratus) dan Instagram (tiga peratus).

Kajian itu juga menunjukkan masyarakat kita lebih ghairah dan obses dengan media sosial berbanding dengan negara maju.

Ia bermakna dalam satu jam, rakyat Malaysia pasti akan melihat atau mengintai telefon pintar mereka setiap 10 minit ataupun kurang.  Bahkan sanggup melakukan tindakan membahayakan seperti menggunakan telefon sambil memandu. 

Jika di rumah, ramai juga mengasingkan diri daripada ahli keluarga. Jika makan bersama pun, telefon tetap di tangan. Berbual-bual di meja makan, menonton televisyen bersama sudah dianggap basi. Melayari akaun sosial media dianggap lebih menyeronokkan daripada segala-galanya. 

Jika anda salah seorang individu yang bersikap sebegini, ini bermakna anda layak digelar penagih sosial media.

Hendak tahu apa kesan dan akibat daripada ketagihan ini? Baca info selanjutnya di bawah:

1) Merosakkan hubungan suami-isteri

Beberapa kajian menunjukkan, apabila seseorang individu terlalu asyik melayari laman sosial akan menyebabkan perasaan cemburu dan tidak puas hati kepada pasangannya. Perasaan dan tingkah laku ini akan mengundang permulaan hubungan yang buruk dalam rumah tangga tersebut. 

Sama ada suami atau isteri, akan memberontak dan melakukan perkara yang mungkin mendatangkan kemarahan pasangan yang terlalu kerap dengan telefon pintar mereka atau mereka bersikap dingin dan seterusnya jika tidak dibendung boleh membawa kepada perceraian.

2) Tidak produktif

Ketagihan laman sosial juga akan menyebabkan seorang pekerja melengah-lengahkan tugasan yang diberikan. Penangguhan sering terjadi kerana ada gangguan daripada telefon yang sentiasa ada di tangan masing-masing tanpa mengira waktu. 

Sebabnya, sibuk melayani perbualan di aplikasi Whatsapp atau sekadar melihat status rakan-rakan di Facebook sehingga tidak sedar masa terbuang dengan sia-sia. Jika hal ini berterusan, produktiviti sesebuah organisasi akan terkesan dan memberikan impak yang buruk kepada kerjaya individu tersebut.

3) Merenggangkan hubungan ahli keluarga dan rakan-rakan

Memang benar teknologi yang ada ketika ini membantu merapatkan hubungan yang jauh antara saudara-mara dan rakan-rakan. Hanya melalui satu klik di hujung jari, rakan di benua lain juga boleh kita hubungi.

Namun, fenomena ketagihan laman sosial ini menyebabkan hubungan yang renggang sesama ahli keluarga dan rakan-rakan yang berada di depan mata. 

Ini kerana akibat terlalu asyik melayan kawan di alam maya, orang tersayang di depan mata diabaikan.

Tiada lagi perbualan mesra berlaku antara bapa dan anak-anak, sebaliknya hanya keadaan sepi dan sunyi terjadi bila ahli keluarga berkumpul bersama-sama. Apa tidaknya masing-masing sibuk dengan gajet masing-masing. 

Jadi cuba fikir-fikirkan, berbaloikah anda menjadi penagih laman sosial? 

Bagi yang sudah terjebak, berikut langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk mengatasi masalah ketagihan media sosial:-

1) Setiap hari pastikan anda telah menetapkan senarai keutamaan tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan pada hari tersebut. Tugasan yang paling penting mesti berada di tangga teratas senarai.

2) Tetapkan atau hadkan masa untuk melayari laman sosial. Contohnya, dalam sehari beri masa maksimum sejam untuk anda mengintai laman-laman sosial yang digemari.

3) Tetapkan objektif dan tujuan anda melayari laman-laman sosial atau internet. Adakah mahu mendapatkan maklumat yang berguna atau sekadar mahu membuang masa sehingga banyak perkara-perkara penting yang lain diabaikan. - Getaran, 2 Julai 2021

Sumber : http://www.myhealth.gov.my /

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Teknovasi 1 hari yang lalu

Always Robots Rasmi Beroperasi Di Malaysia, Perkenal Robot Humanoid Berasaskan AI

oleh Rahayu MN