web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Silat, Seni Mempertahankan Diri Warisan Budaya Melayu

Silat menjadi seni mempertahankan diri tradisional yang perlu dipelihara dan diwarisi generasi muda pada masa akan datang.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2022 6:00PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Silat merupakan sebuah ilmu seni mempertahankan diri tradisional di wilayah Nusantara yang menjadi warisan budaya Melayu terulung. Ia dipelajari turun temurun dari satu generasi ke generasi yang lain dan meliputi ilmu strategi serangan secara taktikal, bersenjata, serta teori (falsafah).

Terdapat pelbagai pecahan atau amalan silat yang wujud terutamanya di kepulauan Melayu atau Asia. Antaranya ialah silat cekak, silat gayong dan banyak lagi. Mungkin terdapat beberapa perbezaan dari segi teknik berlawan namun ia tetap berasaskan cara tradisional yang sama.

Kemunculan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang diadaptasikan daripada kisah tokoh pahlawan dan pejuang daripada Pahang yang telah mencetuskan fenomena di kalangan rakyat Malaysia ini, telah berjaya meninggalkan impak dan kesan yang mendalam dalam kehidupan sesetengah individu.

Ia bukan sahaja mengangkat mesej yang kuat terhadap perjuangan dalam mendapatkan kemerdekaan daripada genggaman penjajah, bahkan pada masa yang sama, ia turut berjaya menonjolkan kaedah lawan menggunakan silat yang menjadi bahagian penting dalam budaya seni mempertahankan diri di dalam filem tersebut.

Hal ini telah berjaya memupuk minat generasi muda untuk mempelajari seni mempertahankan diri dan menjadi fenomena kepada mereka untuk mempelajari ilmu silat.

Seni silat juga merupakan warisan budaya Melayu dan Malaysia yang harus dijaga dan dikekalkan sepanjang zaman serta diwarisi generasi mudah pada masa akan datang.

Jika diperhatikan silat seakan-akan memiliki strategi dan teknik lawan yang sama seperti seni mempertahankan diri yang lain.

Namun, ia memiliki elemen budaya yang boleh dijadikan sebagai sebuah persembahan, itulah keunikan dan keistimewaannya yang mampu membezakan ia dengan yang lain. Seni silat juga boleh didedikasikan dalam konteks terbuka mahu pun secara tertutup bergantung kepada majlis atau acara yang dianjurkan.

Tambahan pula, ilmu silat juga mampu melatih diri untuk berdisiplin dalam apa jua keadaan yang  dilakukan agar ilmu tersebut tidak disalahgunakan sehingga mampu mencalarkan nama baik seni ini.

Individu yang mempelajari ilmu silat dilarang sama sekali untuk menyerang seseorang itu bagi tujuan peribadi atau tanpa sebarang sebab yang munasabah.

Sempena menyambut Kemerdekaan yang ke-65 dan Hari Malaysia yang bakal menjelang 16 September ini, Bigo Live ingin mengajak orang ramai bersama-sama mendengar wawancara bersama penyampai Bigo, Akid Ally.

Dia akan berkongsi kepentingan silat sebagai budaya warisan dan kepentingannya pada zaman moden ini. - Getaran, 31 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Atlet Silat SUKMA Terengganu Maut Terkena Sepakan Lawan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pertunjukan Silat Wajar Dapat Kebenaran Kerajaan Arab Saudi - Mufti

3

Budaya 2 tahun yang lalu

Silat Diiktiraf UNESCO Seni Pertahanan Diri Warisan Budaya Melayu

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Sukan SEA: Gandingan Pesilat Kembar Raih Emas Pada Penampilan Pertama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Gaya 4 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN