Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ulasan Buku 'Senandika: Bercakap Seorang Diri', Membelah Suara Maliah Surip

Maliah Surip merupakan penghidap General Anxiety Disorder (GAD) dan Major Depressive Disorder (MDD.

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2023 5:00PM

Maliah Surip ketika pelancaran bukunya, 'Senandika: Bercakap Seorang Diri' - Gambar oleh Sairien Nafis

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ada sebuah dunia gelap gagal difahami orang kebanyakan. Ada sebuah kesedihan berjurang lebih dalam tak dapat dicapai oleh orang-orang biasa. Di situlah, Maliah Surip berada ketika bertarung dengan General Anxiety Disorder (GAD) dan Major Depressive Disorder (MDD) sejak tahun 2019.

Dari lembah pengalaman asing dan mencabar itu, Maliah menuliskan catatannya menerusi buku sulungnya, Senandika: Bercakap Seorang Diri. Mengandungi 169 bab, Maliah membongkar apa yang ada di dalam kepala seorang penghidap pesakit mental tanpa banyak dalih dan lapis, senyata mungkin.

Bertahun-tahun bergelar seorang wartawan membuatkan tulisan Maliah seperti air, mengalir dari satu kalimah ke kaliamah yang lain dengan bersahaja. Tulisannya cermat, mudah difahami dan paling penting ia jujur. Membaca Senandika ibarat menyelak sebuah diari yang ditekuni sangat nyata. 

Seperti hidup, Senandika melalui episod turun naik dari bab ke bab yang lain. Tidak seperti kebanyakan buku yang dibahagikan mengikut emosi atau tahun-tahun catatan sebagai selingan. 

Senandika walau bagaimanapun membawa pembaca mengenal bahawa ada masa-masanya dia kuat melawan perang di dalam kepala. Namun, dalam  bab seterusnya menceritakan bagaimana tiba-tiba depresi membuatkannya ingin bersunyi, hilang semangat dan realiti tiba-tiba menjadi ngeri. Jika boleh diumpamakan, keseluruhan catatan Maliah berombak, ada badai, surut dan landainya. 

Maliah Surip (kanan), bersama Amy Search (kiri) dan Misha Omar (dua kiri) ketika pelancaran buku 'Senandika' - Gambar oleh Sairien Nafis
Maliah Surip (kanan), bersama Amy Search (kiri) dan Misha Omar (dua kiri) ketika pelancaran buku 'Senandika' - Gambar oleh Sairien Nafis

Sepanjang membaca Senandika, anda seperti diajak masuk ke dalam gelombang perasaan  yang lazim dialami oleh kebanyakan pesakit mental. Ia bukan perang yang mudah kerana masalah kesihatan mental sebenarnya meragut banyak peluang dan segala perkara yang kita cintai. 

Kerjaya yang dibina bertahun-tahun boleh lenyap begitu sahaja kerana keresahan. Tak semua orang memahami bagaimana semangat hidup yang berapi-api boleh terpadam gara-gara depresi. 

Maliah membongkar semuanya dengan harapan masyarakat tidak lagi skeptikal menganggap sakit mental hanyalah alasan yang dibina oleh orang-orang pemalas hanya untuk lari dari beban kerja atau sekadar mahu mencuri perhatian semua.

Paling penting dalam buku ini adalah bagaimana Maliah berjuang untuk sembuh dan pulih. Dari ubat ke ubat yang lain dan jam-jam terapi agar hidupnya tidak musnah ditaklukkan suara-suara asing di dalam kepala yang memintanya untuk menghilang sahaja dari dunia.

Gelapnya hidup kerana depresi membuatkan seseorang tidak dapat melihat setiap hal baik di dalam hidupnya. Namun Maliah, menuliskan di satu bab sebuah penghargaan kepada suaminya, Abdul Razak Latif yang tidak pernah meninggalkannya dalam keadaan apapun. 

Maliah menuliskan sebuah kisah cinta singkat yang indah bagaimana suaminya tidak pernah berdengus, atau meninggi suara ketika dirinya mengalami fasa relapse yang selalunya membuatkan seseorang hanya ingin berbaring sahaja di katil. 

Kita tidak boleh meneka apa yang ada di dalam isi kepala seseorang berdasarkan raut wajahnya. Maliah menulis di beberapa bab bagaimana telatah pesakit lain di hospital sementara menunggu mendapatkan rawatan psikiatri.

Seperti bab 'Menangkap Huruf Hijaiyah', menceritakan seorang pak cik yang melihat huruf-huruf terapung di hadapan matanya dan meminta Maliah menangkapnya. Maliah menuliskan itu dan banyak cerita lainnya di dalam Senandika.

Sebenarnya, tidak mudah menuliskan Senandika: Bercakap Seorang Diri kerana Maliah harus membongkar dan mengingat kembali beberapa tragedi yang mungkin ingin dilupakannya. 

Namun Maliah melawan raksasa di dalam kepalanya untuk melahirkan buku ini sebagai harapan baru kepada semua penghidap penyakit mental untuk mara mendapatkan rawatan. Dari perang yang dahsyat di dalam dirinya, Maliah menuliskan ini untuk menyelamatkan nyawa banyak orang. 

Namun paling mustahak, Senandika: Bercakap Seorang Diri adalah sebuah bukti keberanian. Untuk tahun-tahun mendatang, Senandika akan menjadi bukti kepada anak-anak bahawa ibunya, Maliah Surip adalah seorang pejuang. 

Buku Senandika: Bercakap Seorang Diri berharga RM28 boleh dibeli menerusi Instagram @MaliahSurip dan beberapa kedai buku terpilih. - Getaran, 4 April 2023 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Selepas 2 Tahun Suram, Thaipusam Tahun Ini Disambut Meriah

Sorotan

1

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

2

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

3

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

4

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

5

Pelaksanaan Hukuman Sebat Di Khalayak Di Bawah Bidang Kuasa Negeri - Mohd Na'im

6

90 Kes Jenayah Seksual Direkod Di Kelantan Dalam Tempoh 4 Bulan

7

MB Perlis Beri Keterangan Hampir 9 Jam Di SPRM