web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


32 OKU Penglihatan Tawan Bukit Dinding

Ia bertujuan memberi pendedahan kepada golongan OKU penglihatan untuk turut sama merasai keindahan alam semula jadi flora dan fauna yang sentiasa menjadi tarikan utama pengunjung.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2022 1:40PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seramai 32 belia membuktikan mereka mampu menawan Bukit Dinding di Wangsa Maju, di sini, seperti insan yang sempurna fizikalnya, sekali pun bergelar Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan.

Misi menawan bukit itu dijayakan menerusi Program Eksplorasi Belia Kurang Upaya Penglihatan anjuran Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), baru-baru ini yang bertujuan memberi pendedahan kepada golongan OKU penglihatan untuk turut sama merasai keindahan alam semula jadi flora dan fauna yang sentiasa menjadi tarikan utama pengunjung.

Ketua Pegawai Eksekutif MAB George Thomas berkata program itu juga bermatlamat memupuk kesedaran kepada golongan berkenaan mengenai usaha kerajaan dalam mengekalkan kelestarian hutan simpan dan alam semula jadi.

Gambar Bernama
Gambar Bernama

"Program di bawah unit Belia, Sukan dan Rekreasi persatuan turut disertai 14 sukarelawan dan kakitangan MAB, akan terus diperluaskan meliputi pelbagai aktiviti pada masa akan datang di seluruh negara," katanya kepada Bernama.

Seorang peserta pendakian, Evelyn Angut Palau, 31, menyifatkan misi ke Bukit Dinding berketinggian 291 meter dari paras laut itu sebagai mencabar memandangkan ini merupakan pengalaman pertamanya dalam aktiviti mendaki.

Pemain negara dalam sukan khas OKU penglihatan ‘goalball’ itu mengambil masa selama sejam untuk tiba di puncak bukit bersama seorang pengiring.

Gambar Bernama
Gambar Bernama

"Saya sangat teruja walaupun mengalami kekejangan kaki pada awal pendakian, namun ia tidak menjadi pematah semangat, ditambah lagi dengan sorakan dan sokongan daripada kawan-kawan.

"Saya jadi tidak percaya apabila berjaya sampai ke puncak sehingga tidak sedar menghabiskan kira-kira 30 minit di atas sana,” katanya yang berasal dari Kapit, Sarawak.

Berbeza situasi bagi Nurain Bokari, 30, yang dilahirkan dengan penyakit stargardt (STGD) yang menyebabkan penglihatannya kabur, mengakui menggemari aktiviti sukan lasak seperti mendaki, berkhemah dan berenang.

"Saya kerap menyertai aktiviti seperti ini. Pada saya menjadi OKU bukan satu halangan untuk terlibat dalam aktiviti lasak.

"Apa yang penting, kami perlu berusaha lebih keras untuk berjaya, namun saya tetap akui ada beberapa perkara tetap membataskan pergerakan kami," katanya yang pernah mendaki Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor sebelum ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ambil Kira Aspek Teknikal, Saintifik Sebelum Bukit Dinding Jadi Geotapak - Nik Nazmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Belum Ada Perkembangan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan – Peguam

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

5

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

6

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan