web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hukum Amalan Pelaris Dalam Perniagaan

Ketahui apakah yang digelar ‘pelaris’ dan hukum mengamalkannya bagi umat Islam.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2022 10:02AM

Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila berbicara mengenai pelaris dalam perniagaan, ia pasti menjadi bualan terutamanya dalam kalangan peniaga kedai makan. 

Pelaris dalam konteks bahasa membawa maksud ilmu atau jampi yang boleh menggalakkan sesuatu perniagaan menjadi laku. (Biasanya digunakan untuk melariskan barang makanan).

Antara kaedah yang seringkali didengari adalah dengan menggantungkan atau menanam objek pelaris tersebut di sekitar kawasan perniagaan.

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Segmen Refleksi hari ini mengupas amalan menggunakan pelaris dalam perniagaan.

Berniaga adalah salah satu pekerjaan yang mulia dalam mencari rezeki malah ia digalakkan oleh umat islam untuk berkecimpung dalam bidang tersebut. Allah SWT berfirman:

فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِن فَضْلِ اللَّـهِ وَاذْكُرُوا اللَّـهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (Surah al-Jumu'ah, ayat 10)

Gambar Hiasan oleh Sadiq Asyraf
Gambar Hiasan oleh Sadiq Asyraf

Amalan menggunakan pelaris dalam bentuk fizikal atau secara sihir, adalah tindakan yang bertentangan dengan ajaran islam. 

Ini kerana perbuatan tersebut menandakan seseorang itu sudah bergantung pada pelaris, bukan kepada Allah SWT. Perkara ini adalah amalan khurafat yang boleh mendorong seseorang itu berlaku syirik atau menyekutukan Allah SWT.

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Ini termasuk jika pelaris tersebut dibentuk menjadi rantai, gelang dan seumpamanya yang dianggap sebagai tangkal atau pelindung ketika berniaga. 

Seperti petikan dari Imam al-Munawi, menggunakan tangkal dianggap syirik kerana bererti seseorang itu meyakini ia dapat memberi pengaruh (ta’thir) dan ini boleh membawa syirik kepada Allah. 

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh ‘Uqbah bin ‘Amir, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ عَلَّقَ تَمِيمَةً فَلاَ أَتَمَّ اللَّهُ لَهُ وَمَنْ عَلَّقَ وَدَعَةً فَلاَ وَدَعَ اللَّهُ لَهُ

Maksudnya: “Siapa yang menggantungkan tangkal, nescaya Allah SWT tidak akan selamatkannya dari tangkal itu. Dan siapa yang memakai azimat, nescaya Allah SWT tidak sempurnakan azimat itu.” - Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (20090), Al-Hakim dalam al-Mustadrak (7501) dan Ibn Hibban (6096).

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Perkara ini bukan sahaja tidak diredai Allah, malah ia juga boleh memberi kesan penganiayaan kepada peniaga lain yang jujur ketika berniaga.

Selain itu, perbuatan ini juga dipengaruhi  oleh sesetengah peniaga yang mempunyai sifat tamak dan hasad dengki.

Namun perlu diingatkan setiap individu yang mencari rezeki dalam bidang perniagaan pasti mempunyai ujian dan cabaran. Sentiasalah kuatkan semangat dalam diri dan berdoa supaya diberikan perlindungan dan kekuatan daripada Allah. 

Hal ini bertepatan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

التَّاجِرُ الصَّدُوقُ الأَمِينُ مَعَ النَّبِيِّينَ، وَالصِّدِّيقِينَ، وَالشُّهَدَاءِ

Maksudnya: “Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi, orang yang jujur dan orang yang syahid.” - Riwayat al-Tirmizi (1209) [Hadis ini adalah hasan menurut Imam al-Tirmizi]

Gambar hiasan oleh Sadiq Asyraf
Gambar hiasan oleh Sadiq Asyraf

Maka perlu diingatkan bahawa perbuatan menggunakan pelaris ini adalah dilarang sama sekali.

Jika amalan ini menjayakan perniagaan seseorang dan dia merasakan tidak mendapat apa-apa balasan daripada perbuatan tersebut, anda silap. 

Ini kerana terdapat sebuah lagi hadis yang penting untuk dijadikan renungan bagi individu yang ingin berniaga, bahawa Nabi SAW pernah bersabda:

إِنَّ التُّجَّارَ يُبْعَثُونَ يَوْمَ القِيَامَةِ فُجَّارًا، إِلَّا مَنْ اتَّقَى اللَّهَ، وَبَرَّ، وَصَدَقَ

Maksudnya: “Sesungguhnya para peniaga ini akan dibangkitkan pada hari Kiamat dalam keadaan yang berdosa melainkan orang yang bertaqwa kepada Allah, berbuat kebaikan dan jujur.” - Riwayat al-Tirmizi (1210) [Hadis ini adalah hadis sahih menurut Imam al-Tirmizi dan hadis ini disahihkan oleh Imam Ibn Hibban di dalam sahihnya] - Getaran, 1 Julai 2022

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Penubuhan Institusi Pendidikan Islam Perlu Ikut Prosedur – Tengku Mahkota Pahang

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Derita Palestin Bawa Hikmah, Syiar Islam Berkembang Megah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Konsep DNAA Diamalkan Dalam Undang-Undang Prosedur Jenayah, Syariah

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Perancis Akan Haramkan Pakaian Abaya Di Sekolah

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari