web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sertai Dan Bawa Sisa E-Buangan Layak Terima Wang Tunai Sehingga RM33,000

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 7:00AM

Aktiviti pengumpulan sisa e-buangan dilaksanakan pada setiap Sabtu dan Ahad minggu ketiga setiap bulan, mulai 21 Mei hingga 30 November ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Hanya dengan menyertai aktiviti pengumpulan sisa elektrik dan elektronik (e-buangan), orang ramai khasnya penduduk Bandaraya Ipoh, berpeluang menyertai hadiah cabutan bertuah wang tunai sehingga RM33,000.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata inisiatif ini dilakukan bagi menjayakan dan memeriahkan lagi sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2022 peringkat Negeri Perak, selaras dengan tema dan matlamat kerajaan negeri menjadikan ‘Perak Bumi Lestari’.

“Aktiviti pengumpulan sisa e-buangan dilaksanakan pada setiap Sabtu dan Ahad minggu ketiga setiap bulan, mulai 21 Mei hingga 30 November di lima lokasi terpilih mengikut kawasan Parlimen Ipoh Barat, Batu Gajah, Ipoh Timur, Gopeng dan Tambun.

“Barangan seperti komputer riba, komputer, telefon bimbit, peti sejuk, penghawa dingin, mesin basuh dan lain-lain kelengkapan elektrik dan elektronik, boleh ditukarkan kepada wang tidak termasuk lampu dan bateri terpakai,” katanya dalam satu majlis hari ini.

Menurutnya, MBI dengan kerjasama Syarikat Edsha Solutions Sdn Bhd menawarkan hadiah cabutan bertuah bernilai RM10,000 kepada semua peserta untuk dimenangi dan tambahan token secara tunai mengikut harga yang telah ditetapkan oleh semua peserta yang menghantar e-buangan.

“Peserta juga berpeluang menyertai hadiah cabutan bertuah yang disediakan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebanyak RM 33,000 di peringkat negeri,” tambahnya.

Menurut Rumaizi, sebanyak 87 tan metrik sisa elektrik dan elektronik telah dikumpul dengan kerjasama semua pihak sehingga 27 September dan ketetapan sasaran sebanyak 100 tan metrik menjelang 30 November ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Aduan Pembakaran Terbuka Di Kelantan Meningkat Hampir 80 Peratus - JAS

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Isu Nadir Bumi: Pegawai Kanan MBI Direman 3 Hari

3

Sukan 3 tahun yang lalu

‘Pelan Pembangunan Semula Kompleks Sukan Shah Alam Disemak Menyeluruh, Lalui Tatakelola Terbaik

4

Semasa 3 tahun yang lalu

3,000 Bakal Jemaah Haji Selangor Bakal Terima Insentif MBI

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan