web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Sasar 10 Juta Rakyat Kekal Sihat 10 Tahun Akan Datang

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2022 7:33AM

Cadangan 10 juta rakyat Malaysia kekal sihat dalam tempoh 10 tahun akan datang akan menjadi fokus utama Kertas Putih Kesihatan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan sekurang-kurangnya 10 juta rakyat Malaysia kekal sihat dalam tempoh 10 tahun akan datang dan cadangan itu dimasukkan dalam Kertas Putih Kesihatan yang dijangka dibentang di Parlimen pada Disember ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata cadangan itu antara fokus utama Kertas Putih Kesihatan dari segi kualiti perkhidmatan.

“Jadi tema besar adalah bagaimana kita dapat mewujudkan satu sistem, sistem yang ada kualiti perkhidmatan dan sistem yang ada langkah-langkah pencegahan yang dapat memastikan 10 juta rakyat kita kekal sihat dalam tempoh masa 10 tahun.

“Kita ambil angka tersebut sebab melalui perkiraan kasar kita, sejumlah sejuta rakyat Malaysia jatuh sakit setiap tahun disebabkan penyakit yang sebenarnya dapat dielakkan,” katanya pada sidang media selepas menjadi antara panel sesi Dialog Polisi ‘The Future of Our Healthcare’ sempena Sidang Kemuncak Dasar Kesihatan 2022 di sini semalam.

Beliau berkata cadangan itu bermaksud 10 juta rakyat Malaysia tidak akan dirujuk ke hospital akibat kencing manis, sakit jantung, hipertensi, kolesterol tinggi dan sebagainya.

Semalam, Khairy berkata Kertas Putih Kesihatan itu sepatutnya adalah satu pernyataan mengenai aspirasi kolektif rakyat tentang cara untuk menjadikan sistem kesihatan negara lebih mampan dan berdaya tahan menerusi pemikiran ‘menyeluruh kerajaan’ dan ‘menyeluruh masyarakat.’

Pada sesi dialog hari ini, Khairy berkata KKM juga perlu mencari dana bagi membiayai cadangan yang dikemukakan dalam Kertas Putih Kesihatan selain mengetahui cara mengurus dana itu dengan baik.

Beliau berkata Kertas Putih Kesihatan itu juga memerlukan penelitian dari segi governans iaitu mewujudkan langkah dalam memastikan perkhidmatan kesihatan dapat dilaksana secara lebih efisien.

“Contohnya, bagaimana kita dapat turunkan kuasa supaya lebih kebebasan diberi kepada hospital awam kerana banyak sangat pemusatan kuasa di KKM, bagaimana kita dapat turunkan kuasa dan tanggungjawab, akauntabiliti kepada pengarah hospital awam,” katanya.

Khairy juga berkata beliau telah melantik sebuah majlis penasihat untuk proses libat urus berkaitan Kertas Putih Kesihatan yang akan dipengerusikan bekas Menteri Kesihatan Tan Sri Dr S. Subramaniam dan Pengerusi Axiata Group Bhd Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan. - Bernama

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis