Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Berpisah Dengan Si Dia? Ini 10 Tip Untuk Merawat Hati Yang Terluka

Jika ingin merawat hati yang luka, ia tidak boleh tergesa-gesa, beri ruang kepada diri sendiri untuk pulih

Refleksi Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2024 12:46PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Merawat hati yang luka bukanlah sesuatu yang mudah. Ada orang mampu memulihkannya dengan dengan kadar segera, namun masih banyak hati yang sukar dirawat biarpun tahun berganti tahun. Setiap individu mempunyai kekuatan emosi yang berbeza. Jadi, jika anda ingin merawat hati yang luka, ia tidak boleh tergesa-gesa. Beri ruang kepada diri sendiri untuk pulih. 

Putus cinta sememangnya tidak mudah, sama ada perpisahan itu adalah keputusan si dia atau daripada anda sendiri. Mengimbas kembali saat-saat bahagia ketika bersama si dia membuatkan hati bertambah luka.

Walau apa pun yang anda rasakan ketika ini, ia adalah perkara biasa. Kesunyian dan kekecewaan tidak boleh dijauhkan dengan begitu sahaja, namun jangan sesekali menyalahkan diri dengan apa yang terjadi. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Anda harus kuat. 

Berikut adalah tip untuk merawat hati yang luka yang dikongsi oleh beberapa ahli psikoterapi. Moga ia boleh membantu untuk menaikkan semangat anda.

1. Ambil Masa Untuk Bersedih

Jika boleh, cuba anggap perpisahan yang berlaku adalah tempoh untuk berkabung. Beri masa untuk diri sendiri. Jangan cuba mencari ‘orang baharu’ dengan segera. 

Kita perlu merawat hati yang terluka dan meluangkan masa untuk membenarkan proses  penyembuhan berlaku dengan masa, penjagaan, kelembutan, dan pemahaman diri yang lebih mendalam. Jangan bandingkan proses penyembuhan anda dengan orang lain.  Ia tidak akan sama kerana setiap orang pasti melalui situasi yang berbeza.

2. Jaga Diri

Apabila anda sedang patah hati, pasti anda mudah lupa untuk menjaga keperluan peribadi anda. Hakikatnya apabila sedang bersedih, ia bukan sahaja menjejaskan emosi, malah ia juga meletihkan secara fizikal. Kajian telah menunjukkan bahawa kesakitan fizikal dan emosi bergerak di sepanjang laluan yang sama di dalam otak.

Jaga diri dan makanlah secara teratur demi kesihatan anda
Jaga diri dan makanlah secara teratur demi kesihatan anda

Bernafas dalam-dalam, meditasi dan senaman boleh menjadi cara terbaik untuk mengekalkan tenaga anda. Tetapi jangan sesekali bertarung dengan diri. Usahakan untuk makan secara teratur dan kekal terhidrat. Lakukan perlahan-lahan, satu demi satu.

3. Cari Sumber Kegembiraan Baharu

Apabila anda meluangkan masa untuk mengenali diri sendiri, ia mungkin boleh membawa anda kepada perkara yang mungkin pernah membawa anda kedamaian, kegembiraan atau inspirasi tetapi telah tertanggguh gara-gara hubungan cinta anda sebelum ini. 

Selain itu, cubalah bereksperimen dengan melakukan perkara-perkara yang belum pernah dicuba sebelum ini. Mungkin ada yang mampu membuatkan anda tersenyum kembali.

4. Senaraikan Perkara Yang Anda Suka Tentang Diri Sendiri

Apabila anda mula berasa diri serba kekurangan, pertimbangkanlah untuk membuat senarai semua perkara baik yang pernah anda lakukan untuk pasangan sebelum ini. Masukkan juga perkara atau semua kualiti yang mereka suka tentang anda.

Cari sumber kebahagiaan baharu yang boleh merawat hati
Cari sumber kebahagiaan baharu yang boleh merawat hati

Sebagai contoh, anda mungkin boleh menulis bahawa anda seorang yang pemaaf, anda suka membuat kejutan,  anda seorang yang manja dan anda bukan seorang pendendam.

5. Nyatakan Keperluan Anda Kepada Orang Lain

Jika anda tidak bersedia untuk bertemu rakan-rakan atau menghadapi kesukaran untuk melaksanakan komitmen, cuba kongsi perasaan anda dengan orang lain.

"Cuba pertimbangkan semula keperluan anda pada masa ini dan beritahu orang lain perkara yang anda hadapi. Ramai orang pernah merasakan perkara yang sama dan akan memahami bahawa anda mungkin memerlukan sedikit masa untuk kembali ke keadaan biasa," ulas Dana Bottari, ahli psikoterapi dari Florida, Amerika Syarikat.

6. Jangan Terperuk Di Rumah 

Penyelidikan mendapati bahawa menghabiskan hanya dua jam seminggu di luar rumah boleh meningkatkan kesihatan mental dan fizikal anda. Jika anda boleh keluar berjalan-jalan sambil menikmati pemandangan yang indah, ia sudah bagus. Namun berjalan-jalan di sekitar kawasan kejiranan juga boleh membantu.

7. Baca Buku Motivasi Dan Dengar Podcast

Mengetahui bahawa orang lain telah melalui pengalaman yang sama dan mampu memulihkan diri sudah pasti akan membantu anda untuk bangkit dan sedar bahawa anda sebenarnya tidak keseorangan.

Membaca buku atau mendengar podcast tentang kehilangan tertentu juga boleh memberikan anda kekuatan untuk memproses emosi anda. Yang baik jadikan teladan, yang jahat jadikan sempadan.

8. Cari Kelegaan Dalam Senaman Dan Pergerakan

Kajian menunjukkan bahawa senaman boleh mengurangkan tekanan. Gunakan senaman sebagai saluran yang sihat untuk menguruskan kebimbangan, kesedihan, kelesuan dan tekanan.

Bersenam boleh membantu merawat anda yang kemurungan kerana putus cinta
Bersenam boleh membantu merawat anda yang kemurungan kerana putus cinta

Berjalan kaki setiap hari, menunggang basikal atau mengikuti video senaman dalam talian ialah cara yang mudah untuk memasukkan senaman ke dalam rutin harian apabila anda berasa sedih atau tertekan tentang perpisahan.

9. Elakkan Aktiviti Yang Mengingatkan Anda Kepada Si Dia

Jika anda terus berasa tertekan dan tidak dapat mengawal emosi dengan baik, pertimbangkan untuk menjauhi tempat, muzik dan mereka yang boleh mengingatkan anda tentang bekas kekasih buat seketika.

Cuba pergi ke tempat yang membuatkan anda berasa selamat. Kelilingi diri dengan mereka yang mengambil berat tentang diri anda. Pergilah ke tempat yang belum pernah anda kunjungi atau terokai.

10. Terima Kenyataan

Pujuklah hati untuk terima hakikat bahawa perhubungan anda dengan si dia telah berakhir.  Lama kelamaan, anda mungkin menyedari bahawa perpisahan itu adalah yang terbaik untuk diri anda. Cuba untuk percaya dan teruslah melangkah ke hadapan. Hidup ini adalah sesuatu yang indah jika anda sentiasa memberi peluang kepada diri sendiri. - Getaran, 21 Januari 2024

Foto : Unsplash

Berita Berkaitan

1

Kolum 3 tahun yang lalu

Pentingnya Pengurusan Waktu Di Dapur

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Jelajah 11 jam yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

oleh Rahayu MN

Jelajah 4 jam yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

Menawarkan pesona tersendiri, kesemua hotel ini menjanjikan pengalaman indah untuk percutian yang singkat

oleh Rahayu MN