Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Elak Doktor Gigi Haram Agar Tidak Menyesal di Kemudian Hari

Jumpa doktor gigi haram kerana ingin rawatan segera dan menjimatkan wang. Berbaloikah anda berbuat begitu?

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2022 9:58AM

Individu yang menggunakan perkhidmatan doktor pergigian tidak bertauliah berisiko terdedah kepada jangkitan pelbagai penyakit serius. - Gambar hiasan AFP

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Isu doktor gigi haram sudah berlarutan bertahun-tahun lamanya. Semakin hari, semakin banyak aduan mengenai doktor palsu diterima Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hasil aduan daripada pelanggan yang tidak berpuas hati.

Pada tahun 2017 sahaja, KKM menerima 54 laporan dan meningkat ke 130 aduan pada 2019.

Menurut Dekan Fakulti Pergigian Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Profesor Dr Seow Liang Lin, rawatan pergigian yang diberikan pihak yang tidak berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MDC) dan bukan pemegang Sijil Perakuan Pengamalan Tahunan (APC) / Sijil Perakuan Pengamalan Sementara (TPC) yang sah adalah dianggap sebagai haram.

Jelas Dr Seow, doktor gigi haram ini terbahagi kepada beberapa golongan. Pertama, mereka yang membuka gerai di pasar malam ataupun pasar pagi dengan menyasarkan golongan yang lebih berusia dan selalunya menawarkan perkhidmatan penggantian gigi patah dengan kadar segera.

Dr Seow Liang Lin - Gambar dari IMU
Dr Seow Liang Lin - Gambar dari IMU

Golongan kedua adalah mereka yang beroperasi di salon-salon kecantikan. Mereka ini menawarkan perkhidmatan estetik seperti pemutihan gigi dan venir.

Sementara golongan yang ketiga pula merupakan ‘doktor gigi’ yang mempromosikan perkhidmatan mereka di media sosial dan mempunyai klinik sementara di bilik-bilik hotel atau menawarkan perkhidmatan dari rumah ke rumah. 

Golongan ini selalunya ‘mempelajari’ kemahiran pergigian melalui tontotan video-video di saluran YouTube. Daripada melakukan rawatan seperti memasang pendakap gigi sehinggalah ke prosedur venir.

 

Mengapa ada yang termakan umpan?

Agak pelik apabila ada orang yang sanggup mendapatkan rawatan pergigian di pasar-pasar malam dan pagi. Tetapi khidmat ini biasanya ditawarkan sebagai satu cara yang mudah dan cepat untuk menangani masalah kehilangan gigi. 

Pengunjung berjumpa ‘doktor gigi’ yang menjanjikan sesuatu seperti menggantikan gigi yang patah pada kadar segera.

Hakikatnya apa yang mereka dapat adalah doktor gigi haram yang hanya menyambungkan gigi palsu kepada gigi asal dengan menggunakan dawai atau seumpamanya. 

Pelanggan berpuas hati kerana mereka tidak perlu membuat gigi palsu dan tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak. Tetapi apa yang mereka tidak sedar adalah gigi palsu tersebut sebenarnya tidak berfungsi dan akan menyebabkan kerosakan gusi serta gigi yang berada di sebelah gigi palsu terbabit. 

Pembuatan gigi palsu. -  Gambar hiasan AFP
Pembuatan gigi palsu. - Gambar hiasan AFP

Mengulas tentang rawatan pergigian di salon-salon kecantikan pula, Dr Seow berpendapat, kebanyakan mereka yang terpikat untuk melakukan rawatan ini di salun kecantikan adalah kerana berasa selesa dan tidak menakutkan.

“Persepsi pergi ke doktor gigi dan ke salon kecantikan adalah sangat berbeza. Apabila anda pergi untuk mendapatkan rawatan muka dan ke spa, ia satu pengalaman yang menenangkan dan menyeronokkan. Tetapi apabila memikirkan doktor gigi, ramai yang berasa gerun dan takut,” ujar beliau yang percaya rawatan pemutihan gigi dan venir disertakan dalam pakej kecantikan.

Namun begitu, Dr Seow percaya sebab utama yang yang membolehkan perkhidmatan pergigian secara haram ini terus mendapat sambutan adalah kerana kurangnya pendidikan dan kesedaran akan akibat jangka panjangnya. 

“Ramai tertarik dengan gambar-gambar sebelum dan selepas yang menjanjikan penyelesaian yang mudah dan cepat. Mereka terperangkap dengan promosi jualan yang meyakinkan. Bagaimanapun, ia hanya nampak baik untuk jangka masa yang pendek tetapi kesudahannya anda menderita untuk jangka masa panjang,” katanya.

 

Bagaimanakah caranya untuk memastikan doktor gigi itu sah? 

Semua doktor gigi perlu berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia. Sijil Perakuan Pengamalan Tahunan (APC) perlu dipamerkan di klinik. Jika tiada sijil atau ia tidak diperbaharui maka anda tidak berada di klinik yang betul. 

“Setiap klinik yang beroperasi secara sah perlu memperbaharui APC setiap tahun dan mestilah dipamerkan. Anda juga perlu memerhatikan lokasi di mana khidmat pergigian ditawarkan. Premis mestilah betul-betul sebuah klinik dan bukannya gerai di tepi jalan, di bilik hotel atau di salon kecantikan.”

Perkhidmatan pergigian seharusnya hanya dijalankan pegawai kesihatan yang sudah menjalani latihan, mempunyai kelayakan dan berdaftar dengan KKM. - Gambar AFP
Perkhidmatan pergigian seharusnya hanya dijalankan pegawai kesihatan yang sudah menjalani latihan, mempunyai kelayakan dan berdaftar dengan KKM. - Gambar AFP

Selain itu, sentiasa berhati-hati dengan produk murah dalam talian yang menawarkan venir, pendakap gigi dan produk pemutihan gigi palsu. Sama ada ia akan memudaratkan atau tidak bergantung kepada bahan-bahan yang digunakan. Tetapi dalam apa jua keadaan, kebanyakan produk ini tidak nampak meyakinkan dan berkesan,” ujar Dr Seow.

Kegagalan berjumpa doktor gigi yang betul untuk mendapatkan rawatan pergigian boleh menyebabkan kerosakan gigi dan gusi yang tidak dapat dipulihkan. 

“Doktor gigi haram dan rawatan yang tidak betul boleh merosakkan struktur sokongan gigi. Faktor kebersihan dan kurangnya penggunaan peralatan yang betul dalam situasi ini juga menjadi persoalan.” 

“Beringatlah yang ada perkara yang nampak sahaja bagus tapi sebenarnya tidak. Anda mungkin merasakan yang anda mendapat urus janji yang berbaloi tetapi hakikatnya ia satu kesilapan yang akan disesali dan menyusahkan,” kata Dr Seow memberi amaran. - Getaran, 9 September 2022

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini