web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tampon Tidak Jejas Status Dara Anda! 5 Mitos Haid Anda Perlu Tahu

Sungguhpun haid merupakan proses semula jadi yang dialami oleh kebanyakan wanita, ia masih diselubungi pelbagai mitos pada zaman serba moden ini.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2022 7:57PM

Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan jolokan seperti ‘datang bulan’ , ‘Aunt Flo’, ‘Sharks Week’ atau ‘dai yi ma’, haid masih dianggap topik yang tabu dalam banyak budaya. Kaum hawa bukan sahaja perlu berhadapan dengan stigma, malah mereka sering ‘disajikan’ dengan maklumat tidak tepat tentang haid. 

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Sungguhpun haid merupakan proses semula jadi yang dialami oleh kebanyakkan wanita, ia masih diselubungi pelbagai mitos pada zaman serba moden ini.

Menurut laporan Kumpulan Bank Dunia, sekurang-kurangnya 500 juta wanita dan gadis di seluruh dunia menghadapi ‘kemiskinan haid’, yang bermaksud kekurangan atau ketiadaan kelengkapan sanitasi bagi menguruskan haid.

Kesannya, mereka bukan sahaja kurang pengetahuan tepat tentang haid, tetapi juga kurang cakna tentang cara terbaik untuk menguruskan kebersihan haid.

Dr Azizah Rusly - Gambar Aurelius Healthcare
Dr Azizah Rusly - Gambar Aurelius Healthcare

Justeru, sempena Bulan Kesedaran Haid anjuran Aurelius Healthcare, Perunding Obstetrik & Ginekologi di Hospital Aurelius Nilai, Dr. Azizah Rusly ingin merungkai beberapa mitos tentang haid yang biasa kedengaran.

 

#1 “Kata ibu, wajib membasuh tuala wanita kerana darah itu najis dan akan ‘menjemput’ kedatangan jin dan makhluk halus!” 

Sebenarnya, darah haid tiada beza dengan darah lain dalam badan kita, dan sudah tentunya tidak kotor! Ia terdiri daripada darah, membran rahim, lapisan mukus, dan bakteria.

Sungguhpun ia kadangkala kelihatan bergumpal atau lebih gelap, kejadian sedemikian adalah normal. 

Tuala pakai buang hendaklah dibungkus rapi dan dibuang selepas digunakan. Namun, sekiranya anda menggunakan tuala boleh guna semula atau cawan haid, rendamkannya dengan air sejuk dan basuh dengan detergen biasa, soda penaik atau cuka.

Pastikan ia kekal kering bagi mencegah jangkitan kuman.

 

#2 “Ada yang kata, meletakkan tuala yang telah dibasuh pada muka dapat memberikan kulit yang cantik.”

Tidak benar sama sekali, kerana sisa atau produk haid harus dibuang dengan cara yang betul! Hakikatnya, cara memperoleh kulit yang jelas bergantung pada jenis kulit seseorang.

Amalkan diet yang sihat lagi seimbang untuk menjadi versi terbaik anda. Tingkatkan pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran, dan minum air mencukupi dan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu!

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

#3 “Tampon akan merosakkan selaput dara saya.”

Meskipun tampon boleh menyebabkan sedikit regangan atau koyakan pada selaput dara atau himen, namun ini juga boleh berlaku apabila anda melakukan aktiviti lasak. 

Pada mulanya, sebilangan wanita mungkin akan mengalami ketidakselesaan ketika memasukkan tampon. Namun, keadaan ini adalah sementara dan akan bertambah baik!

 

#4 “Saya harus mengelakkan makanan atau minuman sejuk kerana ia akan memburukkan lagi pendarahan dan senggugut”  

Hakikatnya, tiada kajian yang dapat membuktikan atau menyangkal kaitan antara minuman/makanan sejuk dengan senggugut. Haid merupakan sebahagian daripada sistem pembiakan manakala aktiviti makan atau minum berkait rapat dengan sistem pencernaan.

Jadi, kedua-dua sistem ini berfungsi secara berasingan dan tidak menjejaskan satu sama lain. 

Sungguhpun demikian, sesetengah wanita lebih sensitif terhadap makanan atau minuman sejuk, yang mungkin akan mencetuskan atau memburukkan lagi senggugut. Jadi, anda haruslah cakna badan anda sendiri dan bertindak sewajarnya.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

#5 “Saya pernah menyorokkan produk sanitari saya kerana tidak sopan untuk menunjukkannya di khalayak ramai”.

Sama seperti tisu dan ubat gigi, produk sanitari merupakan produk gaya hidup yang membantu wanita berasa lebih selesa dalam tempoh haid.

Oleh itu, setiap wanita harus mempunyai hak dan kebebasan untuk membeli produk kebersihan tanpa rasa malu, kerana haid semata-mata satu proses fisiologi semula jadi yang berlaku setiap bulan.

Untuk maklumat lanjut tentang kepentingan kebersihan haid, ikuti kempen #RespectMyCycle anjuran Aurelius Healthcare di Facebook, Instagram, dan LinkedIn. - Getaran, 24 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Benarkah Mandi Bunga Beri Kesan Positif Pada Badan Atau Sekadar Mitos?

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Inisiatif Pad Percuma Bagus Tapi Bukan Penyelesaian Isu Kemiskinan Tegar

3

Semasa 3 tahun yang lalu

MEF Gesa Majikan Swasta Beri Tuala Wanita Percuma, Tangani Kemiskinan Haid

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aktor Ajay Devgan Dedahkan Dia Seorang Klaustrofobia Terhadap Lif, Lebih Suka Guna Tangga 

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini