web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JAWI Tambah Pusat Pelupusan Al-Quran, Tingkat Produktiviti Harian

Dengan adanya pusat pelupusan baharu tersebut, keupayaan melupuskan naskhah suci boleh dipertingkatkan sebanyak tiga kali ganda berbanding kadar sedia ada.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2022 8:08AM

Kakitangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menunjukkan ketulan abu Al-Quran yang telah dikeringkan sebelum dilepaskan ke dalam laut ketika Program Pemuliaan Al-Quran JAWI - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merancang untuk membina sebuah pusat pelupusan al-Quran baharu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi meningkatkan keupayaan melupuskan naskhah suci tersebut, dengan tatacara yang benar.

Pengarahnya Datuk Mohd Ajib Ismail berkata Pusat Pemuliaan al-Quran Darul Kalam yang beroperasi di Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Kuala Lumpur, setakat ini hanya mampu melupuskan sebanyak 150 kilogram (kg) naskhah al-Quran yang rosak atau musnah dalam masa sehari.

Beliau berkata dengan adanya pusat pelupusan baharu tersebut, keupayaan melupuskan naskhah suci boleh dipertingkatkan sebanyak tiga kali ganda berbanding kadar sedia ada, iaitu sehingga sekitar setengah tan sehari menggunakan teknologi moden.

“Jika ia diluluskan dan ada peruntukan, proses pelupusan akan menjadi lebih pantas, kerana kita telah melakukan dengan beberapa pihak dan ia menggunakan teknologi yang lebih maju, bukan secara manual.

“Setakat ini, (pembinaan pusat pelupusan) masih dalam perancangan dan kita akan utarakan ke pihak yang lebih tinggi untuk dapatkan kelulusan bajet dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas Program Pemuliaan al-Quran JAWI Bersama Jabatan Laut Malaysia di Pelabuhan Klang, semalam.

Terdahulu sebanyak 6.8 tan abu al-Quran dibawa dalam bentuk bongkah menaiki kapal MVPEDOMAN sejauh 12 batu nautikal dari Pelabuhan Klang untuk dilupuskan di tengah lautan. Pelupusan abu ayat suci itu dikendalikan oleh Pusat Pemuliaan al-Quran Darul Kalam.

Mohd Ajib berkata abu tersebut merupakan hasil daripada lebih 30,800kg naskhah al-Quran yang rosak atau musnah akibat banjir di sekitar Pahang dan Selangor pada tahun lepas, dan sejumlah naskhah yang dihantar sendiri beberapa pihak lain untuk dilupuskan.

“Program ini turut mendapat kerjasama daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

“Kita mempunyai tatacara untuk mengendalikannya, seperti prosedur yang diberikan dalam satu Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-30 yang bersidang pada 22 Ogos 1992 yang mencadangkan al-Quran yang telah rosak dibakar, ditanam atau dilupuskan di tengah laut yang mana airnya mengalir,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden